Skip to main content

Posts

Showing posts with the label Muhasabah

Kita Tidak Pernah Sendirian

Pernahkah anda rasa hidup bersendirian? Tinggal di rumah seorang diri, makan seorang diri, masak seorang diri, beriadah seorang diri, hatta membeli belah juga seorang diri. Anda bersendirian kerana hidup di perantauan atas tuntutan belajar atau pekerjaan. Anda bersendirian bukan kerana tiada kawan atau teman, apatah lagi saudara mara, tetapi anda tetap tinggal sendirian kerana mereka juga punya keluarga sendiri yang menjadi tuntutan utama dalam hidup mereka. Hidup sendirian ini bosan. Tiada warna-warni. Tiada tempat untuk berbual dan bersenda. Tiada tempat untuk meluah masalah dan meminta nasihat. Kita hanya dapat berbual dengan rakan-rakan ketika berjumpa di kelas. Kita dapat bergurau sedikit dengan rakan sekerja ketika waktu rehat di pejabat. Apabila pulang ke rumah, hidup kita kembali sepi. Rumah juga kelihatan suram kerana hanya kita yang mengisi ruang itu. Setiap hari, begitulah rutin kita. Segalanya dilakukan sendirian. Sama ada ketika suka atau duka, ketika senang atau ...

Bahagiakan Diri Dengan Kebahagiaan Orang Lain

Pernah terjadi tak, Ada satu masa, kita nak ceritakan masalah kita pada seseorang. Nak luahkan perasaan sedih kita. Nak menangis dan meminta nasihat dia. Tapi, belum sempat kita buka mulut, orang tersebut terlebih dahulu menceritakan masalah dia. Terlebih dahulu meluahkan perasaan sedih dan meminta kita menasihati dia. Pernah terjadi tak? Apa tindakan kita ketika itu? Terus meminjamkan telinga untuk mendengar masalah dia,walaupun ketika itu hati kita sendiri sedang terluka,  atau terus berkata "aku pun ada masalah!" dan membiarkan orang itu terus bersendirian menanggung kesedihan? #MUHASABAH# Ketika kita rasa kita lah yang paling sedih, paling terluka, paling lemah, paling sakit..saat itu ALLAH hadirkan orang lain kepada kita, agar kita sedar bahawa ada orang lain yang lebih sakit, lebih terluka, lebih lemah dan lebih sakit daripada kita. Ketika kita rasa kita lah yang paling susah, ALLAH temukan kita dengan orang lain yang lebih susah daripada kita. Mengapa? Kera...

UJIAN YANG BERBEZA

Tidak percaya dengan kewujudan Tuhan. Tidak percaya dengan takdir. Hanya percaya kepada kemampuan sendiri. Persekitarannya yang dulu menjadikannya begitu. Dia tidak beragama. Dia free thinker. Dia hanya yakin dengan sains. Dia sering mengaju soalan yang menghimpit. Yang sering buat aku tersepit. Dia mengaju soalan logik akal. Tapi aku belum bijaksana menjawab dengan logik akal. Ahh, itu silap sendiri tidak mahu menuntut ilmu. Terkadang aku terfikir, mengapa aku yang diletak di situ. Mengapa aku yang didesak begini. Mengapa aku? Lalu hati berbisik..Tidakkah engkau yakin dengan takdir Tuhanmu? Adakah kau mahu mempersoalkan ketentuan-NYA? Adakah engkau lebih tahu lebih daripada apa yang DIA tahu? Apa hakmu terhadap dirimu? JAWAB! Kolam mata pecah. Aku tidak mempu menahannya lagi. Aku lemah. Aku tidak sekuat yang mereka nampak. Aku tidak sehebat yang mereka lihat. Aku adalah aku. Aku yang penuh kelemahan. Aku yang penuh kekurangan. Aku yang masih bertatih mengejar hi...

