Skip to main content

Bukan Dia Yang Beruntung [3]

Dup Dap Dup Dap!

Ya Allah, kenapa aku rasa berdebar semacam ni. Jantung dah macam nak tercabut pula. Aku melirik ke arah ibu yang sejak tadi setia menemani aku. Aku menggenggam erat jari-jemarinya, mencari sedikit kekuatan. Ibu senyum.

“Berdebar ke? Banyakkan berzikir,” nasihat ibu lembut.
Aku angguk. Wajah itu tenang saja sejak tadi. Wajah itu juga yang sentiasa menenangkan kegusaran dan keresahan hati aku.

“InsyaAllah sekejap lagi angah akan menjadi isteri orang dan tanggungjawab angah juga akan beralih kepada suami. Jadi, ibu harap angah pandai-pandailah menjaga maruah diri dan suami. Taatlah kepada dia selagi dia masih taat kepada Allah. Ingat pesan ibu ni ya,” sekali lagi suara lembut ibu menyapa telinga. Giliran ibu pula menggenggam tanganku.

Aku angguk lagi.tidak mampu berkata-kata. Kolam mataku hampir penuh..Hati ini menjadi hiba.

Angah janji ibu! Hanya hatiku mampu berbisik.

“Aku terima nikahnya….”

“Sah”

“Sah..”

“Sah!”

“Alhamdulillah..”

Hati aku menjadi semakin sebak. Dari jauh aku mencuri memandang dia yang sedang khusyuk mengaminkan doa. Aku senyum. Memori tentang kami mula berlayar di ingatan.

Titt titt..

1 message received

Saya dah ada calon  ~Kamal~

Mataku membulat. Serius dia dah ada calon? Mesej itu segera aku balas.

Betul ke? Siapalah yang bertuah tu? Hehe..nanti jangan lupa jemput saya ye. ~Ain~

InsyaAllah..jika panjang jodoh dengan dia. ~Kamal~

Aku tersenyum. Alhamdulillah, Kamal sudah menemui bakal bidadarinya. Jujur, aku ada lah rasa kecewa sikit. Iyalah, dulu kan aku pernah suka kat dia, tapi bila aku scan balik diri aku, jauh panggang dari api. Memang tak layak untuk insan seperti dia. Jadi, aku pun cuba sedayanya untuk melupakan perasaan itu. Cuba punya cuba, try punya try, Alhamdulillah, aku sudah anggap dia seperti kawan biasa..sampai sekarang.

Can find me one? ~Ain~

Mesej gurauan itu aku iringan dengan senyuman dan gelengan. Maksudnya, walaupun aku yakin dia akan reply “belajar dulu”, like usual, tapi aku gatai jugak nak taip macam tu. Biar jela.

Awak nak yang macam mana? Sudah bertanya ibu bapa? ~Kamal~

Sekali lagi aku terkejut. Eh, dia ni serius ke nak main-main juga? Kalau tanya tentang ciri-ciri lelaki idaman, memang penat jari ni nak menaip mesej, so, as the conclusion, aku reply macam ni je..

Yang dapat memimpin saya dalam mencari redha Allah. ~Ain~

Tentang ibu bapa..aku tak pernah pun bincang dengan mereka tentang hal ini lagi. Perjalanan masih terlalu jauh. Setakat bergurau dengan ibu tu pernahlah. Tapi awal-awal lagi dah dapat warning. “Angah kena habiskan belajar dulu, baru ibu izinkan angah kahwin.” Tapi masa tu, aku gelak je. Yela, aku tak pernah terfikir sampai ke situ, plus, aku tak bersedia pun lagi nak menggalas tanggungjawab as a wife. Besar amanah tu!

Tapi, entah macam mana, si Kamal ni serius la pula. He introduced me to his friend. Not directly. But dengan bantuan encik FB. “ 1 Friend request”. So, without thinking too much, I juz approved it. Settle.

