Skip to main content

Posts

Showing posts with the label Kehidupan

Ulangtahun Diriku Yang Baru

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih dan Penyayang. Segala puji dan puja hanya layak dipanjatkan kepada DIA satu-satunya. Dia yang memegang langit dan bumi. Dia yang mengatur siang dan malam. Dia yang mencipta manusia, sebagai sebaik-baik kejadian. Dia yang memiliki Arasy yang tinggi. Dia yang menyusun segala pergerakan bulan dan bintang. Dia yang mentadbir alam semesta tanpa sebarang kecuaian. Tiada Tuhan yang berhak disembah, selain Dia, ALLAH. Tuhan Yang memiliki nama-nama yang indah dan sempurna. Subhanallah. Alhamdulillah. Allahu Akbar. Ramadhan ke-5, sebagai seorang insan yang baru. Syukur kepadamu Ya Rahman, kerana memberi cebisan hidayah-Mu buat hamba yang hina ini. Selamat Ulangtahun yang ke-5 wahai diriku yang baru!!! Pelbagai halangan sudah dilalui. Pelbagai liku sudah diredahi. Pelbagai perli maki telah menerobos hati. Pelbagai kejadian menyedarkan diri. Pelbagai ujian menambah kekuatan diri. Wahai ALLAH.. Sungguh insan yang amat lemah. Tiada daya d...

Salah Bahtera?

Penghijrahan memerlukan hati dan semangat yang kuat. Iman yang utuh, niat yang padu serta sokongan yang hebat, antara ramuan terpenting dalam penghasilan produk diri yang baharu. Bukanlah senang untuk menjadi manusia yang benar-benar baharu, yang lain daripada dulu, yang mahu membersihkan debu, yang duri menanti di segenap penjuru, yang...yang ternyata jauh dari dunia yang lalu. Baru sahaja mula melangkah, sudah ada cela menerpa. Baru sahaja langkah dibuka, perli herdik menerjah sukma.  Bila menutur kata yang baik, sudah dilabel "ustaz" "ustazah".. Bila berbicara pahala dan dosa, mula diungkit kisah hitamnya. Bagai pesalah di kandang mahkamah, tunduk dan diam membisu..lalu hati berbisik..."salahkah tindakan yang aku ambil?" Jika seseorang itu dalam penghijrahan menjadi lebih baik, usahlah diungkit kisah silamnya. Kerana kita tidak pernah tahu betapa pedih dan seksanya dia cuba melupakan kisah itu. Jika seseorang itu dalam usaha mengejar ge...

Rindu Zaman Sekolah

[Copy Paste] Ingat x benda nie?? 1-Kat skola ade salesman jual buku cerita. Hari ni bg list, esok mintak duit kt parents nk beli walaupun cerita buku tu dah tau. 2- Salesman jual air vitagen/susu pon camtu gak.Mesti nak beli walaupun dah tahu mak ayah pun boleh beli jugak kat kedai... ... 3-Kat library, budak2 mmg baca buku tp just tengok gambar je. Tapi bile ade program Nilam, sibuk semua nak pinjam buku.Semata-mata nak penuhkan buku Nilam tu. 4- RMT kat skola mkn x best, tp yg berduit pon join RMT, x phm.... 5-Pakai pensel box yg boleh bukak dpn blkg, pastu ade sharpener kat tgh2.. 6-Main lwn pemadam, syg nak guna utk padam. Padahal itu fungsi sbnr, utk padam! 7- Pakai pembaris yg bergerigi,,yang kat dlm tu ade air.Pastu ade bende berkilat dlm air tu... 8- Cikgu pakai pembaris kuning panjang. Ade pemegang kat tgh2 tp x pernah nmpk cikgu pegang pn kat situ. 9-Bulu ayam jd ramping sebab sering dijadikan rotan. 10-Datang sekolah awal2 p...