Tugas Kita

Nyawa Salah satu amanah ALLAH kepada kita. Untuk dijaga dan dipelihara dengan sebaiknya. Justeru, hargailah kesempatan yang masih ALLAH berikan. Gunakan dengan sebaiknya. Penuhi dengan selayaknya. Kita dihidupkan di dunia ini bukan untuk saja-saja..bukan untuk sia-sia..bukan untuk suka-suka. Tapi ada misi dan tanggungjawab yang perlu dilaksana. "AKU tidak menciptakan jin dan manusia melainkan agar mereka beribadah kepada-KU." (Az-Zariyat, ayat 56) "Dan DIA lah yang menjadikan kamu sebagai khalifah-khalifah di bumi dan DIA mengangkat (darjat) sebahagian kamu di atas yang lain......" (Al-An'am ayat 165) Nah! ALLAH telah nyatakan dua peranan kita di dunia secara terang dan jelas dalam Kalam suci-NYA. Sebagai hamba (beribadah kepada-NYA) dan sebagai khalifah untuk menyebarkan syiar agama tauhid ini. Adakah kita masih ragu-ragu? Atau masih mahu buat tidak tahu? Ibadah..bukan dalam masjid sahaja. Bukan di atas sejadah semata. Jangan disempitka...

UJIAN

Ujian Menguatkan, Bukan Melemahkan Allah pasti mengujimu dengan beberapa ujian. Ujian yang menimpa umat ISLAM adalah untuk membentuk kematangan. Jika bersabar dengannya, maka akan berguguranlah dosa-dosa. Oleh sebab itu, lebih baik kita diberi ujian supaya kita dapat membetulkan diri kita. Dan yang lebih penting dapat mendekatkan kita dengan Allah. Orang yang beriman, hatta sebesar zarah sekalipim, pasti akan terbit rasa insaf di hati mereka apabila ditimpa ujian. Akan sentiasa mengingati Allah. Akan sentiasa menyebut nama-NYA. Ujian berkala  itu kadang-kadang penting untuk kita supaya kita akan sentiasa kembali kepada DIA. Ujian yang menginsafkan Itu yang kita harapkan. Tak perlu meminta diringankan ujian. Tetapi mohonlah diberi kekuatan. Subhanallah Alhamdulillah Allahu akbar. Moga Allah Redha. Wallahua'lam

Secebis Kata

"Aku mengamati semua sahabat dan tidak menemukan sahabat yang lebih baik daripada menjaga lidah. Aku memikirkan tentang semua pakaian, tetapi tidak menemukan pakaian yang lebih baik daripada taqwa. Aku merenungkan tentang segala jenis amal baik, namun tidak mendapatkan yang lebih baik daripada memberi nasihat baik. Aku mencari segala bentuk rezeki, tapi tidak menemukan rezeki yang lebih baik daripada sabar" (Khalifah Umar Al-Khattab) Manusia ini sifatnya pelupa. Oleh sebab itu perlu sentiasa dinasihatkan, diingatkan, ditegur dan diperbetulkan. Tidak kisahlah kita ini siapa, kita tetap insan biasa yang tidak dapat lari daripada melakukan kesalahan dan kesilapan. "Tidak ada insan suci yang tidak mempunyai masa lampau, dan tidak ada insan berdosa yang tidak mempunyai masa depan" Sahabat..masa lampau itu biarkan terus berlalu. Pandanglah ke depan. Mulakan langkah yang baru. Jangan persiakan usia mudamu dengan sesuatu yang tidak bermanfaat. Usia muda tidak boleh dip...

Lumrah Alam

Assalamualaikum.. Alhamdulillah sudah masuk hari ke-21 Ramadhan. Bersyukur sangat-sangat kerana Allah masih panjangkan usia hingga ke saat ini. Moga-moga baki umur yang masih bersisa entah berapa lama ini dapat dimanfaatkan dengan sebaiknya bagi mengumpul bekalan sebelum kembali menemui-NYA nanti. Amiinn. Perasan atau tidak, boleh dikatakan semua perkara dalam dunia ini ada yang berpasangan dan ada pula yang berlawanan. Sebagaimana lelaki pasangannya perempuan, malam pasangannya siang, begitu juga baik lawannya buruk, hidup lawannya mati. Hidup lawannya mati. Perkara itu yang ingin diperkatakan kali ini. Manusia ini, ramainya yang gemar benar berbicara tentang hidup semata-mata, tanpa berfikir langsung soal mati. Bila sebut sahaja perkara yang berkaitan hidup, atau dunia dalam kata lainnya, kebanyakkan kita ini akan semangat bukan main. “Aku dah plan itu dan itu untuk masa depan aku” “Aku nak kumpul duit banyak-banyak, dah tua nanti senang” “Aku nak beli rumah besar, kereta mewah....

