SaHaBat BLog..

RENUNGAN

Friday, May 18, 2012

~Hanya Insan Biasa~

Manusia biasa..tidak pernah lari daripada membuat kesilapan. Takkan pernah lari daripada melakukan kesalahan. Dan, tidak terkecuali tergelincir ke lembah kegelapan. Namun, kesilapan, kesalahan, mahupun kegelapan itu berbeza mengikut individu itu sendiri. Bagaimana kesilapan, kesalahan dan kegelapan itu ditafsirkan. Dan bagaimana pula kesilapan, kesalahan dan kegelapan itu diatasi.

Biarpun lidah petah berbicara

Biarpun bibir indah menutur kata

Meskipun ayat sentiasa dihiasi kata pujangga

Namun disebaliknya bukan semua suka

Kadang kala terselit duka

Yang dikaburi senyuman sempurna

Sedang hati terhiris luka

Bukan tidak mahu meluah rasa

Namun mulut seakan dikunci masa

Sedar atau tidak, kita banyak melakukan kesalahan dalan kehidupan. Kesalahan kepada DIA Yang Maha Berkuasa, kesalahan kepada ibu bapa, kepada adik-beradik, sahabat, kawan, jiran..mahupun orang yang tidak pernah kita kenali. Adakah kita sedar? Kita tidak akan sedar jika tidak ada yang menegur bukan? Jadi, berusahalah menerima teguran dengan sebaiknya. Lapangkan dada. Tenangkan jiwa. Teguran itu bukan untuk membinasa. Sebaliknya, mahu membina diri kita supaya menjadi lebih baik daripada sebelumnya. Biarpun pahit, telanlah. Biarpun perit, terimalah. Kerana kita hanya insan biasa~

Tidak kiralah siapa kita, setinggi mana ilmu kita, setinggi mana darjat kita, sebanyak mana harta kita, semewah mana kehidupan kita..KITA HANYA MANUSIA BIASA..YANG BERGANTUNG SEPENUHNYA KEPADA PENCIPTA. TANPA DIA, KITA BUKANLAH SESIAPA!

Janganlah sombong wahai diri. Janganlah keras duhai hati.

Jagalah bicaramu. Peliharalah lidahmu. Batasi tingkah laku mu!

Jangan biarkan nikmat yang dipinjamkan itu digunakan untuk menyakiti hati insan lain.

Bangunlah dari tidur yang lena. Sisa hidupmu tidak lama. Terlalu singkat untuk kau bazirkan dengan menyakiti hati orang lain. Baiki dirimu dan serulah yang lain~

“Alah, kau pun bukan baik sangat nak nasihat orang!”

“Tak payah nak tunjuk baik sangat!”

Itu bukan kata hinaan. Bahkan itulah suntikan semangat!

“Saya ni panas baran..cepat marah..emosi..macam mana? Puas saya cuba baiki..tapi, makin saya cuba, makin saya cepat marah. Makin saya tahan, makin cepat beremosi..kadang-kadang, saya tak tahu kenapa saya marahkan orang tu. Kadang-kadang, saya tak sedar kata-kata saya mengguris hati mereka..Asyik nak marah je..macam mana?”

Ustazah Fatimah Syarha memberi jawapan.. “Cuba senyum bila rasa nak marah..”

Just simple like that..SENYUMLAH..DAN DUNIA AKAN SENYUM BERSAMAMU..

Senang untuk diucap, tapi payah untuk dilaksana.

Mudah untuk ditutur, tapi susah untuk dilakukan.

Memang susah, memang payah.

Tapi manfaatnya, SUBHANALLAH!

Justeru, cubalah. Usahalah. Mujahadahlah. Biar pahit. Biar perit. Namun kau akan rasa kemanisannya. Pohonlah kekuatan. Mohonlah pertolongan. Daripada DIA yang satu, kerna DIA lebih memahami dirimu. Usah diadu kepada manusia. Tak perlu diluah sesama insan biasa. Kerana kita semuanya sama.
Jangan meletakkan harapan yang terlalu tinggi kepada sesiapa. Jangan terlalu bergantung harap kepada sesiapa. Tak usahlah terlalu memuji apa yang kita suka. Jangan sesekali mengeji apa yang kita tidak suka. Kerna manusia ini berbeza. Apa yang kau suka, belum tentu dia suka. Dan apa yang dia buat, belum tentu kau dapat menerimanya. Terimalah sesiapapun seadanya dia. Kurang lebihnya. Pahit manisnya. Caci pujinya. Jatuh dan bangunnya. Kerna kau, aku dan dia, sama-sama tidak sempurna.

