Skip to main content

Tak Salah Nak Berfesyen..tapi..


Assalamualaikum..

Anda ingin cantik?

Mahu kelihatan menawan?

Hendak sentiasa nampak anggun dan menarik?

(Dah macam iklan produk kecantikan pula..)




Ok, back to REAL topic, about fashion.. Nowadays, kita dapat tengok bermacam-macam jenis fesyen kat luar sana. Daripada baju yang panjang meleret-leret sampai boleh buat sapu lantai hinggalah kepada baju yang macam tak cukup kain. But now, Cik Cahaya lebih suka untuk menyentuh fesyen Muslimah sebab ianya lebih hampir dengan jiwa Cik Cahaya..hehe..

Sekarang ini, fesyen Muslimah pun sudah semakin maju, bukan terhenti setakat jubah atau baju-baju tertentu. Kalau pergi mana-mana sekalipun, InsyaAllah, sangat senang nak jumpa ‘baju muslimah’ kan? Nama ‘baju muslimah’ tu dah cukup cantik dah, tapi, kadang-kadang ada certain things yang buat Cik Cahaya tak berapa setuju. Contoh, baju itu dah cantik dah labuhnya, tapi sayang, kainnya agak nipis. Kadang-kadang labuh dan ketebalan kain dah comel, tapi ada cutting yang boleh menampakkan susuk tubuh. Tak comel lah macam tu, kan? Ini hanya pandangan peribadi Cik Cahaya saja ^_^

“Alah, biasalah tu, fesyen terkini. Janganlah kolot sangat!”

“Ini trend lah. Kalau tak nak pakai, tak payah beli.”

“Salah ke nak berfesyen sikit? Kau ni..”

Salah ke nak berfesyen? Mestilah tak salah.   

Salah ke nak cantik sikit? Lagilah tak salah.

Allah itu cantik, dan sukakan kecantikan.

So, memang tak salah nak berfesyen. Tak salah juga nak cantik.  Tambah-tambah pula fesyen dan kecantikan itu merupakan fitrah manusia. Tetapi, as a MUSLIMAH, kita kenalah ikut guideline yang Allah bagi, ya tak?

“Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya mereka menyekat pandangan (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka. Janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh kecuali yang zahir daripadanya. Hendaklah mereka menutup belahan leher baju dengan tudung kepala …” (Surah An-Nur ayat 31)

Tak kisahlah awak nak pakai apa, yang penting awak kena tutup aurat. WAJIB!

Jadi, Cik Cahaya nak share beberapa pesanan Rasulullah S.A.W  tentang cara memilih pakaian yang sesuai. Harap-harap kita dapat sama-sama amalkan dan istiqamah dengannya. InsyaALLAH..

1.    Pakaian yang bersih, longgar dan tidak tembus pandangan orang yang melihat.

2.    Menutup aurat.

3.    Tidak memakai pakaian yang menyerupai lelaki. (Lelaki tidak memakai pakaian yang menyerupai perempuan.)

4.    Melabuhkan baju (menutupi punggung) dan melabuhkan tudung (menutupi leher dan dada)

“Wahai Nabi! Katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu, dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka menutupkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka, yang demikian itu agar mereka lebih mudah untuk dikenali, sehingga mereka tidak diganggu. Dan Allah Maha Pengampun, Maha Penyayang.” (Surah Al-ahzab ayat 59)

5.    Mengutamakan pakaian yang berwarna putih kerana Rasulullah S.A.W menyukai warna itu.

6.    Tidak berlebih-lebihan dalam berpakaian. (Pakaian terlalu mahal atau mewah)

“Wahai anak cucu Adam! Pakailah pakaianmu yang bagus pada setiap (memasuki) masjid, makan dan minumlah, tetapi jangan berlebihan. Sungguh, Allah tidak menyukai orang yang berlebih-lebihan.” (Surah Al-A’raf ayat 31)

7.    Tidak menunjuk-nunjuk kecantikan pakaian.(Tidak sombong apabila berfesyen)

8.    Tidak memakai pakaian yang bertampal-tampal atau lusuh.

Ini pula antara adab-adab ketika berpakaian 

1.    Membaca doa. Contoh, “Segala puji bagi Allah yang telah memberikan pakaian ini kepadaku sebagai rezeki daripada-NYA tanpa daya dan kekuatanku.”

2.    Berdoa ketika memakai pakaian baru. “Ya Allah, bagi-MU segala puji, ENGKAU telah memakaikan pakaian ini kepadaku. Aku memohon kepada-MU kebaikannya dan akibat kebaikannya. Aku berlindung pula kepada-MU daripada kejahatan dan akibat kejahatannya.”

