Skip to main content

Posts

Showing posts from April, 2011
kusandarkan lelah di sayap malam
merebahkan minda
membius keharuman dunia
nan berselirat di relung jiwa
ku cuba lelapkan semua indera
namun tak berdaya
sejuta keresahan melanda 
tak membenarkan sepincing lena
diriku bak cericau
terpenjara di sangkar dosa
daun pintunya sentiasa terbuka melunak kebebasan
Ya Rabbul Izzati,
kembalikan aku ke dalam diriku semula
agar sempat untuk bersuara
lafaz taubat nasuha
ku bimbang...
seandainya tiada lagi buatku
satu hari bernama esok
ku ragui seandainya tidak sempat untukku menghirupi bayu
walau sehela cuma
ku hanyutkan sisa..
dengan tadahan tangan penuh luka
mengharap keredupan pawana
langit akhirat terbentang indah....