Few days later, rasa pelik juga sebab dia still tak tegur kat FB. So, dengan muka dindingnya aku pun ucaplah terima kasih sebab add aku. Tapi, jawapan yang aku terima agak mengejutkan. “Ada add ke? Maaf, lupa agaknya.” Aku dapat rasa muka aku berkerut berlapis-lapis. Biar betul. Kalau bukan dia yang add, siapa? Ish..kena siasat ni!

Ya Allah! Memalukan! Bara dalam hati semakin membuak-buak. Rupanya Kamal yang addkan. Aku cuba siramkan hati dengan butir zikrullah. Sabar hati, sabar. But why? Aku menyoal..dalam tenang Kamal menjawab.. “Tak apa, nanti saya terangkan pada dia.”

Aku tertunduk. Malu. Malu. Malu. Mana nak letak muka aku yang comel ni? Aduyaiii.. lalu tindakan drastik diambil dengan mengDEACTIVEDkan akaun FB. Padan muka kau Ain oii…nak cari calon sangat kan. Hah, ambikk!

But, masalah lain pula yang datang..again..and again..  “Why deactivated your FB account?” “Nanti send result kat FB tau.” “Aku dah hantar, try check FB.” FB itu..FB ini.. Kepala berpusing. Susah juga. Baiklah..Active kan semula..

After a month I guess.. kami berhubung semula. Aku lupakan cerita tentang calon dan seangkatan dengannya. Dah malas nak fikir, fullstop! And again, aku bukannya dah bersedia nak ada ikatan dengan siapa-siapa pun. First thing first. Study!

Tapi..itulah, takdir Allah. Entah macam mana, aku dapat rasa diri aku menjadi lain. Sedang mempersiapkan diri ke? Aku sendiri keliru. Ya, aku memang taknak fikir soal kahwin ke, cinta ke buat masa ni. Tapi, seakan ada benda lain yang mengheret aku untuk fikir juga tentang itu.. Aiseh..

One day..unpredictable thing happened. Someone yang aku tak jangka tetiba luahkan perasaan dia pada aku. Aku tersentak. Hello..u are my friend’s brother ok. Jangan macam-macam. Saat itu, aku terfikir tentang ‘dia’. Walaupun aku dengan dia tak kenal pun, tapi..(tak tahu apa yang aku rasa time tu).

Aku start istikharah. Minta pada Allah agar tenangkan hati aku. Minta pada DIA tunjukkan kepada aku apa yang terbaik untuk dilakukan. Hati aku tak tenang..serabut! So, dengan rendah hatinya aku tolak secara baik..i’m really sorry for that.

Tak lama lepas tu, hati aku menjadi kian lapang. Alhamdulillah..Tapi..sekali lagi aku bagai diterjah. Kamal menghubungi aku semula. He proposed me for someone else. For his beloved friend. Jantung aku bukan main kencang dengupannya. As Kamal’s advice, buat istikharah 11 kali. Aku dapatkan nasihat kakak naqibah, dia juga memberi nasihat yang sama, and other ikhtiar yang aku boleh try. After istikharah and discussion with ibu, ayah and along, I’ve decided to..

With bismillah…I accept him.. ~Ain~

Alhamdulillah.. ~Kamal~

“Eh, pengantin ni boleh pula termenung?”

Aku tersedar. ‘Dia’ sudah berada di hadapanku. Bersedia menyarung cincin. Kini, aku sudah sah menjadi miliknya.

Alhamdulillah.

“NAURA!”

Naura hampir terlompat dari katil. Terkejut!

“Astagfirullah.. nasib baik tak ada lemah jantung,” omelnya.

Azeera terkekeh ketawa. “Itulah, khusyuk wa tawadhuk sangat baca buku tu sampai saya masuk pun tak perasan. Siap tersenyum-senyum lagi. Seronok benar nampaknya,” peril Azeera. Dia sudah mengambil tempat di sebelah Naura.

Naura menghulurkan buku yang dibaca sebentar tadi. “Tentang Dia”. Bibirnya tersenyum manis.

“Ada apa-apakah?” Azeera pelik. Dia pun pernah baca buku itu, tapi taklah sampai tersenyum-senyum macam Naura.

