Skip to main content

Posts

Showing posts from July, 2014

Ulangtahun Diriku Yang Baru

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih dan Penyayang. Segala puji dan puja hanya layak dipanjatkan kepada DIA satu-satunya. Dia yang memegang langit dan bumi. Dia yang mengatur siang dan malam. Dia yang mencipta manusia, sebagai sebaik-baik kejadian. Dia yang memiliki Arasy yang tinggi. Dia yang menyusun segala pergerakan bulan dan bintang. Dia yang mentadbir alam semesta tanpa sebarang kecuaian. Tiada Tuhan yang berhak disembah, selain Dia, ALLAH. Tuhan Yang memiliki nama-nama yang indah dan sempurna. Subhanallah. Alhamdulillah. Allahu Akbar. Ramadhan ke-5, sebagai seorang insan yang baru. Syukur kepadamu Ya Rahman, kerana memberi cebisan hidayah-Mu buat hamba yang hina ini. Selamat Ulangtahun yang ke-5 wahai diriku yang baru!!! Pelbagai halangan sudah dilalui. Pelbagai liku sudah diredahi. Pelbagai perli maki telah menerobos hati. Pelbagai kejadian menyedarkan diri. Pelbagai ujian menambah kekuatan diri. Wahai ALLAH.. Sungguh insan yang amat lemah. Tiada daya d