Skip to main content

Posts

Showing posts from August, 2012

Buat kamu..

Walaupun berjauhan Walaupun tidak pernah mendengar bicara Apatah lagi bersua muka Tetapi di hati bagai lahir sebuah rasa Moga Allah memelihara hati kita Dari rasa yang boleh membinasa Dari niat yang membawa murka Dari bisikan penyumbang dosa Moga Allah menjaga kita Dari segala angkara Yang boleh menjauhkan kita Dari Rahmat-NYA yang sudah diimpi lama Moga Allah pertemukan kita Dalam keindahan berkat-NYA Membina mahligai hingga ke syurga Moga Allah izinkan kita Mengecap indah sebuah cinta Yang dibina bertunjangkan CINTA kepada DIA Allah memberi cinta bukan untuk manusia berduka Allah memberi kasih bukan untuk manusia bersedih Allah memberi hati bukan untuk manusia lukai Allah memberi sayang bukan untuk manusia membenci Terima kasih Allah untuk rasa ini

My priority

Special entry for special person in my life. My Priority after ALLAH and RASUL. Really love you. Really need you. Without you I'll have nothing. Since I'm not married....yet! So, they are my priority after Allah and Rasul Tadaaa...!! My parents of course! Ayah & Mak, terima kasih untuk semuanya Sayang ini tak terucap dengan kata-kata Kasih ini tak terluah dengan rasa Anak yang baik itu, bukanlah diri ini Namun, ibu bapa yang baik, ku yakin ia adalah kalian Bahagia kalian, bahagialah diri ini Sedih kalian, dukalah hati ini Jasa kalian terlalu besar Tidak mampu dibalas walau sebesar zarah Pengorbanan kalian terlalu banyak Tidak mampu diganti walau hanya setitis cuma Justeru, akanku cuba perbaiki diri Mencantikkan akhlak memperindahkan peribadi Agar kita bisa bersama lagi Di akhirat kelak sebagai satu famili ^_^ P/S : Terima kasih mak & ayah atas kesabaran mendidik Na yang super duper degil ni :) Moga Allah Redha. Wallahua'lam

Lumrah Alam

Assalamualaikum.. Alhamdulillah sudah masuk hari ke-21 Ramadhan. Bersyukur sangat-sangat kerana Allah masih panjangkan usia hingga ke saat ini. Moga-moga baki umur yang masih bersisa entah berapa lama ini dapat dimanfaatkan dengan sebaiknya bagi mengumpul bekalan sebelum kembali menemui-NYA nanti. Amiinn. Perasan atau tidak, boleh dikatakan semua perkara dalam dunia ini ada yang berpasangan dan ada pula yang berlawanan. Sebagaimana lelaki pasangannya perempuan, malam pasangannya siang, begitu juga baik lawannya buruk, hidup lawannya mati. Hidup lawannya mati. Perkara itu yang ingin diperkatakan kali ini. Manusia ini, ramainya yang gemar benar berbicara tentang hidup semata-mata, tanpa berfikir langsung soal mati. Bila sebut sahaja perkara yang berkaitan hidup, atau dunia dalam kata lainnya, kebanyakkan kita ini akan semangat bukan main. “Aku dah plan itu dan itu untuk masa depan aku” “Aku nak kumpul duit banyak-banyak, dah tua nanti senang” “Aku nak beli rumah besar, kereta mewah.

Tahu tapi belum kenal!

Just because you know my name, it does not mean you know who I am! Assalamualaikum.. Jom senyum Alhamdulillah..hanya dengan sebuah senyuman, kita sudah pun melaksanakan satu kebaikan. Nampak kecil, tapi impaknya besar. Ya tidak? Cuba bayangkan kalau kita tengok seseorang yang mukanya masam mencuka. Agak-agaknya, kita berani tak nak tegur dia? Bukan setakat nak tegur, nak pandang pun takut, kan? kan? So, marilah kita sama-sama bersedekah di bulan Ramdhan yang penuh kemuliaan ini. Walau tidak dengan wang ringgit, cukuplah dengan sebuah senyuman. :)  Senyum itu bisa menyembuhkan hati yang luka, serta menghiburkan jiwa yang duka. Ok, kembali semula kepada first sentence di atas.."Just because you know my name, it does not mean you know who I am!" Betul kan? Mengetahui nama seseorang tidak bermakna kita mengenali dia. Tapi, kenapa ramai antara kita yang suka cakap "aku kenal dia ni sangat".."ala..dia ni macam ni orangnya".."kalau nak tahu, dia tu

Kagum Dengan Dia

Assalamualaikum. Alhamdulillah, hari ini sudah masuk hari ke-14 umat Islam berpuasa. Sudah berada di pertengahan fasa kedua Ramadhan. Dan, hanya tinggal beberapa belas hari sahaja untuk melabuhkan tirainya. Sungguh cepat masa berlalu, kan? So, mari sama-sama koreksi diri. Selama 14 hari ini, adakah sudah kita lalui dengan penuh kualiti? Atau sekadar berlapar perut tanpa momentum memacu peningkatan darjat di sisi Illahi? Bagaimana dengan kualiti solat fardhu? Bagaimana dengan ketekunan amalan sunat? Bagaimana pula dengan tadarus dan tilawah kita? Sudah diperbaiki? Sedang diperbaiki? Atau masih di takuk lama? Bila saya soal begitu, tidaklah bermakna apa yang saya lakukan sudah sempurna. Bukan juga bermakna saya mahu mendabik dada. Jauh sekali ingin mengajar anda semua. Tapi, lebih kepada ingin MENGAJAK sesama saudara. Jom! Awak dan saya. Kita sama-sama koreksi diri. Sama-sama perbaiki peribadi. Kerna kita sama-sama mahu menuju firdausi ^_^ Hari ini sudah hari ke 135 saya dan kawan-ka

^_^

Bukan tidak mahu Tapi seakan masih tidak mampu Bukan kerana tidak cukupnya ilmu Tapi kerana masih banyak perkara yang tidak tahu Bukan sekadar mahu menjadi penyeri duniawi Tapi mengimpikan menjadi bidadari firdausi Justeru Berikan sedikit waktu Agar dapat mempersiapkan diriku Kerna aku ingin menjadi ratu Kaya peribadi dan tinggi ilmu Biar tidak di mata yang lain Tapi cukup sempurna dipandanganmu ^_^ P/s : Tekanan buat report *_*