Skip to main content

Bahagiakan Diri Dengan Kebahagiaan Orang Lain

Pernah terjadi tak,

Ada satu masa, kita nak ceritakan masalah kita pada seseorang. Nak luahkan perasaan sedih kita. Nak menangis dan meminta nasihat dia. Tapi, belum sempat kita buka mulut, orang tersebut terlebih dahulu menceritakan masalah dia. Terlebih dahulu meluahkan perasaan sedih dan meminta kita menasihati dia. Pernah terjadi tak?

Apa tindakan kita ketika itu?

Terus meminjamkan telinga untuk mendengar masalah dia,walaupun ketika itu hati kita sendiri sedang terluka,  atau terus berkata "aku pun ada masalah!" dan membiarkan orang itu terus bersendirian menanggung kesedihan?

#MUHASABAH#

Ketika kita rasa kita lah yang paling sedih, paling terluka, paling lemah, paling sakit..saat itu ALLAH hadirkan orang lain kepada kita, agar kita sedar bahawa ada orang lain yang lebih sakit, lebih terluka, lebih lemah dan lebih sakit daripada kita. Ketika kita rasa kita lah yang paling susah, ALLAH temukan kita dengan orang lain yang lebih susah daripada kita. Mengapa?

Kerana ALLAH mahu mendidik kita supaya sentiasa bersangka baik dengan-NYA. Kerana ALLAH ingin mengingatkan kita, bahawa semua manusia akan diuji iman dan kesabaran mereka. Kerana ALLAH mahu menegur kita, supaya tidak terlalu lemah dan negatif dalam menjalani kehidupan ini.
Dan yang lebih penting, ALLAH mahu kita tahu bahawa DIA sangat menyayangi kita. 

Sedar tak sedar, bila kita dengar masalah orang lain, kita akan berkata "Alhamdulillah, sekurang-kurangnya takdir aku lebih baik." "Alhamdulillah, Allah masih menjaga aku"..dan banyak lagi kata syukur yang kita akan lafazkan tanpa sedar. 

Saat kita cuba menasihati orang lain agar menjadi lebih kuat, sebenarnya kita juga sedang menasihati diri kita sendiri untuk menjadi lebih kuat dan sabar menerima takdir yang telah dituliskan untuk kita. Saat kita meminta orang lain bersangka baik dengan ALLAH, saat itu juga kita sedang meminta diri kita sendiri untuk bersangka baik dengan ALLAH. Indah bukan. Dua keindahan yang kita dapat jika kita melihat daripada sudut positif. 1) Indah melihat orang itu lebih tenang dan menerima baik nasihat kita..melihat dia senyum..melihat dia bahagia.. 2) Indah bila hati kita sendiri menjadi tenang, biarpun kita tidak menceritakan masalah kita kepada orang lain. 

ALLAH yang memberi kita hati ini. Jadi, DIA lebih tahu bagaimana mahu menenangkan hati kita. DIA Maha Tahu hati kita ini kuat atau rapuh. DIA Maha Tahu hati kita ini tenang atau gusar. 

ALLAH itu sumber kekuatan. Jika kita mahu kuat, maka carilah ALLAH. Carilah ALLAH. Carilah ALLAH.

Katakan pada diri..ALLAH sayang kau. DIA beri ujian kerana DIA sayang. 
Jika mahu meluah, luahkanlah pada DIA.
Jika mahu menangis, menangislah didepan-NYA.
Mohonlah kepada-NYA dengan sabar dan solat.
Bersangka baiklah dengan DIA sentiasa.

ALLAH tahu. ALLAH tahu. ALLAH tahu..

Sakit dan perit itu DIA yang beri. Maka biarlah DIA juga yang menyembuhkan. Ingatlah, DIA sentiasa bersama kita. DIA tidak pernah meninggalkan hamba-NYA sendirian.

Wahai ALLAH, jagalah hati ini dan kuatkanlah diri ini.

Wahai ALLAH, hidup dan matikanlah kami dalam keadaan bersangka baik dengan-MU. Matikanlah kami dalam keadaan putih bersih, sebersih hari pertama kami lahir ke dunia.

Wahai ALLAH, terimalah kami di sisi-MU. Jangan kau pesongkan hati kami setelah KAU hadiahkan hidayah-MU kepada kami. Himpunkan kami bersama mereka yang KAU kasihi dan redhai. Jauhkan kami daripada mereka yang KAU murkai dan laknati.

Aamiinn.

