Skip to main content

Posts

Showing posts from July, 2012

Dear Me, Please Understand this!

Don't stop others from MOVING FORWARD just because You choose to STAY BEHIND NEVER think that you are NOT GOOD ENOUGH to be GOOD ENOUGH Do not aim to be SOMEBODY else but Aim to BE YOU in THE BEST VERSION If you CAN'T say something NICE, DON'T say NOTHING at all. Stay connected with the QURAN! To be SHY when you not suppose to be shy, is BAD quality. Don't be shy when LEARNING! Put your TRUST in ALLAH.. And Everything will be OKEY ^_^ Wallahua'lam

Bantu Aku Mencari Tuhan

“Aku nak tanya sikit, boleh?” “Tanyalah.” “Dulu kau sekolah agama ke?” Aku mengangkat muka. Lensa mata yang sejak tadi tekun berlari di atas kepingan nota yang berselirat jalinan dakwat hitam dan merah beralih arah ke wajah Zara yang kelihatan berkerut 1000. “Tak, kenapa?” soalan dijawab dan aku kepilkan sekali dengan sebuah pertanyaan. Geleng. Hanya itu jawapan yang aku terima. “Betul tak ada apa-apa?” aku menguji. Zara senyum. “Gaya kau macam budak sekolah agama.” “Jauh panggang dari api,” jawabku sambil menggelengkan kepala. “Aku serius ni. Sebelum ini aku fikir kau budak sekolah agama. Tengok cara kau berpakaian....” “Hanya dengan melihat pakaian?” aku tergelak kecil. “Sis, pakaian bukan mencerminkan segala-galanya. Kau tahu itu kan?” “Ya, aku tahu. Sebab itu hati aku ni terdetik nak bertanya. Tapi, tak kisahlah kan, kau pernah sekolah agama ke tidak dulu, yang penting kau tahu membawa diri sekarang.” Aku senyum. “Zara, kau nak tahu sesuatu?” Zara mengangkat kening. K

Yeay! Dah nak habis.

Assalamualaikum.. Alhamdulillah, hari ini sudah masuk hari ke-7 umat Islam berpuasa. Moga-moga ibadah kita tahun ini lebih mantop dan baik daripada sebelumnya. Aminn.. Pejam celik pejam celik, rupa-rupanya hari ini sudah hari ke 130 kami menjalani latihan industri di DELIGATEAUX (M) SDN BHD . Maksudnya, hanya tinggal lebih kurang dua minggu lebih sahaja lagi nak habis. Yeay!! (Nampak sangat tak sabar nak cuti) Dan, harap-harap ilmu yang diceduk sepanjang berada di sini dapat dimanfaatkan kelak. Cik Izzati Mohkayat, Cik Umi Fatiha, Cik Intan Syafinar, Cik Nurainni Hussein dan Cik Salehatul Atiqah  Thanks for everything ^_^ And now..masing-masing tengah sibuk nak siapkan report, kecuali Cik Salehatul Atiqah yang sudah seminggu habis LI..Chaiyok2!! Walaupun sibuk (??) buat report, tapi still tak lepaskan peluang join kakak-kakak staff buat hamper raya yang ditempah oleh sebuah hypermarket. Ok, stop dulu. Nak sambung buat report ^_^ Tata &  Assalamualaikum

Bila dah berjumpa..maka..

