Skip to main content

Posts

Showing posts from May, 2012

~Hanya Insan Biasa~

Manusia biasa..tidak pernah lari daripada membuat kesilapan. Takkan pernah lari daripada melakukan kesalahan. Dan, tidak terkecuali tergelincir ke lembah kegelapan. Namun, kesilapan, kesalahan, mahupun kegelapan itu berbeza mengikut individu itu sendiri. Bagaimana kesilapan, kesalahan dan kegelapan itu ditafsirkan. Dan bagaimana pula kesilapan, kesalahan dan kegelapan itu diatasi. Biarpun lidah petah berbicara Biarpun bibir indah menutur kata Meskipun ayat sentiasa dihiasi kata pujangga Namun disebaliknya bukan semua suka Kadang kala terselit duka Yang dikaburi senyuman sempurna Sedang hati terhiris luka Bukan tidak mahu meluah rasa Namun mulut seakan dikunci masa Sedar atau tidak, kita banyak melakukan kesalahan dalan kehidupan. Kesalahan kepada DIA Yang Maha Berkuasa, kesalahan kepada ibu bapa, kepada adik-beradik, sahabat, kawan, jiran..mahupun orang yang tidak pernah kita kenali. Adakah kita sedar? Kita tidak akan sedar jika tidak ada yang menegur bukan? Jadi, berusahalah

~May 11, 2012~

“Allah lebih sayangkan dia. Mak cik redha dia pergi. Syurgalah tempat untuk dia.” Pelukkan semakin erat. Tangisan yang ditahan seakan tidak mampu lagi dibendung. Terdengar esakkan kecil si ibu. “Mak cik redha….Syurgalah tempat untuk dia…” Masih terngiang-ngiang lagi ayat itu. “Syurgalah tempat untuk dia…” Subhanallah.. Doa terhebat dari si ibu. Bertuah dirimu duhai teman, pergimu diiringi doa ibu. Moga kau bahagia di sana. Berehat dengan tenang setelah jerih keringatmu habis diuji kesakitan di dunia. Moga kesakitan dan kepayahan semasa di sini, telah bertukar menjadi keselesaan dan kedamaian di sana. 11 Mei 2012.. Ada suka. ada duka. Suka. Alhamdulillah. Sudah genap 22-tahun. Syukur kerana Allah masih memberi peluang kepada Cik Cahaya untuk meneruskan kehidupan di dunia ini. Masih diberi kesempatan mengumpul bekalan dan memperbaiki kesalahan serta kesilapan. Moga sisa umur yang masih berbaki entah berapa lama lagi dapat Cik Cahaya manfaatkan untuk mendekatkan diri dengan DIA.