Skip to main content

Posts

Showing posts from September, 2011

::Mencari Al-Fateh::

Rasulullah bkata ketika mgali Parit Khandaq, "Konstantinopel akan jatuh ke tangan tentera ISLAM. Rajanya sewaktu itu sebaik-baik raja yang ada. Tenteranya juga sebaik-baik tentera." (Direkodkan oleh Ahmad) http://www.youtube.com/watch?v=EHy-KlwmVW4&feature=related   http://www.youtube.com/watch?v=q0UFhxCVUYk&feature=related

Saya Sudah Tua (2)

Salam Ukhwah, Salam Kasih, Salam Mesra buat semua..^_^ Apa khabar iman dan hati hari ini? Semoga semuanya sentiasa sihat dan segar dalam ingatan kepada Allah..InsyaAllah. Bagaimana pula dengan amal dan ibadah kita? Masih istiqamah? Alhamdulillah.. Hari ini teringin rasanya untuk menyambung tulisan yang lepas-Saya Sudah Tua!! Sekadar renungan buat diri sendiri agar terus berusaha untuk mempersiapkan diri untuk bertemu denganNYA..dan, harap2 dapat dimanfaatkan oleh sesiapa yang sudi membaca tulisan ini.. Beberapa tahun yang lepas, seorang senior saya telah dipanggil menghadap Ilahi, tahun lepas pula seorang rakan sebaya saya telah sama meninggalkan dunia ini, dan yang terbaru, beberapa bulan lepas, seorang lagi senior saya telah menghembuskan nafas yang terakhir. (Al-fatihah) Berapa umur mereka saat dipanggil menghadap Tuhan? Masih di belasan tahun dan di awal 20-an. Saya seringkali tersentak apabila menerima berita kematian orang yang saya kenal

::Merenung Ke Dalam Diri::

“Dan sungguh, Kami telah menciptakan manusia (Adam) dari tanah liat kering dari lumpur hitam yang diberi bentuk.Dan Kami telah menciptakan jin sebelum (Adam) dari api yang sangat panas. Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat, “Sungguh, Aku akan menciptakan seorang manusia dari tanah liat kering dari lumpur hitam yang diberi bentuk. Maka apabila Aku telah menyempurnakan (kejadian)nya, dan Aku telah meniupkan roh (ciptaan)-Ku ke dalamnya, maka tunduklah kamu kepadanya dengan bersujud.” Maka bersujudlah para malaikat itu semuanya bersama-sama, kecuali iblis. Ia enggan ikut bersama-sama para (malaikat) yang sujud itu.” (Al-Hijr : 26-31) Dari ayat2 di atas kita dapat melihat sendiri betapa taatnya malaikat kepada Allah swt. Walaupun malaikat diciptakan oleh Allah daripada nur, namun mereka tetap sujud (memberi penghormatan) kepada Nabi Adam yang diciptakan daripada tanah liat yang hitam. Mereka sentiasa patuh dengan perintah Allah,

Antara Impian dan Cita-cita (4)

“Syifa sihat hari ni?” tanya Hanis mesra. Tangannya memegang lembut tangan Syifa yang sedang berbaring.  Biarpun wajahnya masih kelihatan pucat, namun, bibirnya mekar dengan senyuman. Soalan Hanis dibalas dengan anggukkan. “Kena banyak berehat ya, jangan banyak bergerak….” Belum sempat ayat dihabiskan, Syifa lantas memotong. “Cara Kak Nani sama je dengan Kak Ayu,” Syifa buat muka bosan. Mungkin sudah jemu mendengar nasihat begitu. Kening Nani terangkat. Hanis mula ketawa kecil. “La..inikan untuk kebaikan Syifa juga.” Syifa muncung. “Ok..ok..kalau macam tu, Syifa nak kak Nani cakap fasal apa?” Segaris senyuman terukir di bibir anak kecil itu. “Rayyan dan Qistina!! Syifa dah lama tak jumpa diorang,” balas Syifa ceria. Semenjak dia dimasukkan ke hospital, hanya sekali dia bertemu kawan sepermainannya itu. Dia amat rindu untuk bemain bersama mereka. Nani senyum. Rindukan mereka rupanya. ********** Suasana di Restoren Imtiyaz sunyi sepi. Jam bar

