Skip to main content

Posts

Showing posts from March, 2011

Si Cilik Nurhikmah vs AURA

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.. Assalamualaikum.. Sekarang dah pukul 2.38am..tapi mata masih tak mengantuk..so..ambil kesempatan ni nak post entry baru.. sekadar perkongsian tentang aktivi hari ini..(tanggal 27mac2011).. First skali nak cite pasal lawatan kami ; kelab penyayang UPM ke Rumah Anak Yatim Nur Hikmah yg merupakan rumah angkat kelab kami pada tahun ni.. Kisah bermula... Masa mula2 sampai tu, cam biasalah..sume malu2 kan..termasuklah sy ni..Nak tegur adik2 tu pun cam tak biasa. tapi bila dah dekat stgh jam gitu, barulah meriah rumah tu..Adik2 tu pun yg pada mulanya diam dah start banyak cakap..Ukhwah baru bermula..ewahh.. Rupa2nya diorang sume ni aktif sgt..Ada sorg tu memang bijak bercakap..nama dia adik iskandar..tp mase tnya nama dia bgtau nama dia Fatah..mungkin 2-2 kot..haruslah dia kenakan kakak2 yg comel2 nih..Antara pbualan yg sy igt.. sy : nama adik siapa? dia : FATAH buang F..jadi ATAH..pastu tambah F... sy : (ok fine..

Roh yang keluar dari jasad

  Apabila roh keluar dari jasad, ia akan berkata-kata dan seluruh isi alam sama ada di langit atau bumi akan mendengarnya kecuali jin dan manusia. Apabila mayat dimandikan, lalu roh berkata: "Wahai orang yang memandikan, aku minta kepadamu kerana Allah untuk melepaskan pakaianku dengan perlahan-lahan sebab pada saat ini aku beristirahat daripada seretan malaikat maut". Selepas itu, mayat pula bersuara sambil merayu : "Wahai orang yang memandikan, janganlah engkau menuangkan airmu dalam keadaan panas. Begitu juga jangan menuangnya dengan air yang dingin kerana tubuhku Terbakar apabila terlepasnya roh dari tubuh". Apabila dimandikan, roh sekali lagi merayu :"Demi Allah, wahai orang Yang memandikan jangan engkau menggosok aku dengan kuat sebab tubuhku luka-luka dengan keluarnya roh". Setelah dimandi dan dikafankan, telapak kaki mayat diikat dan ia pun memanggil-manggil dan berpesan lagi supaya jangan diikat terlalu kuat

Matahari Telah Tergelincir

  Matahari telah tergelincir. Seorang lelaki terlihat bersegera menuju masjid ketika azan zuhur dikumandangkan dari sebuah masjid kampus. Lelaki itu berwudhu dan menunaikan solat nawafil. Lalu ia menjadi makmum di shaff terdepan. Solat wajib ia laksanakan dengan ruku’ dan sujud yang sempurna. Setelah solat tak lupa ia memuji nama Tuhannya dan memanjatkan doa untuk dirinya, ibu, ayahnya dan untuk ummat Muhammad saw yang sedang berjihad fii sabilillah.   Sebelum menuju kelas untuk kuliah, lelaki itu sempat bersalam-salaman dengan beberapa jamaah lain. Dengan raut wajah yang bersahaja, ia sedekahkan senyuman terhadap semua orang yang ditemuinya. Ucapan salam pun ditujukannya kepada para akhwat yang ditemuinya di depan masjid. Lelaki yang bernama Ali itu kemudian segera memasuki ruang kelasnya. Ia duduk di bangkunya dan mengeluarkan buku berjudul “Langitpun Tergoncang’. Buku berkisar tentang hari akhirat itu dibacanya dengan tekun. Sesekali ia mengerut

~~Titipan Hati Sang Gadis~~

 Dengan nama Allah yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang..     Buat dirimu wahai bakal imamku.. Pertama kali aku ingin berterima kasih kepadamu kerana memilih diri ini sebagai calon pendampingmu. Namun, ingin aku jelaskan beberapa perkara tentang diriku agar kau tidak terkejut apabila hidup bersamaku. Dan mungkin, kau boleh berfikir sekali lagi sebelum mengambil keputusan mengikat aku dengan ikatan halal yang digalakkan agama. Terus-terang, aku tidak tahu ingin membahasakan diriku dengan dirimu dengan gelaran apa. Justeru aku memilih menggunakan gelaran aku-kau, kerna aku juga menggunakan gelaran yang sama ketika berbicara dengan Penciptaku. Kau tidak kisah kan?? Namun, jika ia kasar di pendengaranmu, maka maafkanlah aku.  Buat dirimu bakal pelindungku.. Bacalah pengakuanku dengan tenang.. Aku..bukanlah gadis solehah yang tebal dengan ilmu agama. Aku..bukanlah seorang srikandi Islam yang berani berjuang di medan jihad. Aku..bukanlah muslimah mukmina