“Tak ada, cuma kisahnya macam kisah saya. Tak rasa macam tu?”

Azeera angkat kening.

Patutlah...



Moga Allah Redha.

Wallahua'lam

Comments

Popular posts from this blog

~Kerana Kita SAHABAT~

Assalamualaikum dan salam sayang buat semua student 3 rd year foodtech, dan juga buat mereka yang bergelar sahabat.. Sahabat kepada insan bernama Nurul Farhana. Hari ini, Selasa, tanggal 27/12/11, jam 6.51pm, cebisan ini dinukilkan khas buat kamu, sahabat saya. Nukilan ini bukannya apa-apa..sekadar suka-suka. Yelah, tadi masa tengah study (konon2nya rajin study), tiba-tiba teringat pada korang semua. Mesti tengah study juga kan? Bagus2..teruskan kerajinan nak study tu ^_^ Emm..pejam celik pejam celik, dah dekat dua tahun setengah kita bersama-sama kan? Susah senang, suka duka, pahit manis, tawa mahupun tangis, telah berjaya kita redahi. Alhamdulillah.. sekarang, tinggal final exam untuk sem ni yang bakal menjelma kurang seminggu dari sekarang. Semoga Allah memberi kemudahan dan ketenangan kepada kita semua untuk menghadapi imtihan dunia ni. Dan, semoga Allah mengurniakan kejayaan yang cemerlang kepada kita semua..Amiinn.. Sedar tak sedar juga, banyak pengalaman yang cik cahaya (g...
Assalamualaikum :-) Fuhh~~ Dah bersawang blog ni. Pejam celik pejam celik dah dekat 9 bulan tak update any enty. Kalau preggy ni, mesti tengah tunggu due nak bersalin je..Ahakz..Gurau sikit. Alhamdulillah, ALLAH masih panjangkan usia kita hingga ke hari ini. Untuk apa? Mesti ada sebab kan? Umur ni diberi bukan untuk sia-sia. Bukan juga untuk terus bersuka-suka. DIA beri kita lebih masa untuk terus perbaiki diri, menambah amalan, memperteguhkan iman dan memantapkan taqwa sebelum kita kembali ke pangkuan-NYA. Ingin "pergi" dalam keadaan indah dan diredhai? Maka hidup juga perlulah dalam keadaan indah dan diredhai. Bagaimana? Kerjakan suruhan-NYA dan jauhi larangan-NYA. Inshaa Allah :-) Ok, selama 9 bulan ni bermacam-macam kejadian berlaku. Ada yang baik, ada yang kurang baik. Begitulah perjalanan hidup kita sebagai hamba, ye dak? Terimalah takdir hidup kita dengan hati yang terbuka dan penuh positif. Amboih..dah macam pakar motivasi pulak..kikikiki. Alhamduli...

::Persiapkan Diri::

“Dan antara tanda-tanda kekuasaan-NYA adalah DIA menciptakan isteri-isteri daripada kalangan kamu sendiri supaya kamu dapat hidup tenang bersama mereka dan diadakan-NYA cinta kasih sayang antara kamu. Sungguh, dalam yang demikian ada tanda-tanda bagi orang yang menggunakan fikiran.” (Surah Ar-Rum, ayat 21) Assalamualaikum.. Alhamdulillah, cuti semester sudah pun bermula. Tapi sayang, Cik Cahaya dan sahabat-sahabat yang tengah berLatihan Industri sekarang ini tidak berpeluang bercuti seperti teman-teman yang lain. Selepas tamatnya semester 2011/2012 ni,  ramai jugalah sahabat Cik Cahaya yang memulakan fasa baru dalam kehidupan mereka.. Ada yang sudah mula melangkah ke alam pekerjaan yang sebenar, ada yang sedang berkira-kira menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi, dan tak kurang, ada juga yang dalam perancangan untuk bertunang dan mendirikan rumah tangga. Alhamdulillah, semoga Allah permudahkan urusan kita semua..Amiinn. Apabila sebut tentang baitul muslim ni, Cik C...