Antara Impian dan Cita-cita (3)

~Semurni Limpahan Kasih Imtiyaz~ Sambungan.. Hanis dan Eja berpandangan.  Sebetulnya, penyakit anak kecil itu lebih serius daripada semput. Mereka memandang Ayu yang berada tidak jauh dari situ. Mungkin ada sebab dia tidak memberitahu Syifa hal yang sebenarnya. Syifa terlalu kecil untuk menanggung keperitan sebuah hakikat. “Tapi kan, kak Ayu kata, kak Nana dengan kak Nani dah janji nak bawa Syifa pergi berubat. Nanti, bolehlah Syifa main macam kawan-kawan yang lain, InsyaAllah.” Hampir menitis air mata Hanis dan Eja. “Kenapa kakak diam?” soal anak kecil berusia 7 tahun itu. Matanya bergilir-gilir memandang wajah Hanis dan Eja yang membisu. “Syifa boleh sembuh, kan?” Hanis tersenyum kelat. Senyuman Eja juga tidak bergula. Kedua-duanya menjadi serba-salah. “InsyaAllah dik. Yang penting Syifa kena benyak berdoa pada Allah,dan kakak-kakak semua pun akan sama-sama berdoa supaya Syifa cepat sembuh,” jawab Hanis berbau harapan. “Terima kasih, kak. Em

~Antara Impian & Cita-cita (2)~

 Sambungan.. “Kiri sikit..ish, kanan sikit. Yang kat depan ni tunduk sikit.” Ayu memberi arahan. “Hah, ok, ok, dah cantik!..senyuumm. satu..dua..ti..” “La..nape berhenti?” “Nana mana?” Mereka semua mula menyedari bahawa kawan mereka yang seorang lagi tak ada di situ. Aii, ke mana pula dia menghilang? Baru je sekejap tadi ada. “Nana..Oo Nana!” Ayu menggunakan kelebihan ‘suara’ yang dimiliki untuk memanggil temannya yang menghilang. “Panggil kuat lagi,” Rehan mencelah. Hanis yang hanya memerhati daripada tadi menggeleng kepala. “Apa guna ada teknologi kalau tak digunakan?” Dia menunjuk telefon bimbit yang dipegang oleh Rehan sejak tadi. “Telefonlah, tanya dia kat mana.” Rehan menepuk dahi. Aiseh..macam mana boleh terlupa? Penat je beli telefon mahal-mahal. Punat telefon bimbit berwarna merah hati yang baru dibeli tidak sampai dua bulan itu ditekan laju. Tutt..tutt..talian telah disambungkan, hanya menanti disambut oleh si penerima panggilan. “A

Antara Impian dan Cita-cita

Psst: Kisah ini adalah dongeng rakyat semata2. Hampir 55% adalah rekaan , 30% impian dan cita-cita , 10% harapan , dan hanya 5% realiti . Jika ada persamaan nama, watak dan perwatakan, itu memang di SENGAJA kan. Harap  maklum..(jgn marah ya ) ~Kisah Dulu-Dulu~ Al-Mukadimah “Woi diam! Diam! Cikgu datang!” jerit Lina atau nama sebenarnya Azlina Husin yang duduk di tepi tingkap. Suasana dalam kelas 4 Ibnu Sina yang tadinya gamat dengan suara ‘rakyatnya’ yang sangat ramai, adalah dalam 18 orang tu mula reda. Masing-masing mula kembali ke tempat duduk sendiri biarpun masih ada yang buat-buat tak tahu. “Bangun, Assalamualaikum cikgu!” suara nyaring si ketua kelas bernama Arep berkumandang di ruang udara bilik sempit itu dan diikuti gemaan suara 17 pelajar yang lain. “Waalaikumusalam. Duduk.” Suasana menjadi sunyi sepi. Cikgu Fadhil mula membelek-belek modul sejarah berkulit merah jambu di tangannya. “Hari ini kita sambung mukasurat seterusnya. Ten