Mood Cuti Tak Cuti~

ALHAMDULILLAH.. 7 Semester sudah berlalu..tinggal 1 sem saje lagi..1 je lagi..1 je lagi.. Inshaa Allah.. Semoga Allah permudahkan segala urusan. Tahun terakhir, tahun menguji kesabaran. Semester terakhir, semester menguji ketabahan.. Cewahh.. (macam la orang lain tak rasa jadi final year student kan) Tak kisahlah awak tahun berapa, semester berapa, yang penting awak kena tahu tak ada istilah CUTI bagi mereka yang bergelar pelajar, apatah lagi MUSLIM PELAJAR macam kita-kita ni..Ilmu itu sentiasa perlu dicari, digali, ditadah, dikejar..dan macam-macam di lagi..  Bukan sahaja untuk mereka yang bergelar pelajar, tapi sesiapa pun awak, tak kiralah awak tu suri rumah ke, petani ke, pekerja kilang ke, supervisor ke, tauke kedai ke, hatta doktor or pendidik sekalipun, tetap tak ada istilah CUTI untuk terus belajar. Tak gitu? Ilmu itu takkan pernah cukup, semakin kita dalami, semakin banyak yang kita tidak tahu sebenarnya.  Belajar itu pun, tak semestinya dalam k...

Konvensyen Fiqh Wanita & Islam

Alhamdulillah, Allah izinkan diri ini untuk turut serta dalam Konvensyen Fiqh Wanita & Islam yang diadakan di MAEPS Serdang pada 19/1/13-20/1/13 yang lepas. Sungguh, program seperti ini sangat, sangat dan sangatlah baik dan bagus. Semoga K-FIQH dapat melaksanakan lebih banyak program seumpama ini kelak, Inshaa Allah. Semasa program ini berlangsung, Cik Cahaya berkesempatan menadah ilmu daripada mereka yang sangat-sangat Cik Cahaya hormati dan kagumi. Sekali lagi, semoga Allah merahmati mereka semua dan umat ISLAM keseluruhannya, Amiinnn. HARI PERTAMA Program dua hari ini mempunyai banyak slot dan dikendalikan oleh mereka yang arif tentangnya. Disebabkan itu, Cik Cahaya ada juga rasa kecewa, bukan sebab panelnya mahupun tajuk yang disampaikan, tetapi lebih kepada masa yang tidak mencukupi. Tengah-tengah seronok mendengar penerangan daripada para ustaz dan ustazah, tiba-tiba masa dah habis. Memang frust juga..tapi nak buat macam mana, masa mesti ditepati. Apapun, syabas kepada...

PD

Jika memang aku pilihanmu, maka tunggulah aku hingga Allah takdirkan kita untuk bertemu. Bertemu dalam redha-NYA, itu yang aku mahu. Jika kamu mahu yang cantik dan hebat, itu bukanlah aku. Tapi, jika mahu yang BIASA dan ingin DIBIMBING, ternyatalah diri ini. Ok, stop!  Ternyata tekanan subject product development hari ni (selasa 2/10) sangat mempengaruhi emosi Cik Cahaya. Bertapa dalam lab dari pukul 9 pagi sampai 6.30 petang..bukanlah hal yang ringan ok! Kalau duduk goyang kaki memang tak ada masalah kot, tapi, kalau dah kena bergerak ke hulu ke hilir, memerah otak dan keringat, dalam lab yang memang tak disediakan kerusi tu, aisehh, memang boleh patah kaki.. #pengsan seketika# Ditambah pula dengan kondisi kesihatan yang tak berapa stabil, memang mencabar..But, Alhamdulillah, everything dah lepas pun kan. Hari ini Cik Cahaya tak ada suara, disebabkan batuk yg agak teruk gituu, so ada juga la perkara kelakar yang berlaku terutamanya dalam group sendiri. Saya dibu...
“Penatnya..aku ingat lab sikit je..” “Sem ni kira ok, senior kata sem depan lagi banyak lab.” “Yeke? Nak tukar minor la!” Gulp! Tersalah cakap ke? Memang penat..Lumrah.. ‘Aku pun rasa nak menangis tau!’ –monolog dalaman. Seriously! Memang rasa nak menangis.. Baru dua minggu semester baru bermula, tapi kepala dah rasa berat. Sangat! Allahu Robbi T_T Be positive. DIA uji kita sepaya kita semakin kuat, semakin tabah, semakin mengenal erti hidup. Yang paling penting, DIA uji kita supaya kita lebih DEKAT dengan dia. Kan? Tapi..kata-kata tu tersekat di kerongkong. Tak mampu diluahkan. Perlu kuatkan hati sendiri dulu supaya dapat menguatkan insan lain juga. Hanya mampu senyum. “Fikirlah apa yang terbaik.” Itu je yang mampu lidah tuturkan. Suasana suram dalam surau fakulti menambah hiba. “YA ALLAH, KUATKAN HATI KAMI.” hati kadang-kadang tidak mampu menipu "ok" di bibir belum tentu "ok" juga di hati senyum...