Kau, aku dan dia

HANYA INSAN BIASA

Monday, May 14, 2012

~May 11, 2012~

“Allah lebih sayangkan dia. Mak cik redha dia pergi. Syurgalah tempat untuk dia.”

Pelukkan semakin erat. Tangisan yang ditahan seakan tidak mampu lagi dibendung. Terdengar esakkan kecil si ibu.

“Mak cik redha….Syurgalah tempat untuk dia…”

Masih terngiang-ngiang lagi ayat itu.

“Syurgalah tempat untuk dia…”

Subhanallah.. Doa terhebat dari si ibu.

Bertuah dirimu duhai teman, pergimu diiringi doa ibu. Moga kau bahagia di sana. Berehat dengan tenang setelah jerih keringatmu habis diuji kesakitan di dunia. Moga kesakitan dan kepayahan semasa di sini, telah bertukar menjadi keselesaan dan kedamaian di sana.

11 Mei 2012..

Ada suka. ada duka.

Suka.

Alhamdulillah. Sudah genap 22-tahun. Syukur kerana Allah masih memberi peluang kepada Cik Cahaya untuk meneruskan kehidupan di dunia ini. Masih diberi kesempatan mengumpul bekalan dan memperbaiki kesalahan serta kesilapan. Moga sisa umur yang masih berbaki entah berapa lama lagi dapat Cik Cahaya manfaatkan untuk mendekatkan diri dengan DIA. Dan moga-moga, sisa waktu ini juga memberi kesempatan kepada Cik Cahaya untuk menabur bakti kepada emak (Puan Bidah binti Ibrahim) serta ayah (Zakaria bin Hassan) yang tercinta, buat masyarakat sekeliling dan buat agama tentunya.

Terima kasih kepada keluarga, sahabat-sahabat, teman-teman, kawan-kawan dan kenalan yang mengirim doa dan ucapan buat diri yang penuh kekurangan ini. Moga segala doa dan kebaikan yang dipohon akan dikecapi oleh kalian juga. Aminn..

Duka

Saat Cik Cahaya dan Cik Shafin sedang bergembira membuat food sampling di Sogo KL, kami disapa dengan satu berita yang amat mengejutkan. Innalillah..perginya seorang teman buat selamanya. Biarpun Cik Cahaya baru sahaja mengenali arwah, tapi, kesedihan tetap terasa.

Semoga rohmu dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan para solihin.

*Al-fatihah buat saudara Firas Fuad*


Friday, April 27, 2012

~Event oh Event~

Salam Jumaat penuh barakah ^_^

Alhamdulillah kerana masih diberi kesempatan untuk terus menghirup udara dan merasa bahangnya mentari hari ini. Bila dapat menghirup udara, maknanya masih bernafas. Bila dah boleh bernafas, maknanya masih hidup la kan. So, marilah kita sama-sama memanjatkan kesyukuran kepada Allah kerana masih mengizinkan kita meneruskan kehidupan di dunia ini. Dan dalam masa yang sama, masih sempat untuk mengumpul bekalan bagi menemui-NYA. InsyaAllah.

Moga-moga kesempatan hidup yang masih diberi ini dapat digunakan dengan sebaiknya.

Moga-moga nikmat nyawa yang dipinjamkan ini dapat dimanfaatkan untuk mendekatkan diri dengan-NYA.

Amiinnn.

Semalam, berakhirlah tempoh empat hari berkampung di USIM, Nilai. Dan, selama empat hari itulah macam-macam perkara dapat dipelajari ; secara langsung dan tidak langsung, secara tersurat mahupun tersirat.

First time sampai USIM, subhanallah, memang seronok sangat. Entah kenapa pun tak tahu. Tapi dalam-dalam seronok tu, terselit juga nervous sikit-sikit. Biarpun sebelum ini ada juga pergi event di MOA, tapi rasanya lain benar dengan USIM ni.  Lagi sekali nak bagitau, tak tahu kenapa ada rasa macam tu..hihi..

Tapi, lama-kelamaan jadi seronok sangat-sangat. Student-student kat sana pun ramai yang sporting habis. 

