Skip to main content

Posts

Showing posts from 2011

~Sejuta Cinta Untuk Ibunda~

Assalamualaikum.. Sejuta cinta untuk ibunda~ Sebenarnya tajuk entry ni diambil sempena buku ni >> Buku ni baru je dibeli semalam. Walaupun sudah beberapa kali membaca tajuknya, tetapi hati tak tergerak pun nak beli..Hinggalah semalam..apabila terbaca ayat ni "Buku ini akan membuatkan anda menangis dan menginsafi diri. Tanyalah ibu anda, "Ibu, adakah ibu meredai saya?".. Walaupun ayat ni agak simple..tapi..Subhanallah, sangat menyentuh hati.. Sebenarnya tak sempat pun lagi nak baca buku ni, cuma belek-belek je. Macam biasa, cari part-part yang menarik dulu. Belek punya belek, dari mukasurat depan hingga belakang..rupa-rupanya tak ada pun yang menarik...kerana semuanya SANGAT MENARIK...SANGAT MENYENTUH HATI..dan yang penting SANGAT MENGINSAFKAN..subhanallah.. Jadi..di sini saya nak berkongsi beberapa ringkasan bahagian yang sempat saya baca.. Semoga bermanfaat..InsyaAllah Bagaimana Mencintai Ibu 1. Memberinya hadiah  Cuba kira, sepanjang hidup i

~Kerana Kita SAHABAT~

Assalamualaikum dan salam sayang buat semua student 3 rd year foodtech, dan juga buat mereka yang bergelar sahabat.. Sahabat kepada insan bernama Nurul Farhana. Hari ini, Selasa, tanggal 27/12/11, jam 6.51pm, cebisan ini dinukilkan khas buat kamu, sahabat saya. Nukilan ini bukannya apa-apa..sekadar suka-suka. Yelah, tadi masa tengah study (konon2nya rajin study), tiba-tiba teringat pada korang semua. Mesti tengah study juga kan? Bagus2..teruskan kerajinan nak study tu ^_^ Emm..pejam celik pejam celik, dah dekat dua tahun setengah kita bersama-sama kan? Susah senang, suka duka, pahit manis, tawa mahupun tangis, telah berjaya kita redahi. Alhamdulillah.. sekarang, tinggal final exam untuk sem ni yang bakal menjelma kurang seminggu dari sekarang. Semoga Allah memberi kemudahan dan ketenangan kepada kita semua untuk menghadapi imtihan dunia ni. Dan, semoga Allah mengurniakan kejayaan yang cemerlang kepada kita semua..Amiinn.. Sedar tak sedar juga, banyak pengalaman yang cik cahaya (g

~Cerita Tentang Hati~

Assalamualaikum..salam sejahtera..salam ukhwah..salam persaudaraan ^_^ Apa khabar hati dan iman hari ini? Semoga semuanya bukan sekadar baik, tapi bertambah baik dari sehari ke sehari..Amiinn.. Cerita tentang hati.. Mengapa mahu bercerita tentang hati? Kerana hati itu tempat letaknya ilham.. Hati itu juga tempat yang menjadi rebutan malaikat dan syaitan.. Hati juga mempunyai banyak kesibukan-nafsu dan akal saling berperang. Malah, hati juga adalah tempat yang paling sukar diubati jika sudah dilukai. Jadi..kita perlulah sentiasa menjaga hati. (nasihat buat diri sendiri terutamanya) Jangan biar hati kita dicemari. Jangan sampai hati kita mati. Kerana hati yang mati itu akan turut membinasakan jasad, biarpun secara fizikalnya sangat sihat dan kuat.. Hati yang mati..tak akan sedih meninggalkan amal. Hati yang mati..tak akan rasa bersalah melakukan dosa. Hati yang mati..tak akan terasa lazatnya beribadah kepadaNYA. Mahukah kita menjadi seperti itu? Nau’zubillah..mohon dija

HATI

Deru angin menghembus.. Desiran dedaun bagai mengalun lagu.. Rintik hujan masih bersisa.. Damai.. Tenang .. Tiba-tiba hati berbisik.. Bisikan sayu.. Bisikan rindu.. Bisikan syahdu.. Aku teringat akan dia.. Insan yang banyak  membantu perubahanku.. Insan yang tidak pernah lelah menasihati aku. Insan yang tidak jemu menegur silapku.. Biar tanpa sedar. Biar tanpa bicara. Biar tanpa suara. Dia tetap menyebar damainya sebuah ukhwah.. Namun.. Aku yang tersilap. Tersilap dalam mentafsir kata. Silap dalam menapis bicara. Lalu hatiku tertaut padanya. Tertaut tanpa aku kenal siapa dia. Tertaut tanpa aku kenali wajahnya. Tertaut hanya melalui kata2.. Bila ditanya mengapa? Aku terus membisu.. Aku sendiri kelu..penuh keliru.. Aku mempertaruhkan hati milikMU. Betapa berdosanya aku. Betapa khilafnya diriku. Ya Allah… Kau pandulah hati ini untuk sentiasa berada di jalanMU. Tuntunlah jiwa ini agar terus berlari bagi mendapatkan CINTA-MU. Bimbinglah diri ini agar sentia