3.    Sunnah berpakaian dari sebelah kanan dahulu.

4.    Berpakaian kemas dan bersih bersesuaian dengan tempat.

5.    Disunatkan melucutkan pakaian dari sebelah kiri dahulu.

Jadi, wahai saudara seagamaku, MUSLIMAH yang disayangi oleh Allah sekalian, marilah kita bersama-sama memelihara aurat kita. Allah sangat sayangkan kita, sebab itu DIA meletakkan peraturan begini. Janganlah kita menzalimi diri kita sendiri dengan melanggar perintah-NYA.

Tak usah berhias berlebih-lebihan hanya untuk kelihatan cantik di mata manusia. Tak perlu bersusah payah mahu menarik perhatian lelaki dengan menunjuk keindahan kita. Jika dia suka kita kerana kita cantik, percayalah dia akan pergi apabila kecantikan itu pudar~Cinta itu akan lenyap dengan lenyapnya sebab~

Cantik di mata manusia atau indah di pandangan ALLAH kah yang lebih penting?

“Wahai anak cucu Adam! Sesungguhnya Kami telah menyediakan pakaian untuk menutupi auratmu dan untuk perhiasan bagimu. Tetapi, pakaian taqwa itulah yang lebih baik. Demikianlah sebagai tanda-tanda kekuasaan Allah, mudah-mudahan mereka ingat.” (Surah Al-A’raf ayat 26)

Saya dan awak, sama-sama bermuhasabah diri.

Moga Allah redha.

Wallahua’lam..


1

Comments

Popular posts from this blog

[Lirik : Warkah Cinta Berbau Syurga]

Sebuah jiwa terbentang seluas Sahara Tersimpan sejuta rasa cinta dan kecewa Setiap untai kata yang termaktub Sudah menjadi warkah cinta berbau syurga Simpanan batinku hampir terbelah Tidak berhimpun dua cinta dalam satu jiwa Antara iman dan nafsu aku berjuang Meraih mahkota cinta dari syurga Chorus: Biar beribu parut luka menghiris kalbu Hanya keikhlasan cinta menjadi penawar Sekalipun diriku terbuang di mata insan Engkau Maha mengerti kekalnya cinta ku ini Izinkan aku meniti diatas hamparan syurgamu Bila saat ku pergi biarlah cintaku tetap di situ [Selama-lamanya kelembutan   takkan pernah tewas dengan kekerasan] [Ulang Chorus] Cintaku ini... Lagu: Bazli Unic Lirik: Ustaz A.Ubaidillah Alias Studio Rakaman : Unic Terbitan: Al-Kahfi Pictures Sdn.Bhd. Entah kenapa Cik Cahaya suka sangat dengan lirik lagu ini..First time dengar terus jatuh cinta gituu..Lagu ni, pada Cik Cahaya mempunyai makna yang sanga

Bahagiakan Diri Dengan Kebahagiaan Orang Lain

Pernah terjadi tak, Ada satu masa, kita nak ceritakan masalah kita pada seseorang. Nak luahkan perasaan sedih kita. Nak menangis dan meminta nasihat dia. Tapi, belum sempat kita buka mulut, orang tersebut terlebih dahulu menceritakan masalah dia. Terlebih dahulu meluahkan perasaan sedih dan meminta kita menasihati dia. Pernah terjadi tak? Apa tindakan kita ketika itu? Terus meminjamkan telinga untuk mendengar masalah dia,walaupun ketika itu hati kita sendiri sedang terluka,  atau terus berkata "aku pun ada masalah!" dan membiarkan orang itu terus bersendirian menanggung kesedihan? #MUHASABAH# Ketika kita rasa kita lah yang paling sedih, paling terluka, paling lemah, paling sakit..saat itu ALLAH hadirkan orang lain kepada kita, agar kita sedar bahawa ada orang lain yang lebih sakit, lebih terluka, lebih lemah dan lebih sakit daripada kita. Ketika kita rasa kita lah yang paling susah, ALLAH temukan kita dengan orang lain yang lebih susah daripada kita. Mengapa? Kera

Duhai diri..

Bila engkau letih dan hilang semangat, ALLAH tahu engkau telah mencuba sedaya upaya. Bila tangismu berpanjangan dan hatimu duka,ALLAH telah mengira titis air matamu. Bila engkaurasa ketinggalan dan masa meninggalkanmu,ALLAH tetap bersamamu. Bila engkau kebuntuan akal,maka ALLAH adalah penunjuk jalan… Apabila engkau telah berazam, maka  bertawakallah kepada ALLAH…..