Skip to main content

Posts

Showing posts from November, 2011

HATI

Deru angin menghembus..
Desiran dedaun bagai mengalun lagu..
Rintik hujan masih bersisa..
Damai..
Tenang ..
Tiba-tiba hati berbisik..
Bisikan sayu..
Bisikan rindu..
Bisikan syahdu..
Aku teringat akan dia..
Insan yang banyak  membantu perubahanku..
Insan yang tidak pernah lelah menasihati aku.
Insan yang tidak jemu menegur silapku..
Biar tanpa sedar.
Biar tanpa bicara.
Biar tanpa suara.
Dia tetap menyebar damainya sebuah ukhwah..
Namun..
Aku yang tersilap.
Tersilap dalam mentafsir kata.
Silap dalam menapis bicara.
Lalu hatiku tertaut padanya.
Tertaut tanpa aku kenal siapa dia.
Tertaut tanpa aku kenali wajahnya.
Tertaut hanya melalui kata2..
Bila ditanya mengapa?
Aku terus membisu..
Aku sendiri kelu..penuh keliru..
Aku mempertaruhkan hati milikMU.
Betapa berdosanya aku.
Betapa khilafnya diriku.
Ya Allah…
Kau pandulah hati ini untuk sentiasa berada di jalanMU.
Tuntunlah jiwa ini agar terus berlari bagi mendapatkan CINTA-MU.
Bimbinglah diri ini agar sentiasa berada di bawah lembayung rahmat dan  kasih-Mu.
Pandulah aku ke ja…