::Mencari Al-Fateh::

Rasulullah bkata ketika mgali Parit Khandaq, "Konstantinopel akan jatuh ke tangan tentera ISLAM. Rajanya sewaktu itu sebaik-baik raja yang ada. Tenteranya juga sebaik-baik tentera." (Direkodkan oleh Ahmad) http://www.youtube.com/watch?v=EHy-KlwmVW4&feature=related   http://www.youtube.com/watch?v=q0UFhxCVUYk&feature=related

Saya Sudah Tua (2)

Salam Ukhwah, Salam Kasih, Salam Mesra buat semua..^_^ Apa khabar iman dan hati hari ini? Semoga semuanya sentiasa sihat dan segar dalam ingatan kepada Allah..InsyaAllah. Bagaimana pula dengan amal dan ibadah kita? Masih istiqamah? Alhamdulillah.. Hari ini teringin rasanya untuk menyambung tulisan yang lepas-Saya Sudah Tua!! Sekadar renungan buat diri sendiri agar terus berusaha untuk mempersiapkan diri untuk bertemu denganNYA..dan, harap2 dapat dimanfaatkan oleh sesiapa yang sudi membaca tulisan ini.. Beberapa tahun yang lepas, seorang senior saya telah dipanggil menghadap Ilahi, tahun lepas pula seorang rakan sebaya saya telah sama meninggalkan dunia ini, dan yang terbaru, beberapa bulan lepas, seorang lagi senior saya telah menghembuskan nafas yang terakhir. (Al-fatihah) Berapa umur mereka saat dipanggil menghadap Tuhan? Masih di belasan tahun dan di awal 20-an. Saya seringkali tersentak apabila menerima berita kematian orang yang saya kenal

::Merenung Ke Dalam Diri::

“Dan sungguh, Kami telah menciptakan manusia (Adam) dari tanah liat kering dari lumpur hitam yang diberi bentuk.Dan Kami telah menciptakan jin sebelum (Adam) dari api yang sangat panas. Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat, “Sungguh, Aku akan menciptakan seorang manusia dari tanah liat kering dari lumpur hitam yang diberi bentuk. Maka apabila Aku telah menyempurnakan (kejadian)nya, dan Aku telah meniupkan roh (ciptaan)-Ku ke dalamnya, maka tunduklah kamu kepadanya dengan bersujud.” Maka bersujudlah para malaikat itu semuanya bersama-sama, kecuali iblis. Ia enggan ikut bersama-sama para (malaikat) yang sujud itu.” (Al-Hijr : 26-31) Dari ayat2 di atas kita dapat melihat sendiri betapa taatnya malaikat kepada Allah swt. Walaupun malaikat diciptakan oleh Allah daripada nur, namun mereka tetap sujud (memberi penghormatan) kepada Nabi Adam yang diciptakan daripada tanah liat yang hitam. Mereka sentiasa patuh dengan perintah Allah,

Antara Impian dan Cita-cita (4)

“Syifa sihat hari ni?” tanya Hanis mesra. Tangannya memegang lembut tangan Syifa yang sedang berbaring.  Biarpun wajahnya masih kelihatan pucat, namun, bibirnya mekar dengan senyuman. Soalan Hanis dibalas dengan anggukkan. “Kena banyak berehat ya, jangan banyak bergerak….” Belum sempat ayat dihabiskan, Syifa lantas memotong. “Cara Kak Nani sama je dengan Kak Ayu,” Syifa buat muka bosan. Mungkin sudah jemu mendengar nasihat begitu. Kening Nani terangkat. Hanis mula ketawa kecil. “La..inikan untuk kebaikan Syifa juga.” Syifa muncung. “Ok..ok..kalau macam tu, Syifa nak kak Nani cakap fasal apa?” Segaris senyuman terukir di bibir anak kecil itu. “Rayyan dan Qistina!! Syifa dah lama tak jumpa diorang,” balas Syifa ceria. Semenjak dia dimasukkan ke hospital, hanya sekali dia bertemu kawan sepermainannya itu. Dia amat rindu untuk bemain bersama mereka. Nani senyum. Rindukan mereka rupanya. ********** Suasana di Restoren Imtiyaz sunyi sepi. Jam bar