Tahniah kepada pihak USIM, terutamanya penganjur “Chocolate Fair” yang diadakan di Fakulti Pengajian Al-Quran dan Sunnah.  Tapi, kalau tak silap, program ini dianjurkan oleh student Food Biotech..Maaf kalau tersilap ^^

Kepada sahabat seperjuangan yang sama-sama berkampung kat sana, tahniah semua!! Hope lepas ni ada lagi chance nak join event macam ni. Biarpun penat, tapi berbaloi-baloi….(berbaloi juga sebab dapat shopping ^^)

Cheese cupcake



Hah, inilah product yang kami jual kat USIM tu.. ini bukan aiskrim ya adik-adik..tapi cheese cake..FROZEN CHEESE CAKE. Susah nak cari ni. Ada tujuh perisa semuanya ; blueberry, chocolate cheese, creamy chocolate, strawberry, cherry o choc, lemon dan tiramisu. So, bolehlah pilih yang mana-mana anda suka..Yummy! Yummy!



Selain cheese cake, kami ada juga jual pound cake (banana chocolate, mocha vanilla), mud brownies dan fruit cake. Bagi sesiapa yang minat fruit cake, ada 5 jenis semuanya ; orange, dates&raisin, mocha, butter raisin dan classic. Semua produk ni boleh tahan setahun gituu. Tapi kenalah ikut cara penyimpanan yang betul. Kalau tak, tak dapek la den nak nolong..

So, kepada sesiapa yang terbaca entry ni, dan teringin nak rasa product-product DELIGATEAUX, bolehlah pergi ke café kami, eh silap, boleh pergi ke café Deligateaux, nama café tu DUDUK CAFÉ. Bolehlah google kat mana letaknya DUDUK CAFÉ tu ya..Ada macam-macam lagi makanan yang sedap-sedap kat sana.. ^^




“Buat sendiri ke?”

“Eh, bukan. Ini dari kilang.”

“Oh..akak keje kat company ni?”

“Bukan, kami praktikal je.”

“Belajar kat mana?”

“UPM.”

“Ambil marketing ke?”

Senyum dan geleng. “Foodtech.”

Pandang kawan sebelah. “Oh..takpe, takpe..ada juga kaitan dengan makanan.”

.
.

“Cantik la packaging. Warna dia menarik.” Sambil belek-belek cheese cake.

Senyum.

“Kami budak food biotech.” (tetiba kenalkan diri) “Packaging ni buat sendiri ke?”

“Tak.”

“Kami food biotech, bla..bla..bla..”

Senyum lagi. (berapa kali nak bagitau?)

“Err..kami student foodtech juga. Dari UPM.” (Dah penat dengar diorang cakap kan) ^^

“Ye ke?” (tersenyum-senyum)

“Nak beli ke tak ni?”

“Nak!”

Itulah antara dialog yang asyik berulang-ulang sepanjang empat hari kat sana. Apapun, adik-adik semua, thanx ya sebab sudi singgah dan beli di booth kami ^^





Monday, April 23, 2012

~Kejahatan itu..bukan satu kebetulan~


Dingin malan nan mencengkam. Sunyi kelam penuh kebisuan. Sinar sang rembulan jua kelihatan suram, bagai mengerti keadaan insan yang sedang diselimuti 1001 kesedihan.

Duhai malam.. Hadirmu dinanti penuh ceria oleh sang abid. Datangmu disambut senyum gembira oleh sang alim. Malam yang kelam dan sunyi, bakal dimeriahkan dengan zikir dan munajat memuji ILAHI. Malam yang dingin dan penuh kesejukan, akan dihangatkan oleh rayu tangis mereka yang sedar.

Duhai malam.. Hadirmu juga dinanti mereka yang leka. Gelap malam menjadi hitam pekat oleh timbunan dosa. Sang rembulan yang pada mulanya tersenyum riang menggantikan tugas sang mentari, bisa menangis melihat dunia yang semakin kelam, biarpun dia telah berusaha memantulkan cahaya. Bukan kelam kerana tiadanya cahaya. Bukan kelam kerana tebalnya awan yang berarak. Bukan jua kelam kerana hilangnya bintang yang bergemerlapan… Tetapi..kelamnya itu kerana dosa sang manusia.

Duhai diri.. bagaimana dengan dirimu?

Duhai hati..bagaimana pula dengan keadaanmu?

Duhai jiwa..bagaimana dengan kesihatanmu?

Duhai iman..masihkah kau ada di situ?

Duhai diri, hati, jiwa dan iman.. Adakah kau tergolong dalam kalangan yang menghiasi malam dengan kebaikan? Atau kau antara yang mencalarkannya dengan kekufuran?

Duhai diri, hati, jiwa dan iman.. Apakah kau sedang gelisah mengenang dosa-dosa yang bertimbunan? Sedang rawan mengenang kesilapan-kesilapan yang berulang? Sedang mengeluh apabila teringat kemungkaran-kemungkaran yang pernah dilakukan? Atau.. sebaliknya wahai diri, hati, jiwa dan iman? Apa yang sedang kau rasa kini?

