Skip to main content

Posts

Showing posts from March, 2012

~Susahnya nak ikhlas~

Susah ke nak lakukan sesuatu dengan ikhlas? Payah ke nak lahirkan rasa ikhlas? Mustahil ke nak pamerkan keikhlasan? Ikhlas.. ya memang payah nak ikhlas. Terutama sekali kalau kena buat sesuatu yang kita tak suka, yang kita menyampah, yang kita memang nak elak. Tapi, ia tak menjadi sesuatu yang susah, yang payah mahupun yang mustahil kalau kita sendiri berusaha menjadi seorang yang ikhlas. Semuanya pilihan kita sendiri. Berbalik kepada hati. Mahu atau tidak. Nak atau taknak.  Jadi..cubalah tanya hati. Letakkan tangan di dada (di bahagian letaknya hati), pejamkan mata, lapangkan fikiran. Dan..tanyalah hati kita.. "Wahai hati, adakah kau sudah cukup ikhlas dalam melaksanakan segala pekerjaanmu hari ini? Duhai hati, adakah aku betul-betul ikhlas melaksanakan kewajipan aku hari ini.?" Tanyalah..tanyalah kepada hati.. Sudah ikhlaskah? Atau..tidak ikhlas? Kadang-kadang kita sendiri tidak tahu sama ada kita ikhlas atau tidak bila buat sesuatu. Kadang-kadang mulut mengatakan

~Bukan dia yang beruntung~

Untungla dia dapat awak~ Untung? Apa yang untung?~ Ya lah, dapat orang macam awak~ Naura tersenyum kelat. Dia mengerling ke arah Azeera sejenak sebelum membuang pandang ke depan~ Sahabatku..bukan dia yang beruntung mendapat saya. Sebaliknya saya yang bertuah kerana menjadi insan pilihannya~ Azeera memandang Naura dengan 1001 persoalan. Apa maksudnya?~ Jika dibandingkan dia dengan saya, umpama langit dan bumi. Dia.. sempurna serba serbi.. Agamanya..Akhlaknya.. Rupa parasnya.. Tapi saya? Masih bertatih, dan masih terumbang-ambing~ Azeera diam. Padanya, Naura tidak kurang hebatnya~ Saya takut saya tidak mampu menjadi srikandi idamannya. Naura meluahkan rasa~ Azeera semakin kelu~ Dia tidak mampu melontar kata. Ya Allah, tenangkan hati sahabatku ini~~ Saya hanya lelaki yang berpijak di atas rumput, penuh noda dan cacat cela, maka  mustahil saya mampu berkata, bahawa bidadari itu yang beruntung mendapatkan saya. Bahkan sayalah yang beruntung kerana Allah sudi membantu, hingga

Maaf..Tak Sengaja!!

Dendangan lagu Menuju Wawasan nyanyian kumpulan UNIC sedang rancak bermain di telinga. Mata yang sudah berat terasa semakin memberat lebih-lebih lagi dalam suasana yang dingin dan suram macam hari ni.  Aiseh.. bilalah nak pukul 5.30 petang ni. Keluh si hati. Hari ni genap hari yang ke 21 kami berpraktikal kat company ni. Apa? Baru 21 hari? Tapi kenapa aku rasa macam dah berbulan-bulan? Sabar jelah..Still have 100++ days to go.. Duhai hati, sabar ya.. Duhai diri, bersabar juga ya ^_^.. Mungkin hari-hari yang mendatang akan menjadi lebih baik, baik, dannnn baik…InsyaAllah.. Selama 21 hari kat sini, sebenarnya dah banyak juga benda baru yang kami belajar. Kami belajar tentang QC, tentang production, tentang macam-macam lah.. Dan kami juga diberi tugasan untuk mendapatkan sijil halal bagi kafe company yang baru je dibuka. Dapatkan sijil halal. Dengar macam senang kan? Tapi, MasyaAllah..prosesnya sangat rumit.. Dulu, DR. NORDIN, lecturer bagi subjek  Halal Food dan juga subjek Food Law,

~Patah Hati~

KAU TIDAK SEPERTI DULU YANG KU KENALI DULU RUPA HILANG SERI MANAKAH MANISNYA KAU TIDAK SEPERTI DULU YANG KU KENALI DULU MADAH TAK BERLAGU MANAKAH GIRANGNYA PATAH HATI JANGAN TERDAMPAR SEPI JANGAN TERSUNGKUR MATI PATAH HATI JANGAN LEBURKAN MIMPI JANGAN MEMAKAN DIRI BUKANKAH TUHAN CIPTAKAN MALAM UNTUK BERADU MENANTI SIANG BUKANKAH TUHAN TITISKAN HUJAN MENANTI LIMPAH KEMARAU PANJANG