Skip to main content

Rindu Ramadhan

Assalamualaikum..



Ramadhan adalah bulan yang penuh kemuliaan, penuh barakah dan merupakan penghulu segala bulan. Di dalamnya Allah telah sediakan pelbagai kelebihan untuk dimanfaatkan oleh hambaNya yang sentiasa mendambakan kasih sayang dan keredhaanNya.

Firman Allah dalam surah al-Baqarah ayat 183 yang bermaksud ;

“Wahai orang-orang yang  beriman! Diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang sebelum kamu agar kamu bertaqwa.”

Daripada ayat ini, jelas Allah mengatakan bahawa puasa itu adalah wajib bagi hamba-hambanya. Tidak ada pengecualian untuk tidak berpuasa kecuali keuzuran yang dibenarkan.

Walau bagaimanapun, Allah itu Maha Mengetahui. Jadi, bagi mereka yang sedang bermusafir, atau bagi mereka yang mempunyai halangan untuk berpuasa, Allah memberi rukhsah, iaitu keringanan kepada mereka. Firman Allah dalam surah yang sama, ayat 185 bermaksud ;

“….Kerana itu, barang siapa antara kamu yang ada di bulan itu, maka berpuasalah. Dan barangsiapa sakit atau dalam perjalanan (dia tidak berpuasa), maka (wajib menggantinya), sebanyak hari yang ditinggalkannya itu, pada hari-hari yang lain. Allah menghendaki kemudahan bagimu, dan tidak menghendaki kesukaran bagimu. Hendaklah kamu mencukupkan bilangannya dan mengagungkan Allah atas petunjukNya yang diberikan kepadamu, agar kamu bersyukur.”

Puasa Ramadhan merupakan salah satu daripada rukun Islam dan satu kewajipan yang tidak boleh dipandang remeh. Puasa Ramadhan juga tidak boleh ditukar ganti, meskipun orang yang meninggalkannya berpuasa seumur hidup. Sabda Nabi SAW yang bermaksud ;

“Sesiapa berbuka satu hari pada bulan Ramadhan tanpa rukhsah (keringanan) dan tidak juga kerana sakit, dia tidak dapat melunaskan (mengganti) puasa yang ditinggalkannya itu, sekalipun dia berpuasa seumur hidup.” (Hadis Riwayat Tirmidzi, Abu Daud, Nasa’i, Ibnu Majah dan Ibnu Khuzaimah).”

Jadi..bagaimana dengan persiapan kita untuk menyambut Ramadhan kali ini?

Semoga ianya akan menjadi lebih baik daripada Ramadhan-Ramadhan sebelumnya.

Semoga kita juga tergolong dalam kalangan mereka yang berjaya menggenggam ijazah ketakwaan..insyaAllah..(^_^)

Salam Ramadhan.


Moga Allah Redha. Wallahua'lam

Comments

Popular posts from this blog

~Kerana Kita SAHABAT~

Assalamualaikum dan salam sayang buat semua student 3 rd year foodtech, dan juga buat mereka yang bergelar sahabat.. Sahabat kepada insan bernama Nurul Farhana. Hari ini, Selasa, tanggal 27/12/11, jam 6.51pm, cebisan ini dinukilkan khas buat kamu, sahabat saya. Nukilan ini bukannya apa-apa..sekadar suka-suka. Yelah, tadi masa tengah study (konon2nya rajin study), tiba-tiba teringat pada korang semua. Mesti tengah study juga kan? Bagus2..teruskan kerajinan nak study tu ^_^ Emm..pejam celik pejam celik, dah dekat dua tahun setengah kita bersama-sama kan? Susah senang, suka duka, pahit manis, tawa mahupun tangis, telah berjaya kita redahi. Alhamdulillah.. sekarang, tinggal final exam untuk sem ni yang bakal menjelma kurang seminggu dari sekarang. Semoga Allah memberi kemudahan dan ketenangan kepada kita semua untuk menghadapi imtihan dunia ni. Dan, semoga Allah mengurniakan kejayaan yang cemerlang kepada kita semua..Amiinn.. Sedar tak sedar juga, banyak pengalaman yang cik cahaya (g...
Assalamualaikum :-) Fuhh~~ Dah bersawang blog ni. Pejam celik pejam celik dah dekat 9 bulan tak update any enty. Kalau preggy ni, mesti tengah tunggu due nak bersalin je..Ahakz..Gurau sikit. Alhamdulillah, ALLAH masih panjangkan usia kita hingga ke hari ini. Untuk apa? Mesti ada sebab kan? Umur ni diberi bukan untuk sia-sia. Bukan juga untuk terus bersuka-suka. DIA beri kita lebih masa untuk terus perbaiki diri, menambah amalan, memperteguhkan iman dan memantapkan taqwa sebelum kita kembali ke pangkuan-NYA. Ingin "pergi" dalam keadaan indah dan diredhai? Maka hidup juga perlulah dalam keadaan indah dan diredhai. Bagaimana? Kerjakan suruhan-NYA dan jauhi larangan-NYA. Inshaa Allah :-) Ok, selama 9 bulan ni bermacam-macam kejadian berlaku. Ada yang baik, ada yang kurang baik. Begitulah perjalanan hidup kita sebagai hamba, ye dak? Terimalah takdir hidup kita dengan hati yang terbuka dan penuh positif. Amboih..dah macam pakar motivasi pulak..kikikiki. Alhamduli...

::Persiapkan Diri::

“Dan antara tanda-tanda kekuasaan-NYA adalah DIA menciptakan isteri-isteri daripada kalangan kamu sendiri supaya kamu dapat hidup tenang bersama mereka dan diadakan-NYA cinta kasih sayang antara kamu. Sungguh, dalam yang demikian ada tanda-tanda bagi orang yang menggunakan fikiran.” (Surah Ar-Rum, ayat 21) Assalamualaikum.. Alhamdulillah, cuti semester sudah pun bermula. Tapi sayang, Cik Cahaya dan sahabat-sahabat yang tengah berLatihan Industri sekarang ini tidak berpeluang bercuti seperti teman-teman yang lain. Selepas tamatnya semester 2011/2012 ni,  ramai jugalah sahabat Cik Cahaya yang memulakan fasa baru dalam kehidupan mereka.. Ada yang sudah mula melangkah ke alam pekerjaan yang sebenar, ada yang sedang berkira-kira menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi, dan tak kurang, ada juga yang dalam perancangan untuk bertunang dan mendirikan rumah tangga. Alhamdulillah, semoga Allah permudahkan urusan kita semua..Amiinn. Apabila sebut tentang baitul muslim ni, Cik C...