Kagum Dengan Dia

Assalamualaikum. Alhamdulillah, hari ini sudah masuk hari ke-14 umat Islam berpuasa. Sudah berada di pertengahan fasa kedua Ramadhan. Dan, hanya tinggal beberapa belas hari sahaja untuk melabuhkan tirainya. Sungguh cepat masa berlalu, kan? So, mari sama-sama koreksi diri. Selama 14 hari ini, adakah sudah kita lalui dengan penuh kualiti? Atau sekadar berlapar perut tanpa momentum memacu peningkatan darjat di sisi Illahi? Bagaimana dengan kualiti solat fardhu? Bagaimana dengan ketekunan amalan sunat? Bagaimana pula dengan tadarus dan tilawah kita? Sudah diperbaiki? Sedang diperbaiki? Atau masih di takuk lama? Bila saya soal begitu, tidaklah bermakna apa yang saya lakukan sudah sempurna. Bukan juga bermakna saya mahu mendabik dada. Jauh sekali ingin mengajar anda semua. Tapi, lebih kepada ingin MENGAJAK sesama saudara. Jom! Awak dan saya. Kita sama-sama koreksi diri. Sama-sama perbaiki peribadi. Kerna kita sama-sama mahu menuju firdausi ^_^ Hari ini sudah hari ke 135 saya dan kawan-ka...

Dear Me, Please Understand this!

Don't stop others from MOVING FORWARD just because You choose to STAY BEHIND NEVER think that you are NOT GOOD ENOUGH to be GOOD ENOUGH Do not aim to be SOMEBODY else but Aim to BE YOU in THE BEST VERSION If you CAN'T say something NICE, DON'T say NOTHING at all. Stay connected with the QURAN! To be SHY when you not suppose to be shy, is BAD quality. Don't be shy when LEARNING! Put your TRUST in ALLAH.. And Everything will be OKEY ^_^ Wallahua'lam

Semua Sudah Diatur

Selalu kita mendengar kata-kata  "hargailah insan di sisi anda selagi mana dia masih di situ" "sayangilah orang yang menyayangi kamu" atau kata-kata yang lain tapi tetap mempunyai makna yang sama. ~HARGAI ORANG YANG MASIH ADA DI SISI KITA~ Kadang-kadang kita suka melihat gunung tinggi yang gah berdiri jauh dari kita Kerana kita rasa ada sesuatu di sana yang sangat bermanfaat untuk kita Kerana kita rasa kita akan punya segala-galanya jika gunung itu menjadi milik kita Kerana kita rasa kita akan bahagia selamanya jika dapat menaklukinya Lalu, dengan semangat yang marak membakar Kita terus mengatur langkah ke arah gunung itu Tanpa persediaan yang lengkap Tanpa pengalaman yang mantap Dan Tanpa jiwa yang siap Kita terus mengatur langkah Melangkah dan terus melangkah. Tetapi setelah tiba di sana Jiwa dan hati bagai di sentap Kerana indahnya khabar tidak seperti yang diharap Lalu kita jatuh hingga tertiarap. Inikah jalan hidup yang kita harap? Tanpa kita sedar, Ada kunt...

Apa khabar mereka?

Assalamualaikum... Alhamdulillah..madrasah Ramadhan sudah semakin hampir. Bagaimana dengan persiapan kita agaknya? Bagaimana pula dengan saudara seagama kita di PALESTIN sana? Allah..Allah.. Bersyukurlah kerana kita masih boleh hidup dalam keamanan Masih diberi nikmat menghirup udara bersih yang penuh nyaman. Tiada kedengaran letupan dan esak tangis kesakitan. Tidak ada sungai darah mahupun mayat bergelimpangan. Allah..Allah. Kekalkan keamanan ini buat kami. Dan..tabahkan hati saudara kami di sana. Semarakkan roh jihad. Nyalakan jiwa penuh semangat. Melawan musuh-MU penuh tekad!! Bantuan-MU sahaja yang dapat melemahkan. Bantuan-MU sahaja yang bisa menggoyahkan. Lemahkanlah..Goyahkanlah.. Musuh-musuh ISLAM. . Jom dengar lagu ni..BEBAS PALESTIN.. Moga Allah Redha. Wallahua'lam