Skip to main content

Posts

Showing posts from December, 2011

~Sejuta Cinta Untuk Ibunda~

Assalamualaikum.. Sejuta cinta untuk ibunda~ Sebenarnya tajuk entry ni diambil sempena buku ni >> Buku ni baru je dibeli semalam. Walaupun sudah beberapa kali membaca tajuknya, tetapi hati tak tergerak pun nak beli..Hinggalah semalam..apabila terbaca ayat ni "Buku ini akan membuatkan anda menangis dan menginsafi diri. Tanyalah ibu anda, "Ibu, adakah ibu meredai saya?".. Walaupun ayat ni agak simple..tapi..Subhanallah, sangat menyentuh hati.. Sebenarnya tak sempat pun lagi nak baca buku ni, cuma belek-belek je. Macam biasa, cari part-part yang menarik dulu. Belek punya belek, dari mukasurat depan hingga belakang..rupa-rupanya tak ada pun yang menarik...kerana semuanya SANGAT MENARIK...SANGAT MENYENTUH HATI..dan yang penting SANGAT MENGINSAFKAN..subhanallah.. Jadi..di sini saya nak berkongsi beberapa ringkasan bahagian yang sempat saya baca.. Semoga bermanfaat..InsyaAllah Bagaimana Mencintai Ibu 1. Memberinya hadiah  Cuba kira, sepanjang hidup i

~Kerana Kita SAHABAT~

Assalamualaikum dan salam sayang buat semua student 3 rd year foodtech, dan juga buat mereka yang bergelar sahabat.. Sahabat kepada insan bernama Nurul Farhana. Hari ini, Selasa, tanggal 27/12/11, jam 6.51pm, cebisan ini dinukilkan khas buat kamu, sahabat saya. Nukilan ini bukannya apa-apa..sekadar suka-suka. Yelah, tadi masa tengah study (konon2nya rajin study), tiba-tiba teringat pada korang semua. Mesti tengah study juga kan? Bagus2..teruskan kerajinan nak study tu ^_^ Emm..pejam celik pejam celik, dah dekat dua tahun setengah kita bersama-sama kan? Susah senang, suka duka, pahit manis, tawa mahupun tangis, telah berjaya kita redahi. Alhamdulillah.. sekarang, tinggal final exam untuk sem ni yang bakal menjelma kurang seminggu dari sekarang. Semoga Allah memberi kemudahan dan ketenangan kepada kita semua untuk menghadapi imtihan dunia ni. Dan, semoga Allah mengurniakan kejayaan yang cemerlang kepada kita semua..Amiinn.. Sedar tak sedar juga, banyak pengalaman yang cik cahaya (g

~Cerita Tentang Hati~

Assalamualaikum..salam sejahtera..salam ukhwah..salam persaudaraan ^_^ Apa khabar hati dan iman hari ini? Semoga semuanya bukan sekadar baik, tapi bertambah baik dari sehari ke sehari..Amiinn.. Cerita tentang hati.. Mengapa mahu bercerita tentang hati? Kerana hati itu tempat letaknya ilham.. Hati itu juga tempat yang menjadi rebutan malaikat dan syaitan.. Hati juga mempunyai banyak kesibukan-nafsu dan akal saling berperang. Malah, hati juga adalah tempat yang paling sukar diubati jika sudah dilukai. Jadi..kita perlulah sentiasa menjaga hati. (nasihat buat diri sendiri terutamanya) Jangan biar hati kita dicemari. Jangan sampai hati kita mati. Kerana hati yang mati itu akan turut membinasakan jasad, biarpun secara fizikalnya sangat sihat dan kuat.. Hati yang mati..tak akan sedih meninggalkan amal. Hati yang mati..tak akan rasa bersalah melakukan dosa. Hati yang mati..tak akan terasa lazatnya beribadah kepadaNYA. Mahukah kita menjadi seperti itu? Nau’zubillah..mohon dija