Assalamualaikum.. Alhamdulillah, hari ini sudah masuk hari ketiga umat Islam berpuasa. Semoga kita semua tetap terus istiqamah dalam beribadat..Amiinn.. Kepada Cik A'an Saidin, Cik Ummu Fiz'an dan Cik Cahaya Qaseh, zillion thanks diucapkan untuk korang bertiga sebab sudi habiskan masa dengan Cik Cahaya sehari sebelum kita start berpuasa. Honestly, seronok sangat jumpa korang. Terubat rindu beb! Walaupun "tentatif" perjumpaan kita ni tak dirancang, tapi Alhamdulillah, semuanya best dan menyeronokkan. "Nak ke mana ni?" soal Cik Cahaya berulang kali. Dan setiap kali soalan tu ditanya, maka jawapannye tetap ini "Taman, na".."Taman..taman.." Sebenarnya kawan-kawan, koi tak tahu apa yang seronok benor kat taman tu sampai aokmer nak sangat ke situ. Jadi, sebagai "ibu" mithali, koi pun drive la kereta dengan tenangnya menuju ke TAMAN..Tapi, takdir, terlajak la pula. Yang tak boleh tahan, bila dah buat U-Turn nak ke Taman tu,

Semua Sudah Diatur

Selalu kita mendengar kata-kata  "hargailah insan di sisi anda selagi mana dia masih di situ" "sayangilah orang yang menyayangi kamu" atau kata-kata yang lain tapi tetap mempunyai makna yang sama. ~HARGAI ORANG YANG MASIH ADA DI SISI KITA~ Kadang-kadang kita suka melihat gunung tinggi yang gah berdiri jauh dari kita Kerana kita rasa ada sesuatu di sana yang sangat bermanfaat untuk kita Kerana kita rasa kita akan punya segala-galanya jika gunung itu menjadi milik kita Kerana kita rasa kita akan bahagia selamanya jika dapat menaklukinya Lalu, dengan semangat yang marak membakar Kita terus mengatur langkah ke arah gunung itu Tanpa persediaan yang lengkap Tanpa pengalaman yang mantap Dan Tanpa jiwa yang siap Kita terus mengatur langkah Melangkah dan terus melangkah. Tetapi setelah tiba di sana Jiwa dan hati bagai di sentap Kerana indahnya khabar tidak seperti yang diharap Lalu kita jatuh hingga tertiarap. Inikah jalan hidup yang kita harap? Tanpa kita sedar, Ada kunt

Apa khabar mereka?

Assalamualaikum... Alhamdulillah..madrasah Ramadhan sudah semakin hampir. Bagaimana dengan persiapan kita agaknya? Bagaimana pula dengan saudara seagama kita di PALESTIN sana? Allah..Allah.. Bersyukurlah kerana kita masih boleh hidup dalam keamanan Masih diberi nikmat menghirup udara bersih yang penuh nyaman. Tiada kedengaran letupan dan esak tangis kesakitan. Tidak ada sungai darah mahupun mayat bergelimpangan. Allah..Allah. Kekalkan keamanan ini buat kami. Dan..tabahkan hati saudara kami di sana. Semarakkan roh jihad. Nyalakan jiwa penuh semangat. Melawan musuh-MU penuh tekad!! Bantuan-MU sahaja yang dapat melemahkan. Bantuan-MU sahaja yang bisa menggoyahkan. Lemahkanlah..Goyahkanlah.. Musuh-musuh ISLAM. . Jom dengar lagu ni..BEBAS PALESTIN.. Moga Allah Redha. Wallahua'lam

Terima Kasih

Assalamualaikum. Salam Jumaat penuh barakah ^_^ Hari ini, first time dalam hidup, tayar kereta Cik Cahaya pancit. Allhamdulillah, nasib baik ada abang-abang pekerja Deligateaux tempat Cik Cahaya praktikal sekarang sudi membantu..Kalau tidak, memang kereta itu akan tersadai kat depan kilang aje sebab ilmu pengetahuan Cik Cahaya tentang kereta ni memang tahap "ZERO" gituu.. So, entry ini khas untuk mereka. Terima kasih banyak2 ye. Hanya Allah sahaja mampu membalas jasa kalian.. ^_^ Ini aje gambar yang sempat snap :) Ini rupanya penyebab tayar ni pancit..sabar jela.. Waktu ni Cik Cahaya jadi pemerhati saje :P Encik inilah yang susah payah gelek tayar ke bengkel. Alhamdulillah..Everything dah settle.. Again..TERIMA KASIH semua :) p/s : lain kali kena belajar tukar tayar sendiri 

............

