Skip to main content

Posts

Showing posts from April, 2013

Sweetnya DIA

Hari ni saya tetiba nak cerita tentang dia. Dia yang selalu ada bersama saya, ketika susah atau senang, ketika suka atau duka. Dia yang banyak membantu saya, menguatkan saya dan menghiburkan hati saya. Walaupun banyak perkara yang saya lakukan melukakan dia, namun dia tidak pernah tinggalkan saya walaupun seketika. Dia sangat sweet..saya yakin saya tak akan dapat pengganti macam dia. Sebab itu, saya tekadkan hati, usahakan diri, untuk tetap setia dengan dia. Walau apapun, saya mahu tetap setia! Dia..selalu bagi saya macam-macam. Selalu buat kejutan kepada saya dan kadang-kadang saya sendiri pun tak sangka. Sungguh, saya berasa sangat bertuah kerana ada dia di samping saya. Sweetnya dia..selalu sudi mendengar luahan hati saya. Walaupun kadang-kadang saya rasa malu untuk bercerita, tapi dia kata tak apa, cerita dan luahkan saja sebab dia sanggup mendengar segala-galanya. Bila saya ada masalah, dia akan segera membantu saya. Bila
Berubah! Dan berubahlah! Hijrah! Dan berhijrahlah! Mudah Senang Untuk ditutur Untuk diucap Payah Perit Untuk dilaksana Untuk dibuat Tapi Tidak mustahil Tidak mustahil Tidak mustahil Jika seseorang itu sedang berubah, jangan diungkit kisah silamnya, kerana kita tidak pernah tahu betapa peritnya dia cuba melupakan kisah itu. Jika seseorang itu sedang berhijrah, jangan terlalu mengharap dia menjadi sempurna, kerana kita tidak pernah tahu betapa sakitnya duri hijrah itu. Jika seseorang itu berkata aku mahu menjadi lebih baik, bantulah, bimbinglah, bukan membanding-bandingkan dia dengan orang lain, kerana kita tidak pernah tahu betapa banyak airmatanya mengalir kerana dirinya yang lalu, Tidak semua yang kita nampah indah itu, indah sebenarnya. Tidak semua yang kita nampak kuat itu, kuat sebenarnya. Tidak semua harus diceritakan Tidak semua perlu dikongsikan Tidak semua mesti ditunjukkan. Pelihara lidahmu. Jaga tingkah laku m