Wahai diri yang lemah..

Ingatlah! Kejahatan itu bukan satu kebetulan. Tapi, ia lahir daripada perbuatan yang bisa menjadi tabiat.

Wahai hati yang mudah goyah..

Bangunlah! Hentikan melakukan kesilapan. Jangan iringi kesilapan pertama dengan cubaan kali kedua, kerana kelak kau akan berasa seronok dengannya.

Wahai jiwa yang penuh rasa keliru..

Resah dan gelisahlah kau bila melakukan dosa! Tenang dan damailah bila mengingati-NYA. Biar kau gelisah mengenang dosa..jangan kau seronok mengingati amalmu yang sedebu cuma.

Wahai iman yang naik dan turun..

Kuatkan dirimu! Padukan tekadmu! Jika kau lemah, maka carilah DIA. Di saat kau goyah, rayulah bantuan-NYA. Di masa kau kecundang, pintalah pimpinan-NYA!

Duhai diri, hati, jiwa dan iman..

Bersatulah kalian dalam ketaatan kepada TUHAN.

Utuhkanlah peranan kalian dalam mendamba kasih dan redha AR-RAHMAN.

Kuatkan semangat kalian demi meraih cinta dan rahmat AS-SAMAD.

DIA yang bersifat AL-MUJIB (Maha Mengabulkan), pasti akan mendengar rintihan kalian.

Dia yang bersifat AR-RAHIM (Maha Penyayang), pasti tidak akan mengecewakan kalian.

Sedarlah wahai diri, hati, jiwa dan iman.

KEJAHATAN ITU BUKAN SATU KEBETULAN!





Tuesday, April 10, 2012

~Saat Lafaz Sakinah~

Adalah aku, wali puteriku
Serah kini amanahku ini pada mu
Nafkahilah dia, curah kasih dan cinta
Lebih dari yang ku berikan kepadanya

Dulu esakkannya sandar di bahuku
Tangisannya kini ku serah padamu
Bukan bermakna, dia bukan milikku
Fitrahnya perlukanmu

Jadikanlah dia wanita syurga
Mengerti benar akan maharnya
Taat itu bukan hanya pada nama
Indah ia pada maksudnya


Assalamualaikum!!

Sebagai intronya, tadi dah pun nyanyi sebahagian daripada lagu Saat Lafaz Sakinah yang didendangkan oleh kumpulan Far East. Mula-mula dengar lagu ni dulu, agak tersentuh juga. Iyalah, kalau didengar betul-betul, lagu ni mempunyai makna yang amat mendalam. Bagaimana perasaan seorang bapa yang ingin melepaskan anak gadisnya ke tangan insan lain bergelar suami. Menyerahkan tanggungjawab dan amanah yang dipikul sejak bertahun-tahun ke bahu seorang lelaki yang bakal memimpin si puteri. Seberat mana pun rasa hati, namun, patut direlakan juga…Bak kata seorang ustaz, kadang-kadang kita akan rasa lebih berat menyerahkan sesuatu amanah berbanding menerima amanah. Mana tidaknya, kita mesti akan terfikir adakah orang itu akan melaksanakan amanah tersebut dengan baik atau tidak. Adakah orang itu akan melakukan yang lebih baik daripada kita atau sebaliknya. Ya tidak?

Jadikanlah dia wanita syurga… Subhanallah..Semua ibubapa pasti mengharapkan perkara sedemikian..

Duhai insan yang bakal memimpin, pahatlah kata-kata itu di hatimu.

Duhai insan yang sedang memimpin, laksanakan amanah ini sebaiknya.

Duhai insan yang bakal dipimpin, lapangkan hatimu untuk menerima teguran. Kuatkan hatimu untuk menempuh 
ranjau. Cergaskan akalmu untuk turut sama membantu si pemimpin.

.

.

Sebelum terlupa, dengan besar hati dan sukacitanya nak ucapkan tahniah kepada Nasiruddin Ramli dan zaujahnya, Zakiah, yang baru melangsungkan perkahwinan pada  7/4/12 yang lepas. Semoga bahagia hingga ke JANNAH, amiinnn..

Psst : Wahh, tak sangka kawan aku yang pendiam ni dah kahwin..Suke2!! ^_^

Baiklah, setakat ini je dulu..Minta diri..Salam ‘alaik :)

Sunday, April 1, 2012

Antara Impian dan Cita-cita (Special Edition ^^)


~Terkenang Kisah Dulu : Crazy Corner~

Lokasi : Berdekatan garaj motor

“Hah kau, dari jauh dah nampak budak kelas kita. Bukan main meriah warna baju!” kata Hanis sambil membetulkan tudungnya yang terkelepet ditiup angin.

