Skip to main content
Assalamualaikum :-)

Fuhh~~ Dah bersawang blog ni. Pejam celik pejam celik dah dekat 9 bulan tak update any enty. Kalau preggy ni, mesti tengah tunggu due nak bersalin je..Ahakz..Gurau sikit.

Alhamdulillah, ALLAH masih panjangkan usia kita hingga ke hari ini. Untuk apa? Mesti ada sebab kan?
Umur ni diberi bukan untuk sia-sia.
Bukan juga untuk terus bersuka-suka.
DIA beri kita lebih masa untuk terus perbaiki diri, menambah amalan, memperteguhkan iman dan memantapkan taqwa sebelum kita kembali ke pangkuan-NYA.

Ingin "pergi" dalam keadaan indah dan diredhai?
Maka hidup juga perlulah dalam keadaan indah dan diredhai.

Bagaimana?

Kerjakan suruhan-NYA dan jauhi larangan-NYA. Inshaa Allah :-)

Ok, selama 9 bulan ni bermacam-macam kejadian berlaku. Ada yang baik, ada yang kurang baik. Begitulah perjalanan hidup kita sebagai hamba, ye dak?
Terimalah takdir hidup kita dengan hati yang terbuka dan penuh positif. Amboih..dah macam pakar motivasi pulak..kikikiki.

Alhamdulillah, dengan izin ALLAH, ada 2 perkara penting berlaku dalam tempoh 9 bulan ni. Atas sebab ni la agaknya Cik Cahaya jadi busy, kan? (*bajet retis sangat)

Yang pertama, Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah, tanggal 30/5/2015 Cik Cahaya dah bertukar status jadi Puan. Tapi dekat belog ni Cik Cahaya tetap bahasakan diri sebagai Cik Cahaya lagi sebab kalau nak guna Puan Cahaya macam emmmm je..hahahaha..

Yang kedua, Alhamdulillah, karya pertama Cik Cahaya sudah diterbitkan :-) :-) :-) Hadiah kahwin paling syok habaq hang.

Buku kecil bertajuk "Ketuk Hati..Sentapnya Tuh Di Sini" bercirikan motivasi islamik. Membicarakan soal hati dan kehidupan.

Nak tahu lebih lanjut mengenai isi kandungan buku ni, boleh cari di kedai-kedai buku berhampiran, atau terus je hubungi pihak penerbit, iaitu MUST READ Sdn Bhd (whatsapp ke nombor 01128349268 untuk tempahan) :-)


Semoga bermanfaat

Ok lah sampai sini saja untuk kali ini. Jumpa lagi :-)

Moga Allah Redha. Wallahua'lam

Comments

Popular posts from this blog

Bahagiakan Diri Dengan Kebahagiaan Orang Lain

Pernah terjadi tak, Ada satu masa, kita nak ceritakan masalah kita pada seseorang. Nak luahkan perasaan sedih kita. Nak menangis dan meminta nasihat dia. Tapi, belum sempat kita buka mulut, orang tersebut terlebih dahulu menceritakan masalah dia. Terlebih dahulu meluahkan perasaan sedih dan meminta kita menasihati dia. Pernah terjadi tak? Apa tindakan kita ketika itu? Terus meminjamkan telinga untuk mendengar masalah dia,walaupun ketika itu hati kita sendiri sedang terluka,  atau terus berkata "aku pun ada masalah!" dan membiarkan orang itu terus bersendirian menanggung kesedihan? #MUHASABAH# Ketika kita rasa kita lah yang paling sedih, paling terluka, paling lemah, paling sakit..saat itu ALLAH hadirkan orang lain kepada kita, agar kita sedar bahawa ada orang lain yang lebih sakit, lebih terluka, lebih lemah dan lebih sakit daripada kita. Ketika kita rasa kita lah yang paling susah, ALLAH temukan kita dengan orang lain yang lebih susah daripada kita. Mengapa? Kera...

Sweetnya DIA

Hari ni saya tetiba nak cerita tentang dia. Dia yang selalu ada bersama saya, ketika susah atau senang, ketika suka atau duka. Dia yang banyak membantu saya, menguatkan saya dan menghiburkan hati saya. Walaupun banyak perkara yang saya lakukan melukakan dia, namun dia tidak pernah tinggalkan saya walaupun seketika. Dia sangat sweet..saya yakin saya tak akan dapat pengganti macam dia. Sebab itu, saya tekadkan hati, usahakan diri, untuk tetap setia dengan dia. Walau apapun, saya mahu tetap setia! Dia..selalu bagi saya macam-macam. Selalu buat kejutan kepada saya dan kadang-kadang saya sendiri pun tak sangka. Sungguh, saya berasa sangat bertuah kerana ada dia di samping saya. Sweetnya dia..selalu sudi mendengar luahan hati saya. Walaupun kadang-kadang saya rasa malu untuk bercerita, tapi dia kata tak apa, cerita dan luahkan saja sebab dia sanggup mendengar segala-galanya. Bila saya ada masalah, dia akan segera membantu saya. Bila...