Si Bongsu Menjadi Sulung

Baru sahaja rasanya melangkah masuk ke hamparan hijau bumi UPM. Teringat deruman enjin kenderaan  yang bersimpang-siur mencari tempat yang sesuai untuk berhenti. Terimbau pandangan pertama ke arah  motto “Berilmu Berbakti” yang gah tulisannya di samping logo UPM berwarna merah. “Pergi hantar report kesihatan di dewan besar dulu, kemudian baru pergi daftar di kolej,” beritahu seorang petugas. Aku angguk. Kepala menoleh ke kiri dan kanan. Mencari kelibat si dewan besar. Aku pandang Abang Chik yang daripada tadi setia menjadi pengawal peribadi aku, “Dewan dekat mana?” soalku. “La.. mana Chik tahu, awak ni.” Aku sengih. Ya juga, abang aku tu mana lah pernah datang sini sebelum ni. Alahai.. “Dewan besar dekat sana,” beritahu petugas seakan memahami. Aku senyum. “Terima kasih.” KOLEJ KEENAM Dari jauh sudah terpampang papan tanda kolej keenam, bakal rumah kedua. “Adik ambil course apa?” tanya salah seorang fasilitator. “Sains dan Teknologi Makanan,” hah..skema jawapan tu. ...

My priority

Special entry for special person in my life. My Priority after ALLAH and RASUL. Really love you. Really need you. Without you I'll have nothing. Since I'm not married....yet! So, they are my priority after Allah and Rasul Tadaaa...!! My parents of course! Ayah & Mak, terima kasih untuk semuanya Sayang ini tak terucap dengan kata-kata Kasih ini tak terluah dengan rasa Anak yang baik itu, bukanlah diri ini Namun, ibu bapa yang baik, ku yakin ia adalah kalian Bahagia kalian, bahagialah diri ini Sedih kalian, dukalah hati ini Jasa kalian terlalu besar Tidak mampu dibalas walau sebesar zarah Pengorbanan kalian terlalu banyak Tidak mampu diganti walau hanya setitis cuma Justeru, akanku cuba perbaiki diri Mencantikkan akhlak memperindahkan peribadi Agar kita bisa bersama lagi Di akhirat kelak sebagai satu famili ^_^ P/S : Terima kasih mak & ayah atas kesabaran mendidik Na yang super duper degil ni :) Moga Allah Redha. Wallahua'lam

Tahu tapi belum kenal!

Just because you know my name, it does not mean you know who I am! Assalamualaikum.. Jom senyum Alhamdulillah..hanya dengan sebuah senyuman, kita sudah pun melaksanakan satu kebaikan. Nampak kecil, tapi impaknya besar. Ya tidak? Cuba bayangkan kalau kita tengok seseorang yang mukanya masam mencuka. Agak-agaknya, kita berani tak nak tegur dia? Bukan setakat nak tegur, nak pandang pun takut, kan? kan? So, marilah kita sama-sama bersedekah di bulan Ramdhan yang penuh kemuliaan ini. Walau tidak dengan wang ringgit, cukuplah dengan sebuah senyuman. :)  Senyum itu bisa menyembuhkan hati yang luka, serta menghiburkan jiwa yang duka. Ok, kembali semula kepada first sentence di atas.."Just because you know my name, it does not mean you know who I am!" Betul kan? Mengetahui nama seseorang tidak bermakna kita mengenali dia. Tapi, kenapa ramai antara kita yang suka cakap "aku kenal dia ni sangat".."ala..dia ni macam ni orangnya".."kalau nak tahu, dia tu...

Yeay! Dah nak habis.