“Tau tak apa. Warna oren tu, terkejut cikgu tengok,” jawab Nana sambil memerhati A’an yang sedang berlenggang-lenggok ke arah mereka. “Cuba tengok A’an tu, siap tie-in lagi, sabar je lah.”

A’an yang terdengar omelan si Nana dah mula tersengih-sengih. “Smart tak aku hari ni? Macam manager ye dak?”

Nana geleng. “Manager mana ada pakai T-Shirt, pakai kemeja tahu?”

“Haha..ini manager zaman moden. Tak mainlah pakai kemeja.”.. “Eh, yang lain dah datang ke belum?”

“Ada yang belum datang lagi. Jomlah dulu, boleh siapkan apa-apa yang patut,” jawab Hanis.

“Betul-betul, jomlah. Tak sabar aku nak berniaga hari ni,” balas si A’an yang tengah bersemangat. Nana hanya tersengih.

Lokasi : Dataran wawasan

“Korang perasan tak cikgu-cikgu tengah perhatikan kelas kita?” Nani berbisik. Nana dan Eja mencuri pandang ke arah cikgu yang dimaksudkan. Mereka berdua angguk serentak.

“Mungkin sebab kelas kita menonjol sangat hari ni,” Nana buat muka tak bersalah. Dia memerhati sekeliling. Mana taknya, student-student kelas lain semua pakai baju T-Shirt SEKOLAH yang berwarna MERAH HATI. Tapi, kelas 5IS bukan main melaram pakai baju KELAS berwarna OREN. Oren pula bukan calang-calang oren, oren yang memang da booomm gituu..Memang nampak sangat berbeza.. Bukan setakat cikgu, student-student lain pun terkejut sama. Ya tidak?

“Rileks..cikgu tak marah punya. Lagipun guru kelas kita pun pakai baju yang sama, kan?” A’an tetiba menyampuk. Mata mereka semua memandang Miss Irene yang sedang duduk di barisan yang sama dengan cikgu-cikgu lain. Comel!

“Buat tak tahu je..” Nana bersuara perlahan. Nani di sebelah membulatkan mata.

“Ko ke ni Na? Macam lain je. Sejak bila pandai buat jahat ni?”

Nana sengih. “Mana ada buat jahat, dah minta permission kan semalam. lagipun diorang tak sempat nak marah kita. Kejap lagi dah nak start berniaga.” Konfident je cara cakap. Tapi, dalam hati..uii..takut juga kalau tetiba kena marah kan.

“Ha, betul, betul.. Cikgu tak marah punya, lagi-lagi ada korang, ‘geng polis’ sekolah,” tambah A’an.

Hanis mencebik. “Banyaklah kau punya ‘geng polis’. Kalau kitorang ‘geng polis’ sekolah, kau pun terlibat sama. Warna baju kau dengan baju kitorang sama je, tahu?”

A’an sengih. “Yelah-yelah..”

1 jam berlalu..

“Welcome to crazy corner!!

Itulah antara tulisan yang terpampang pada mini banner kat depan booth kelas 5 Ibnu Sina. Wah, bukan main gah lagi. Dari jauh dah nampak ke’crazy’an rakyat-rakyat dalam kelas tu. Mana tidaknya, booth itulah satu-satunya booth yang dihiasi dengan langsir (ambil langsir kelas) , sedangkan booth-booth lain sempoi je tak berhias sikit pun. Hah, bukan apa, kami cuma nak kelainan sikit. Baru nampak unik, betul tak kawan-kawan?

Selain itu, booth Crazy Corner inilah antara yang termeriah. Bukan meriah dengan orang yang datang membeli, tapi lebih kepada keriuhan rakyat-rakyatnya sendiri. Aii, sabar je lah.

“Jual, jual , jual..”

“Mari beli, macam-macam ada..”

“Ya, nak beli apa?”

“Tunggu sekejap ya..”

“Weh cepat sikit, tu customer tunggu.”

Masing-masing tengah busy melayan pelanggan-pelanggan yang tengah excited nak beli (excited ke?). Tak ketinggalan ada yang busy buat ‘rondaan’ ke booth-booth yang lain. Cuaca pagi tu sangat baik sekali. Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar buat masa ini.

“Weh, ais dah nak habis ni,” jerit Ayu yang dari tadi asyik membuat air. Teha yang ditugaskan di bahagian pizza dan ‘sweet corn’ turut menganggukan kepala.

“Kena pergi beli cepat, takut tak sempat nanti,” sokong Teha.

