Skip to main content

Posts

Showing posts from January, 2013
Kadang-kadang aku tertanya Mengapa diberi harapan kemudian meninggalkan? Mengapa mengatur kata-kata manis kemudian racun juga yang ditumpahkan? Mengapa membina janji tetapi mungkir juga yang diberikan? Kau berkata itu dan ini Seakan tiada yang menghalangnya nanti Kau berjanji dan terus berjanji Tetapi tiada satu pun yang kau tepati Aku menanti dan terus menanti Harapan menggunung menyelubungi hati Namun aku sendiri tidak pasti Adakah kau mengerti apa yang aku rasai Kepercayaan tinggi menggunung aku hadiahi Namun sekali lagi aku dikhianati Justeru kini tiada kata percaya lagi Yang akan aku ucapkan padamu nanti Pergilah kau pergi jauh dari sini Bebunga rasa sudah melayu mati Aku sudah mula tawar hati Dengan sikapmu yang langsung tidak peduli Aku hanya insan biasa Yang juga punya rasa Kecewa dan pilu lumrah manusia Tidak dapat lari walau sudah mencuba Dari jauh aku memerhati Kau memang semakin akan dijauhi Mula langkah ber

Konvensyen Fiqh Wanita & Islam

Alhamdulillah, Allah izinkan diri ini untuk turut serta dalam Konvensyen Fiqh Wanita & Islam yang diadakan di MAEPS Serdang pada 19/1/13-20/1/13 yang lepas. Sungguh, program seperti ini sangat, sangat dan sangatlah baik dan bagus. Semoga K-FIQH dapat melaksanakan lebih banyak program seumpama ini kelak, Inshaa Allah. Semasa program ini berlangsung, Cik Cahaya berkesempatan menadah ilmu daripada mereka yang sangat-sangat Cik Cahaya hormati dan kagumi. Sekali lagi, semoga Allah merahmati mereka semua dan umat ISLAM keseluruhannya, Amiinnn. HARI PERTAMA Program dua hari ini mempunyai banyak slot dan dikendalikan oleh mereka yang arif tentangnya. Disebabkan itu, Cik Cahaya ada juga rasa kecewa, bukan sebab panelnya mahupun tajuk yang disampaikan, tetapi lebih kepada masa yang tidak mencukupi. Tengah-tengah seronok mendengar penerangan daripada para ustaz dan ustazah, tiba-tiba masa dah habis. Memang frust juga..tapi nak buat macam mana, masa mesti ditepati. Apapun, syabas kepada