Assalamualaikum.. Alhamdulillah, hari ini sudah masuk hari ke-7 umat Islam berpuasa. Moga-moga ibadah kita tahun ini lebih mantop dan baik daripada sebelumnya. Aminn.. Pejam celik pejam celik, rupa-rupanya hari ini sudah hari ke 130 kami menjalani latihan industri di DELIGATEAUX (M) SDN BHD . Maksudnya, hanya tinggal lebih kurang dua minggu lebih sahaja lagi nak habis. Yeay!! (Nampak sangat tak sabar nak cuti) Dan, harap-harap ilmu yang diceduk sepanjang berada di sini dapat dimanfaatkan kelak. Cik Izzati Mohkayat, Cik Umi Fatiha, Cik Intan Syafinar, Cik Nurainni Hussein dan Cik Salehatul Atiqah  Thanks for everything ^_^ And now..masing-masing tengah sibuk nak siapkan report, kecuali Cik Salehatul Atiqah yang sudah seminggu habis LI..Chaiyok2!! Walaupun sibuk (??) buat report, tapi still tak lepaskan peluang join kakak-kakak staff buat hamper raya yang ditempah oleh sebuah hypermarket. Ok, stop dulu. Nak sambung buat report ^_^ Tata &  Assalamualaikum

Bila dah berjumpa..maka..

Assalamualaikum.. Alhamdulillah, hari ini sudah masuk hari ketiga umat Islam berpuasa. Semoga kita semua tetap terus istiqamah dalam beribadat..Amiinn.. Kepada Cik A'an Saidin, Cik Ummu Fiz'an dan Cik Cahaya Qaseh, zillion thanks diucapkan untuk korang bertiga sebab sudi habiskan masa dengan Cik Cahaya sehari sebelum kita start berpuasa. Honestly, seronok sangat jumpa korang. Terubat rindu beb! Walaupun "tentatif" perjumpaan kita ni tak dirancang, tapi Alhamdulillah, semuanya best dan menyeronokkan. "Nak ke mana ni?" soal Cik Cahaya berulang kali. Dan setiap kali soalan tu ditanya, maka jawapannye tetap ini "Taman, na".."Taman..taman.." Sebenarnya kawan-kawan, koi tak tahu apa yang seronok benor kat taman tu sampai aokmer nak sangat ke situ. Jadi, sebagai "ibu" mithali, koi pun drive la kereta dengan tenangnya menuju ke TAMAN..Tapi, takdir, terlajak la pula. Yang tak boleh tahan, bila dah buat U-Turn nak ke Taman tu,...

Terima Kasih

Assalamualaikum. Salam Jumaat penuh barakah ^_^ Hari ini, first time dalam hidup, tayar kereta Cik Cahaya pancit. Allhamdulillah, nasib baik ada abang-abang pekerja Deligateaux tempat Cik Cahaya praktikal sekarang sudi membantu..Kalau tidak, memang kereta itu akan tersadai kat depan kilang aje sebab ilmu pengetahuan Cik Cahaya tentang kereta ni memang tahap "ZERO" gituu.. So, entry ini khas untuk mereka. Terima kasih banyak2 ye. Hanya Allah sahaja mampu membalas jasa kalian.. ^_^ Ini aje gambar yang sempat snap :) Ini rupanya penyebab tayar ni pancit..sabar jela.. Waktu ni Cik Cahaya jadi pemerhati saje :P Encik inilah yang susah payah gelek tayar ke bengkel. Alhamdulillah..Everything dah settle.. Again..TERIMA KASIH semua :) p/s : lain kali kena belajar tukar tayar sendiri 

~May 11, 2012~

“Allah lebih sayangkan dia. Mak cik redha dia pergi. Syurgalah tempat untuk dia.” Pelukkan semakin erat. Tangisan yang ditahan seakan tidak mampu lagi dibendung. Terdengar esakkan kecil si ibu. “Mak cik redha….Syurgalah tempat untuk dia…” Masih terngiang-ngiang lagi ayat itu. “Syurgalah tempat untuk dia…” Subhanallah.. Doa terhebat dari si ibu. Bertuah dirimu duhai teman, pergimu diiringi doa ibu. Moga kau bahagia di sana. Berehat dengan tenang setelah jerih keringatmu habis diuji kesakitan di dunia. Moga kesakitan dan kepayahan semasa di sini, telah bertukar menjadi keselesaan dan kedamaian di sana. 11 Mei 2012.. Ada suka. ada duka. Suka. Alhamdulillah. Sudah genap 22-tahun. Syukur kerana Allah masih memberi peluang kepada Cik Cahaya untuk meneruskan kehidupan di dunia ini. Masih diberi kesempatan mengumpul bekalan dan memperbaiki kesalahan serta kesilapan. Moga sisa umur yang masih berbaki entah berapa lama lagi dapat Cik Cahaya manfaatkan untuk mendekatkan diri dengan DIA....