Arep selaku ketua kelas yang ‘sangat’ berkaliber terus mengarahkan Pais dan Ppek pergi membeli ais dan barang-barang lain yang diperlukan.

“Korang berdua pergi beli barang. Duit minta kat bendahari kelas,” arah Arep.

Pais dan Ppek yang memang suka ‘berjalan-jalan’ dengan seronoknya menerima tugasan itu. Lalu bergeraklah mereka berdua dengan girangnya ke arah Pkah untuk meminta duit.

“Pkah, meh duit. Nak pergi beli barang ni,” Ppek bersuara.

Pkah mengerutkan dahi. “Pakai duit korang dulu, boleh? Tengah busy la, nanti claim balik. 
Tapi nak resit.”

Pais garu kepala. “Beli ais je pun, mana ada resit. Kau ni..”

Pkah sengih. Ya tak ya juga. “Kejap ek.”.. “Nah, ni duitnya. Baki bagi balik, tahu?”

“Orait!”

Beberapa jam berlalu maka berakhirlah sesi jualan untuk Hari Keusahawanan SMKBM 2007. Semua student sedang sibuk mengemas tapak booth masing-masing kerana sebentar lagi akan diadakan sesi penutupan program tersebut. Selain itu, ada juga yang diamanahkan mengira hasil jualan serta untung rugi yang diperolehi.

“Team yang mendapat untung paling banyak jatuh kepada…”

Dup Dap Dup Dap

“Kelas… (maap tak ingat)”

Rakyat 5IS nampak kecewa. Ishh..tak menang rupanya.

“Team paling ceria jatuh kepada…”

Sekali lagi nerveous. Dup dap dup dap.

“Kelas 5 Ibnu Sina!”

“Yeay!!!!!!”

Wah, bukan main gembira. Mana tak ceria, warna oren, ya tak?

Dengan bangganya Arep selaku ketua ‘kampung’ bangun dan pergi ke depan mengambil hadiah. Anak-anak buah yang gah berbaju oren berlengan hitam bukan main suka! Tepuk tangan macam dapat hadiah sejuta gituu..

Well, ex-5IS’07..u alls memang ceria. Tak dapat dinafikan. Walaupun kita hanya 19 orang, tapi gegak-gempitanya boleh mengalahkan 190 orang. Ok tipu. 190 orang tu ramai sangat. Mungkin dalam 50 orang je ^^..

Macam biasa..sorry kalau kaitkan nama korang dalam cerita ni. Dan, maaf kalau ada nama-nama yang tak dimasukkan. Cerita ni hanya 50% yang benar, yang 50% lagi adalah rekaan cik NANA..


~Dia lebih baik daripada diriku~


Sesiapa pun kita, walau setinggi mana pun kejayaan kita, walau sedalam mana pun ilmu kita, atau sehebat mana pun ketokohan kita, pasti ada yang lebih baik daripada kita. Dalam sedar atau tidak, kita bukanlah sesiapa.

Berapa pun usia kita sekarang, mesti ada mereka yang lebih muda daripada kita.
Berapa pun umur kita sekarang,  pasti ada yang lebih tua daripada kita. 

Di dunia ini, tiada sesiapa yang tidak melalui zaman kanak-kanak dan remaja. 
Di dunia ini, tiada sesiapa yang boleh lari dari kesakitan dan kematian.
Justeru, duhai diri, sudahkan kau bermuhasabah? sudahkah kau bersedia?
 
Beruntunglah si muda yang sudah berjinak dengan ibadah.
Berbanggalah si tua yang sudah lama merasa manisnya iman.
Bertuahlah si insan yang menerima tempias hidayah.
Lalu terus bermujahadah demi meraih cinta dan rahmat TUHAN.

Lalu..aku bertanya kepada diri.
Bagaimana denganku?
Sudah lama nyawa ini dipinjamkan.
Sudah banyak nikmat yang DIA curahkan.
Adakah masih mahu hanyut?
Adakah masih belum sedar?
Adakah...masih mahu menjauh?

"SEBAIK-BAIK MANUSIA IALAH YANG PANJANG UMURNYA, BAIK AMALNYA. MANAKALA SEBURUK-BURUK MANUSIA IALAH YANG PANJANG UMURNYA, BURUK AMALNYA" (hr Ahmad)

Ya Allah...kurniakan kepada kami hidayah-Mu..Jangan Kau pesongkan hati kami setelah Kau memberi hidayah-Mu. Ya Rahman..tetapkan hati kami dalam agama-Mu.. Tuntunlah diri kami supaya sentiasa berada dalam redha-Mu..Rahmati kami wahai Tuhan semesta alam..Irhamna ya Rahman..Irhamna ya Rahman..Irhamna ya Rahman..