Saya pakai tudung Saya pakai jubah Saya pakai stokin Tapi bukan bermakna saya baik Saya suka tulis entry-entry  yang baik (insyaAllah) Saya selalu post status kata-kata hikmah Saya gemar share hadis dan maksud ayat AL-QURAN Tapi bukan bermakna saya hebat dalam agama Saya suka baca buku-buku islamik Saya minat novel-novel tarbiyah Tapi bukan bermakna saya tinggi ilmunya Mungkin awak tahu dulu saya macam mana Mungkin awak tahu sejarah silam saya Mungkin awak tahu di mana kekurangan dan kelemahan saya Sebab itu agaknya awak pandang saya sebelah mata Saya anggap awak kawan baik saya Sebab itu saya suka kongsi semua benda dengan awak Dari perkara yang paling menggembirakan hingga perkara yang paling menyedihkan Tapi..saya rasa awak tak pernah anggap saya kawan baik awak Saya bukan mahu berburuk sangka Tapi itulah yang saya rasa Maaf kalau saya tersalah bicara Buat awak..tak kisahlah apa yang berlaku Saya ada misi saya mahu tuju Saya mahu awak dan dan saya bersatu

Rindu Ramadhan

Assalamualaikum.. Ramadhan adalah bulan yang penuh kemuliaan, penuh barakah dan merupakan penghulu segala bulan. Di dalamnya Allah telah sediakan pelbagai kelebihan untuk dimanfaatkan oleh hambaNya yang sentiasa mendambakan kasih sayang dan keredhaanNya. Firman Allah dalam surah al-Baqarah ayat 183 yang bermaksud ; “Wahai orang-orang yang  beriman! Diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang sebelum kamu agar kamu bertaqwa.” Daripada ayat ini, jelas Allah mengatakan bahawa puasa itu adalah wajib bagi hamba-hambanya. Tidak ada pengecualian untuk tidak berpuasa kecuali keuzuran yang dibenarkan. Walau bagaimanapun, Allah itu Maha Mengetahui. Jadi, bagi mereka yang sedang bermusafir, atau bagi mereka yang mempunyai halangan untuk berpuasa, Allah memberi rukhsah, iaitu keringanan kepada mereka. Firman Allah dalam surah yang sama, ayat 185 bermaksud ; “….Kerana itu, barang siapa antara kamu yang ada di bulan itu, maka berpuasalah. Dan barangsiapa sakit atau dalam

Bukan Dia Yang Beruntung [3]

Dup Dap Dup Dap! Ya Allah, kenapa aku rasa berdebar semacam ni. Jantung dah macam nak tercabut pula. Aku melirik ke arah ibu yang sejak tadi setia menemani aku. Aku menggenggam erat jari-jemarinya, mencari sedikit kekuatan. Ibu senyum. “Berdebar ke? Banyakkan berzikir,” nasihat ibu lembut. Aku angguk. Wajah itu tenang saja sejak tadi. Wajah itu juga yang sentiasa menenangkan kegusaran dan keresahan hati aku. “InsyaAllah sekejap lagi angah akan menjadi isteri orang dan tanggungjawab angah juga akan beralih kepada suami. Jadi, ibu harap angah pandai-pandailah menjaga maruah diri dan suami. Taatlah kepada dia selagi dia masih taat kepada Allah. Ingat pesan ibu ni ya,” sekali lagi suara lembut ibu menyapa telinga. Giliran ibu pula menggenggam tanganku. Aku angguk lagi.tidak mampu berkata-kata. Kolam mataku hampir penuh..Hati ini menjadi hiba. Angah janji ibu! Hanya hatiku mampu berbisik. “Aku terima nikahnya….” “Sah” “Sah..” “Sah!” “Alhamdulillah..” Hati aku menjadi semakin seba