Skip to main content

Posts

Showing posts from April, 2012

~Event oh Event~

Salam Jumaat penuh barakah ^_^ Alhamdulillah kerana masih diberi kesempatan untuk terus menghirup udara dan merasa bahangnya mentari hari ini. Bila dapat menghirup udara, maknanya masih bernafas. Bila dah boleh bernafas, maknanya masih hidup la kan. So, marilah kita sama-sama memanjatkan kesyukuran kepada Allah kerana masih mengizinkan kita meneruskan kehidupan di dunia ini. Dan dalam masa yang sama, masih sempat untuk mengumpul bekalan bagi menemui-NYA. InsyaAllah. Moga-moga kesempatan hidup yang masih diberi ini dapat digunakan dengan sebaiknya. Moga-moga nikmat nyawa yang dipinjamkan ini dapat dimanfaatkan untuk mendekatkan diri dengan-NYA. Amiinnn. Semalam, berakhirlah tempoh empat hari berkampung di USIM, Nilai. Dan, selama empat hari itulah macam-macam perkara dapat dipelajari ; secara langsung dan tidak langsung, secara tersurat mahupun tersirat. First time sampai USIM, subhanallah, memang seronok sangat. Entah kenapa pun tak tahu. Tapi dalam-dalam seronok tu, terselit jug

~Kejahatan itu..bukan satu kebetulan~

Dingin malan nan mencengkam. Sunyi kelam penuh kebisuan. Sinar sang rembulan jua kelihatan suram, bagai mengerti keadaan insan yang sedang diselimuti 1001 kesedihan. Duhai malam.. Hadirmu dinanti penuh ceria oleh sang abid. Datangmu disambut senyum gembira oleh sang alim. Malam yang kelam dan sunyi, bakal dimeriahkan dengan zikir dan munajat memuji ILAHI. Malam yang dingin dan penuh kesejukan, akan dihangatkan oleh rayu tangis mereka yang sedar. Duhai malam.. Hadirmu juga dinanti mereka yang leka. Gelap malam menjadi hitam pekat oleh timbunan dosa. Sang rembulan yang pada mulanya tersenyum riang menggantikan tugas sang mentari, bisa menangis melihat dunia yang semakin kelam, biarpun dia telah berusaha memantulkan cahaya. Bukan kelam kerana tiadanya cahaya. Bukan kelam kerana tebalnya awan yang berarak. Bukan jua kelam kerana hilangnya bintang yang bergemerlapan… Tetapi..kelamnya itu kerana dosa sang manusia. Duhai diri.. bagaimana dengan dirimu? Duhai hati..bagaimana pula dengan k

~Saat Lafaz Sakinah~

Adalah aku, wali puteriku Serah kini amanahku ini pada mu Nafkahilah dia, curah kasih dan cinta Lebih dari yang ku berikan kepadanya Dulu esakkannya sandar di bahuku Tangisannya kini ku serah padamu Bukan bermakna, dia bukan milikku Fitrahnya perlukanmu Jadikanlah dia wanita syurga Mengerti benar akan maharnya Taat itu bukan hanya pada nama Indah ia pada maksudnya Assalamualaikum!! Sebagai intronya, tadi dah pun nyanyi sebahagian daripada lagu Saat Lafaz Sakinah yang didendangkan oleh kumpulan Far East. Mula-mula dengar lagu ni dulu, agak tersentuh juga. Iyalah, kalau didengar betul-betul, lagu ni mempunyai makna yang amat mendalam. Bagaimana perasaan seorang bapa yang ingin melepaskan anak gadisnya ke tangan insan lain bergelar suami. Menyerahkan tanggungjawab dan amanah yang dipikul sejak bertahun-tahun ke bahu seorang lelaki yang bakal memimpin si puteri. Seberat mana pun rasa hati, namun, patut direlakan juga…Bak kata seorang ustaz, kadang-kadang kita akan rasa lebih berat m

Antara Impian dan Cita-cita (Special Edition ^^)

~Terkenang Kisah Dulu : Crazy Corner~ Lokasi : Berdekatan garaj motor “Hah kau, dari jauh dah nampak budak kelas kita. Bukan main meriah warna baju!” kata Hanis sambil membetulkan tudungnya yang terkelepet ditiup angin. “Tau tak apa. Warna oren tu, terkejut cikgu tengok,” jawab Nana sambil memerhati A’an yang sedang berlenggang-lenggok ke arah mereka. “Cuba tengok A’an tu, siap tie-in lagi, sabar je lah.” A’an yang terdengar omelan si Nana dah mula tersengih-sengih. “ Smart tak aku hari ni? Macam manager ye dak?” Nana geleng. “ Manager mana ada pakai T-Shirt , pakai kemeja tahu?” “Haha..ini manager zaman moden. Tak mainlah pakai kemeja.”.. “Eh, yang lain dah datang ke belum?” “Ada yang belum datang lagi. Jomlah dulu, boleh siapkan apa-apa yang patut,” jawab Hanis. “Betul-betul, jomlah. Tak sabar aku nak berniaga hari ni,” balas si A’an yang tengah bersemangat. Nana hanya tersengih. Lokasi : Dataran wawasan “Korang perasan tak cikgu-cikgu tengah perhatikan kelas kita?” N

~Dia lebih baik daripada diriku~

Sesiapa pun kita, walau setinggi mana pun kejayaan kita, walau sedalam mana pun ilmu kita, atau sehebat mana pun ketokohan kita, pasti ada yang lebih baik daripada kita. Dalam sedar atau tidak, kita bukanlah sesiapa. Berapa pun usia kita sekarang, mesti ada mereka yang lebih muda daripada kita. Berapa pun umur kita sekarang,  pasti ada yang lebih tua daripada kita.  Di dunia ini, tiada sesiapa yang tidak melalui zaman kanak-kanak dan remaja.  Di dunia ini, tiada sesiapa yang boleh lari dari kesakitan dan kematian. Justeru, duhai diri, sudahkan kau bermuhasabah? sudahkah kau bersedia?   Beruntunglah si muda yang sudah berjinak dengan ibadah. Berbanggalah si tua yang sudah lama merasa manisnya iman. Bertuahlah si insan yang menerima tempias hidayah. Lalu terus bermujahadah demi meraih cinta dan rahmat TUHAN. Lalu..aku bertanya kepada diri. Bagaimana denganku? Sudah lama nyawa ini dipinjamkan. Sudah banyak nikmat yang DIA curahkan. Adakah masih mahu hanyut? Adakah masih belum sedar? A