"Tiada seorang pun yang aku lihat dia lebih tua daripadaku melainkan aku berkata (pada diriku sendiri) : 'Nescaya dia lebih baik daripadaku kerana telah mendahuluiku dalam beribadat dan berbuat taat kepada Allah'. Dan tiada seorang pun yang aku lihat dia lebih muda (lebih kecil) daripadaku melainkan aku berkata : 'Dia lebih baik daripadaku kerana aku pasti telah mendahuluinya (melebihinya) dalam perbuatan maksiat,' " ~Abu Bakr bin Abdullah al-Muzani~

Saturday, March 31, 2012

~Susahnya nak ikhlas~

Susah ke nak lakukan sesuatu dengan ikhlas?

Payah ke nak lahirkan rasa ikhlas?

Mustahil ke nak pamerkan keikhlasan?

Ikhlas.. ya memang payah nak ikhlas. Terutama sekali kalau kena buat sesuatu yang kita tak suka, yang kita menyampah, yang kita memang nak elak.

Tapi, ia tak menjadi sesuatu yang susah, yang payah mahupun yang mustahil kalau kita sendiri berusaha menjadi seorang yang ikhlas. Semuanya pilihan kita sendiri. Berbalik kepada hati. Mahu atau tidak. Nak atau taknak. 

Jadi..cubalah tanya hati. Letakkan tangan di dada (di bahagian letaknya hati), pejamkan mata, lapangkan fikiran. Dan..tanyalah hati kita.. "Wahai hati, adakah kau sudah cukup ikhlas dalam melaksanakan segala pekerjaanmu hari ini? Duhai hati, adakah aku betul-betul ikhlas melaksanakan kewajipan aku hari ini.?" Tanyalah..tanyalah kepada hati..

Sudah ikhlaskah?

Atau..tidak ikhlas?

Kadang-kadang kita sendiri tidak tahu sama ada kita ikhlas atau tidak bila buat sesuatu.

Kadang-kadang mulut mengatakan ikhlas tapi lain pula yang terdetik di hati.

Kadang-kadang kita nak ikhlas tapi masih leka dibuai pujian.

Kadang-kadang kita rasa macam dah ikhlas tapi masih terasa ada sesuatu yang tidak kena.

Ahh..terlalu banyak persoalan..terlalu banyak "kadang-kadang"..

YA ALLAH..Sungguh, hanya Kau Yang Maha Mengetahui apa yang tidak kami ketahui.
Jadikanlah kami hamba yang penuh dengan rasa ikhlas. Ikhlas dalam menerima takdir-MU. Ikhlas menerima ujian-MU. Ikhlas dalam mengabdikan diri hanya kepada-MU semata-mata..Amiinnn..

Wednesday, March 28, 2012

~Bukan dia yang beruntung~


Untungla dia dapat awak~

Untung? Apa yang untung?~

Ya lah, dapat orang macam awak~

Naura tersenyum kelat. Dia mengerling ke arah Azeera sejenak sebelum membuang pandang ke depan~

Sahabatku..bukan dia yang beruntung mendapat saya. Sebaliknya saya yang bertuah kerana menjadi insan pilihannya~

Azeera memandang Naura dengan 1001 persoalan. Apa maksudnya?~

Jika dibandingkan dia dengan saya, umpama langit dan bumi. Dia.. sempurna serba serbi.. Agamanya..Akhlaknya.. Rupa parasnya.. Tapi saya? Masih bertatih, dan masih terumbang-ambing~

Azeera diam. Padanya, Naura tidak kurang hebatnya~

Saya takut saya tidak mampu menjadi srikandi idamannya. Naura meluahkan rasa~

Azeera semakin kelu~

Dia tidak mampu melontar kata. Ya Allah, tenangkan hati sahabatku ini~~


Saya hanya lelaki yang berpijak di atas rumput,
penuh noda dan cacat cela,

maka mustahil saya mampu berkata,
bahawa bidadari itu yang beruntung mendapatkan saya.

Bahkan sayalah yang beruntung kerana Allah sudi membantu,
hingga dia pula sudi menerima.

------------------------
Sayangi orang yang sudi menerima anda.
Bawa dia sungguh-sungguh kepada Allah SWT.
Kerana jelas dia adalah hadiah daripada Dia.

Cinta yang sebenar adalah hendak bersama ke syurga,
apa-apa yang melempar ke neraka,
itu bukan cinta namanya.
^^ 

(By Hilal Asyraf of Langit Ilahi)



Thursday, March 15, 2012

Maaf..Tak Sengaja!!