ARTIKEL : SAINTIS MUSLIM BERTANGGUNGJAWAB BANGUNKAN SUMBER HALAL KAPSUL GELATIN

 Artikel ini diambil dari link ini : http://www.halaljakim.gov.my/ gambar hiasan   Saintis Muslim bertanggungjawab bangunkan sumber halal kapsul gelatin Oleh Mohd Amri Abdullah 09/03/2011 Agensi kerajaan perlu bertindak bersama JAKIM tangani isu dalam penghasilan produk suci keperluan umat Islam ISU kapsul gelatin bukan perkara baru dan perkembangan teknologi terkini serta inisiatif saintis Muslim membolehkan asid deoksiribonukleik (DNA) haram boleh dikesan segera. Namun, kapsul diperbuat menggunakan gelatin terus menghantui umat Islam disebabkan statusnya yang meragukan sedangkan kebanyakan ubat yang diambil diisi dalam kapsul. <a href="http://bs.serving-sys.com/BurstingPipe/BannerRedirect.asp?FlightID=1909107&Page=&PluID=0&Pos=3200" target="_blank&

KaRniVaL MeMOir JunJungan UmmaH (AL-JAMI’)

Assalamualaikum sahabat2 sekalian..Apa khabar hari ini? Semoga sihat dan sentiasa dalam perlindungan Allah hendaknya..aminn.. Ha, berkaitan dengan tajuk kat atas AL-JAMI’.. walaupun dah seminggu berlalu dan rasanya cam dah terlambat sikit nak share memori, tapi tak apalah kan, nak share jugok..kalau nak baca, Alhamdulillah sila teruskan..tapi kalau tak mahu baca, sila baca post yang lain yerk..(tiada paksaan di sini). Pasal AL-JAMI…first skali nak ucapkan tahniah buat cik pengarah (puding bobo-nama fb) yang bizi je memanjang menguruskan hal2 yang bkaitan dgn program ni sejak sem lepas. Tak lupe juga sekalung tahniah buat semua ahli jawatankuasa yang terlibat dalam program ni..Semoga segala susah payah akan mendapat ganjaran daripadaNya..InsyaAllah.. Antara aktiviti yang dijalankan sepanjang program.. Jumaat (4/3/11) Gotong-royong perdana di Masjid UPM.. Bicara Fiqah Wanita-Tajuk : Wanita Idaman Lelaki Psst : kalu nak tau ciri2 wanita idaman

Duhai diri..

Bila engkau letih dan hilang semangat, ALLAH tahu engkau telah mencuba sedaya upaya. Bila tangismu berpanjangan dan hatimu duka,ALLAH telah mengira titis air matamu. Bila engkaurasa ketinggalan dan masa meninggalkanmu,ALLAH tetap bersamamu. Bila engkau kebuntuan akal,maka ALLAH adalah penunjuk jalan… Apabila engkau telah berazam, maka  bertawakallah kepada ALLAH…..

DESTINASI HATI (part 3)

sambungan..... “Aisyah..” Aisyah mendengar namanya dipanggil. Aisyah mencari-cari gerangan si pemanggil, namun hampa kerana wajah pemilik suara tersebut tidak berjaya ditemui. “Aisyah Humaira..” sekali lagi namanya dipanggil. Belum sempat dia menoleh, sudah ada tangan menyentuh lembut bahunya. “MasyaAllah, Ain rupanya. Sudah lama kita tak jumpa kan? Ain buat apa di sini?” soal Aisyah hairan bercampur gembira. Hairan kerana Ain berada di sini. Gembira kerana telah dipertemukan kembali dengan sahabat yang banyak membantu penghijrahannya. Nurain Zinnirah. Satu nama yang cukup indah, seindah akhlak dan peribadi pemilik namanya. “Ain ke Hospital Serdang tadi, melawat kakak Ain. Kebetulan sudah berada di sini, Ain datanglah untuk berjumpa Aisyah,” jawab Ain lembut. “Kakak Ain di hospital? Sakit ke?” soal Aisyah sedikit bimbang. Mungkin kerana dia mengenali kakak Ain atau lebih mesra dengan panggilan kak Hani menyebabkan lahirnya jalur kerisauan di hatinya.