Skip to main content

Posts

Showing posts from June, 2011

CINTA FIRST CLASS!!

Assalamualaikum.. Ok, kali ni tetiba rasa nak tulis pasal Cinta.. Haha..Cinta?? Iyalah,sekarang ni kan ramai orang suka berbicara tentang cinta.. Itu cinta..ini cinta..cinta sana..cinta sini.. Tengok cerita kat tv ke..dengar lagu kat radio ke..hatta iklan sekalipun, semuanya tak lari dengan cintan cintun ni.. So, saya pun tak nak terkecuali.. Salah ke nak cakap pasal cinta?? Tentulah tak salah..siapa yang kata salah?? Tetapi..kena fikir balik..mungkin ‘cara’ tu yang tak berapa kena. Cara kita bercakap tentang cinta itu bagaimana? Cara kita mempamerkan cinta bagaimana? Cara kita promosi cinta itu pula bagaimana? Dan..jangan lupa, kita kena fikir juga..cinta jenis apa yang kita cakapkan tu?? Jadi sekarang, apa kata kita bicarakan tentang CINTA FIRST CLASS..?? Ya, CINTA FIRST CLASS!! Jangan ingat hotel je ada class2 ni, cinta pun ada tau.. Bila dah kata first class ni, mestilah cinta yang ada ummph kan? cinta yang memang tak ada kekurang

ZAQQUM??

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Kawan-kawan tahu apa itu zaqqum? Zaqqum merupakan makanan yang dijanjikan buat mereka yang berada di neraka. Allah menceritakan lebih terperinci mengenai zaqqum ini sebanyak tiga kali di dalam Al-Quran, seperti yang termaktub dalam surah As-Saffat, surah Ad-Dukhan dan surah Al-Waqiah. Mari kita bercerita sedikit mengenai zaqqum ini, mahu? Hmm..sebenarnya bukan saya mahupun kawan2 yang akan bercerita, tetapi kita akan sama2 menghayati cerita yang telah Allah sampaikan kepada Rasulullah melalui wahyuNya lebih 1400 tahun yang lalu. JOm sama2 hayati! Firman Allah dalam Surah As-Saffat ; ayat 62-68 Maksudnya : “Apakah (makanan syurga) itu hidangan yang lebih baik ataukah pohon zaqqum? Sungguh, Kami menjadikannya (pohon zaqqum) sebagai azab bagi orang-orang yang zalim. Sungguh, itu adalah pohon yang keluar dari dasar neraka Jahim. Mayangnya seperti kepala-kepala syaitan. Maka, sungguh mereka b

Motivasi Daripada Sirah..

Assalamualaikum… Motivasi daripada sirah? Bolehkah sirah dijadikan motivasi? Jawapannya tentu sekali ya! Kenapa? Kerana, pada pandangan saya, sirah itu sendiri menyimpan 1001 pengajaran yang boleh dijadikan iktibar, ikutan mahupun panduan kepada kita yang masih hidup pada hari ini. Sebenarnya, saya pun tak berapa perasan tentang itu. Betapa sirah dan motivasi itu sangat berkait rapat. Tapi, selepas membaca buku Langit Ilahi 1 ; Allah Tidak Lupakan Kita yang ditulis oleh saudara Hilal Asyraf,  barulah saya tersedar. Alhamdulillah. Jadi saya ambil peluang nak kongsikan kat sini. Mungkin sudah ramai yang sedar tentang perkara ini. Tapi tak apa, saya nak tulis jugak. Hihi.. Sebab mungkin ada yang masih samar-samar kan? Kepada yang dah tahu, anggap tulisan ini hanya sebagai revision. Kepada yang masih samar2, jom kita sama2 menghilangkan kesamaran tu..insyaAllah. Mengikut apa yang ditulis dalam buku ini, hidup kita hari ini perlu dikaitkan den

BuKU..iLMu..Aku..KaMu..

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.. Alhamdulillah..hari ini Allah masih memberi kesempatan untuk hidup di atas muka bumi yang serba indah ini. Alhamdulillah.. kerana diberi kesihatan tubuh badan.. Alhamdulillah juga kerana masih punya peluang nak update blog yang sudah ditinggalkan sekian lama.. Apapun, selagi roh masih di jasad. Hidup perlu diteruskan. Tak gitu? Dan kalau sudah namanya hidup, mestilah kena buat benda yang berfaedah. Barulah tak membazir nyawa dan masa yang Allah bagi ni. Tak kira lah kita ni siapa.. sama ada>> Aku ni student ke.. Kau tu lawyer ke.. Dia tu doktor ke.. Mereka tu cikgu ke.. Diorang tu mat rempit ke.. Pakcik tu petani ke.. Mak cik tu jual kuih ke.. Sesiapa jelah.. Yang bernama manusia..kita ni sama..tetap menuju satu destinasi yang satu >> AKHIRAT<< So, sebagai peringatan buat semua, dan buat diri sendiri tentunya.. Bekerjalah seperti akan hidup 1000 tahun lagi..dan beribadatla