Dendangan lagu Menuju Wawasan nyanyian kumpulan UNIC sedang rancak bermain di telinga. Mata yang sudah berat terasa semakin memberat lebih-lebih lagi dalam suasana yang dingin dan suram macam hari ni. 

Aiseh.. bilalah nak pukul 5.30 petang ni. Keluh si hati.

Hari ni genap hari yang ke 21 kami berpraktikal kat company ni. Apa? Baru 21 hari? Tapi kenapa aku rasa macam dah berbulan-bulan? Sabar jelah..Still have 100++ days to go.. Duhai hati, sabar ya.. Duhai diri, bersabar juga ya ^_^.. Mungkin hari-hari yang mendatang akan menjadi lebih baik, baik, dannnn baik…InsyaAllah..

Selama 21 hari kat sini, sebenarnya dah banyak juga benda baru yang kami belajar. Kami belajar tentang QC, tentang production, tentang macam-macam lah.. Dan kami juga diberi tugasan untuk mendapatkan sijil halal bagi kafe company yang baru je dibuka. Dapatkan sijil halal. Dengar macam senang kan? Tapi, MasyaAllah..prosesnya sangat rumit.. Dulu, DR. NORDIN, lecturer bagi subjek  Halal Food dan juga subjek Food Law, pernah juga bagitau kami yang proses untuk dapatkan sijil HALAL sangat rumit, dan sekarang, kami dah faham sikit-sikit maksudnya. Terima kasih Dr. Nordin J

“Weh cepat kemas, dah nak balik ni,” Izati yang duduk berhampiran pintu bersuara. Tangannya pantas menutup laptop yang ditatap sejak tadi. Kalau nak tahu, kami berlima ditempatkan dalam satu bilik sendiri. 

Itulah sebabnya kami boleh buat bising sesuka hati. Hehehe…

“Ok, kemas-kemas. Nanti lambat.” satu lagi suara kedengaran. Tapi, tak ingat pula siapa yang cakap.

Kami berlima pun bersiap-siaplah untuk balik. Ini memang kelebihan kami, bab-bab balik ke rehat ke, memang laju semacam. So, dengan rasa seronok dan tak sabar nak balik, kami pun melangkah penuh bersemangat keluar.

“Tolong punchkan kad, terima kasih”

“Tolong punchkan kad aku sekali, terima kasih.”

Ini pula dialog yang selalu kami guna. Ya lah, kami berlima, kalau lima-lima sekali beratur nak punch card, kan mengmbil masa yang lama. Jadi, hantar wakil aje yang tolong punch kan..senang kan? ^_^

Hah..sekarang bermulalah peristiwa yang tak dapat dilupakan..

Dumm! Dumm! Dumm!

Itu bunyi pintu kereta ditutup ya. So, dengan yakinnya, si Nana ni pun start la enjin kereta. Pandang kiri, ada lori company. Pandang kanan, ada kereta staff-staff kat sini. Pandang depan, ada beberapa pekerja dan staff yang sedang berbual-bual kat motor.

Ok, sekarang masa untuk reverse kereta. Kat telinga pula sedang berdendang lagu Ku Berlari..

Tiba-tiba..

Nana!!

Na!

Nana!!!!

Ok, aku tahu kenapa..

Kereta biru kat belakang nampak bergoyang-goyang.

Alamak!!! Aku terlanggar ke? Hati mula resah. Jantung rasa macam nak tercabut. YA ALLAH, tolong…

“Ada calar tak?”

“Ya Allah..Ya Allah..”

“Weh..ada calar? Tengok-tengok..”

Aku terus terdiam..dalam hati..ALLAH yang lebih mengetahui..

Tapi..aku yakin kereta biru tu tak ada apa-apa.. sebab terlanggar pun slow je.

Pekerja-pekerja yang ada kat depan tadi pun macam buat tak tahu je.

Ok, fine..Rileks nana.. Kat kiri kanan ada kereta sekarang. Jangan nak kaku or terpegun kat situ. Bawa kereta macam biasa!

Bismillah…

Tanpa bersuara sepatah..aku pun bawalah kereta  dengan hati yang penuh gusar..

Lepas ni aku tak nak bawa kereta dah! Full stop!!

Kepada Tuan Punya Kereta BIRU yang saya terlanggar..minta maaf sangat-sangat.. saya tak sengaja..

Kepada kawan-kawan..ainni, zati, umi dan intan..maaf sebab takutkan korang.. L

Next time..UMI dan INTAN…korang drive ya.. terima kasih ^_^