Skip to main content

Posts

Showing posts from July, 2011

Saya Sudah TUA!!

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Segala puji dan puja hanya untuk DIA, Tuhan Semesta Alam kerana masih memberi kesempatan kepada kita semua untuk terus bernafas dan meneruskan kehidupan di dunia ini. Sejuta keSyukuran dipanjatkan kepadaNya kerana masih memberi kita peluang untuk terus mengumpul bekalan, saham, dan memperbanyakkan taubat sebelum kita kembali ke pangkuanNya. “Allah memegang nyawa (seseorang) pada saat kematiannya dan nyawa (seseorang) yang belum mati ketika dia tidur, maka DIA tahan nyawa (orang) yang telah DIA tetapkan kematiannya dan DIA lepaskan nyawa yang lain sampai waktu yang ditentukan” (Az-Zumar , ayat 42) Jika hari ini kita tergolong dalam kategori “ DIA tahan nyawa (orang) yang telah DIA tetapkan kematiannya” maka apakah reaksi kita? Adakah kita sudah bersedia untuk bertemu PENCIPTA kita?  Bagaimanakah perasaan kita sebenarnya? Berbahagialah kita jika selama kita hidup, kita telah berusaha semampu

~Buka mata kita~

Adakah kita masih dapat melihat hari ini? Jika ya, bertahmidlah memuji Yang Maha Kuasa, Pemilik mata kita. Bagaimana pula dengan hari esok? Adakah kita masih dapat melihat? Adakah nikmat ini akan kekal bersama kita? Wallahua’lam..itu semua hanya dalam pengetahuanNYA. Kalau ditakdirkan DIA menarik kembali penglihatan kita hari ini, kepada siapakah kita akan menunding jari?  Siapakah yang akan dipersalahkan? DIA? Orang lain? atau diri kita sendiri? Bagi mereka yang menyedari, mereka pasti akan menyalahkan diri sendiri. Mengapa? Renungkan kembali bagaimana kita memanfaatkan nikmat yang kita perolehi secara percuma ini? Kita gunakan untuk meredah onak duri di jalanNYA atau kita gembira menggunakannya di jalan yang satu lagi? Adakah nikmat penglihatan ini kita guna untuk melihat kalamNYA, untuk meneliti kebesaranNYA, untuk membantu menyebarkan syiarNYA..atau sebaliknya? Mari kita sama-sama membuka mata kita~~  “Dan di antara tanda-tanda (kebesaran