Skip to main content

Posts

Showing posts with the label Suka-suka

Aku hanya seorang pemerhati

Aku hanya memerhati dari jauh. Senyum bangga melihat kejayaan dan keyakinanmu. Biarpun aku seringkali membantah perbuatanmu, namun aku yakin kau tahu maksud sebenar tindakanku. Aku hanya memerhati dari jauh. Melihat langkahmu satu-persatu. Nun jauh dari pandanganku, aku lihat betapa kau sangat dihormati. Moga hormat itu akan tetap di situ. Aku hanya memerhati dari jauh. Menyokong segala usahamu dalam diam.  Aku hanya memerhati dari jauh. Hanya itu yang mampu aku lakukan. Kerna aku bukan sesiapa. Aku hanya seorang pemerhati. :)

^_^

Bukan tidak mahu Tapi seakan masih tidak mampu Bukan kerana tidak cukupnya ilmu Tapi kerana masih banyak perkara yang tidak tahu Bukan sekadar mahu menjadi penyeri duniawi Tapi mengimpikan menjadi bidadari firdausi Justeru Berikan sedikit waktu Agar dapat mempersiapkan diriku Kerna aku ingin menjadi ratu Kaya peribadi dan tinggi ilmu Biar tidak di mata yang lain Tapi cukup sempurna dipandanganmu ^_^ P/s : Tekanan buat report *_*

~Patah Hati~

KAU TIDAK SEPERTI DULU YANG KU KENALI DULU RUPA HILANG SERI MANAKAH MANISNYA KAU TIDAK SEPERTI DULU YANG KU KENALI DULU MADAH TAK BERLAGU MANAKAH GIRANGNYA PATAH HATI JANGAN TERDAMPAR SEPI JANGAN TERSUNGKUR MATI PATAH HATI JANGAN LEBURKAN MIMPI JANGAN MEMAKAN DIRI BUKANKAH TUHAN CIPTAKAN MALAM UNTUK BERADU MENANTI SIANG BUKANKAH TUHAN TITISKAN HUJAN MENANTI LIMPAH KEMARAU PANJANG

~TanpaMU~

In-Team Resah dan gelisah ku rasa Hidup penuh pancaroba Roda masa pantas berputar Menduga iman di dada Daku yang lena dan terleka Tenggelam di lautan dunia Kabur pandangan mataku Pada nikmat yang menggunung Mendustakan kurniaanMu Tiba murkamu menghukum Keangkuhanku kian hancur Lantas ku jatuh dan tersungkur TanpaMu kasih (Oh Kekasih) Ku tak berdaya (Ku terpedaya) Hilang punca dan arah (Pada helah dusta dunia) Hanyut alpa di arus bergelora Kasih (Oh Kekasih) Daku derita (Tangisku hiba) Lemah dalam sengsara (Dan mengalir oh air mata) Jiwa dan tubuh kepedihan Terseksa, terhukum Menanggung kifarah dariMu Telah ku lalui semalam Jalanan kelam dan suram Lampaui batasan insan KeagunganMu kulupakan Rahmat dariMu kudambakan KeampunanMu kupohonkan Tuhan, ku tak berdaya Tempuh segala Tanpa kasihMu Hatiku ini merindu Sinar cintaMu Yang Agung Pasrah merayu redhaMu Ampuni dosa-dosaku Rahmat dariMu ku dambakan KeampunanMu ku pohonkan