Moga Allah Redha. Wallahua'lam

Comments

  1. Subhnallah..benar tu ukhti..
    saat kita dilema ujian..selalu dihadirkan insan yg juga diuji dan berkongsi dengan kita lantas kita semakin bersyukur denganNya.
    jazakillah perkongsian ini..amat menyentuh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. jazakillah jg ukhti kerana sudi singgah di sini.
      moga hati kita sentiasa bersangka baik dan redha dengan perjalanan takdir yang telah DIA tetapkan untuk kita :)

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

~Hanya Insan Biasa~

Manusia biasa..tidak pernah lari daripada membuat kesilapan. Takkan pernah lari daripada melakukan kesalahan. Dan, tidak terkecuali tergelincir ke lembah kegelapan. Namun, kesilapan, kesalahan, mahupun kegelapan itu berbeza mengikut individu itu sendiri. Bagaimana kesilapan, kesalahan dan kegelapan itu ditafsirkan. Dan bagaimana pula kesilapan, kesalahan dan kegelapan itu diatasi.
Biarpun lidah petah berbicara
Biarpun bibir indah menutur kata
Meskipun ayat sentiasa dihiasi kata pujangga
Namun disebaliknya bukan semua suka
Kadang kala terselit duka
Yang dikaburi senyuman sempurna
Sedang hati terhiris luka
Bukan tidak mahu meluah rasa
Namun mulut seakan dikunci masa
Sedar atau tidak, kita banyak melakukan kesalahan dalan kehidupan. Kesalahan kepada DIA Yang Maha Berkuasa, kesalahan kepada ibu bapa, kepada adik-beradik, sahabat, kawan, jiran..mahupun orang yang tidak pernah kita kenali. Adakah kita sedar? Kita tidak akan sedar jika tidak ada yang menegur bukan? Jadi, berusahalah menerima teguran …

[Lirik : Warkah Cinta Berbau Syurga]

Sebuah jiwa terbentang seluas Sahara Tersimpan sejuta rasa cinta dan kecewa Setiap untai kata yang termaktub Sudah menjadi warkah cinta berbau syurga
Simpanan batinku hampir terbelah Tidak berhimpun dua cinta dalam satu jiwa Antara iman dan nafsu aku berjuang Meraih mahkota cinta dari syurga
Chorus: Biar beribu parut luka menghiris kalbu Hanya keikhlasan cinta menjadi penawar Sekalipun diriku terbuang di mata insan Engkau Maha mengerti kekalnya cinta ku ini
Izinkan aku meniti diatas hamparan syurgamu Bila saat ku pergi biarlah cintaku tetap di situ
[Selama-lamanya kelembutan takkan pernah tewas dengan kekerasan]
[Ulang Chorus]
Cintaku ini...
Lagu: Bazli Unic Lirik: Ustaz A.Ubaidillah Alias Studio Rakaman : Unic Terbitan: Al-Kahfi Pictures Sdn.Bhd.

Entah kenapa Cik Cahaya suka sangat dengan lirik lagu ini..First time dengar terus jatuh cinta gituu..Lagu ni, pada Cik Cahaya mempunyai makna yang sangat mendalam..Setiap baik kata terselit nasihat dan hikmah. Kalau dengar lagu ni masa rasa down, boleh mengalir a…

Konvensyen Fiqh Wanita & Islam

Alhamdulillah, Allah izinkan diri ini untuk turut serta dalam Konvensyen Fiqh Wanita & Islam yang diadakan di MAEPS Serdang pada 19/1/13-20/1/13 yang lepas. Sungguh, program seperti ini sangat, sangat dan sangatlah baik dan bagus. Semoga K-FIQH dapat melaksanakan lebih banyak program seumpama ini kelak, Inshaa Allah. Semasa program ini berlangsung, Cik Cahaya berkesempatan menadah ilmu daripada mereka yang sangat-sangat Cik Cahaya hormati dan kagumi. Sekali lagi, semoga Allah merahmati mereka semua dan umat ISLAM keseluruhannya, Amiinnn.

HARI PERTAMA

Program dua hari ini mempunyai banyak slot dan dikendalikan oleh mereka yang arif tentangnya. Disebabkan itu, Cik Cahaya ada juga rasa kecewa, bukan sebab panelnya mahupun tajuk yang disampaikan, tetapi lebih kepada masa yang tidak mencukupi. Tengah-tengah seronok mendengar penerangan daripada para ustaz dan ustazah, tiba-tiba masa dah habis. Memang frust juga..tapi nak buat macam mana, masa mesti ditepati. Apapun, syabas kepada K-Fiqh …