Skip to main content

Posts

Showing posts from 2012

Tok Ayah

Alhamdulillah..selepas 22 tahun, ALLAH izinkan untuk lihat wajah arwah tok ayah. Walaupun sekadar gambar yang di up-load di facebook, aku tetap bersyukur. 22 tahun hidup, aku tak pernah kenal tok ayah. Tahu nama tapi tak kenal rupa. Kedua-dua tok ayah dan mek wa belah mak dan ayah, aku tak pernah kenal. Mereka pergi sebelum aku sempat melihat dunia. Yang ada hanya cerita yang dituturkan dari mulut mak dan ayah..itupun masa aku sekolah.. sejak dah melangkah ke alam universiti, aku dah lama tak dengar cerita tentang arwah atuk dan nenek yang tidak pernah aku lihat rupa dan wajah mereka. Subhanallah..Alhamdulillah.. Mengalir air mata apabila melihat wajah ini. Sangat mirip dengan ayah :) Dan, sekali lagi Allah izinkan aku untuk mengenali arwah Tok Ayah Hassan. Antara cerita yang buat aku kagum dengan Tok Ayah ; -Seorang yang sangat komited menjadi imam subuh di surau biarpun tika itu hanya ada beberapa sahaja surau/masjid yang ‘hidup’ waktu subuhnya. -Pernah disuru

[Lirik : Warkah Cinta Berbau Syurga]

Sebuah jiwa terbentang seluas Sahara Tersimpan sejuta rasa cinta dan kecewa Setiap untai kata yang termaktub Sudah menjadi warkah cinta berbau syurga Simpanan batinku hampir terbelah Tidak berhimpun dua cinta dalam satu jiwa Antara iman dan nafsu aku berjuang Meraih mahkota cinta dari syurga Chorus: Biar beribu parut luka menghiris kalbu Hanya keikhlasan cinta menjadi penawar Sekalipun diriku terbuang di mata insan Engkau Maha mengerti kekalnya cinta ku ini Izinkan aku meniti diatas hamparan syurgamu Bila saat ku pergi biarlah cintaku tetap di situ [Selama-lamanya kelembutan   takkan pernah tewas dengan kekerasan] [Ulang Chorus] Cintaku ini... Lagu: Bazli Unic Lirik: Ustaz A.Ubaidillah Alias Studio Rakaman : Unic Terbitan: Al-Kahfi Pictures Sdn.Bhd. Entah kenapa Cik Cahaya suka sangat dengan lirik lagu ini..First time dengar terus jatuh cinta gituu..Lagu ni, pada Cik Cahaya mempunyai makna yang sanga

Macam-Macam

Assalamualaikum. Salam 25 Muharam :) Sekarang ni dah berada di hujung minggu ke 12 semester 7 sebagai student Foodtech. Pejam celik pejam celik, eh, dah nak graduate rupanya. In shaa Allah..Cepat sungguh masa berlalu. Dan, dalam tempoh 7 semester ni, dah macam-macam perkara yang pelik-pelik, yang best-best, yang menyebabkan stress, yang paling tak dijangka telahpun berlaku. Apapun, semua tu adalah pengalaman hidup yang akan menjadikan kita lebih matang dalam menilai erti sebuah keselesaan, kehidupan, kesibukan dan kelapangan masa..  Antara 2 nikmat yang manusia sering terlupa adalah kesihatan yang baik dan masa lapang Aduh terasa! Mana tidaknya..kata-kata di atas tu memang terkena batang hidung sendiri. Masa sakit barulah teringat kenapa tak buat itu, tak buat ini waktu sihat dulu..Masa sibuk barulah kelam-kabut nak siapkan kerja yang berlambak-lambak sedangkan masa lapang diisi dengan bersenang-lenang menonton movie.  Semester 7 ni boleh dijadikan sebagai "Se

Hati Yang Cemburu

Kalau sudah namanya manusia biasa, sudah pasti akan ada rasa cemburu. Tidak banyak, sedikit. Tidak sedikit, pasti juga pernah terdetik di hati. Aku juga begitu. Kadang-kadang aku cemburu melihat mereka yang dari kecilnya sudah hidup dalam suasana tarbiyah. Kadang-kadang aku rasa cemburu melihat mereka yang hati dan jiwanya sentiasa segar dengan perjuangan. Bibir mereka tidak pernah lekang dengan mutiara hikmah. Fikiran mereka sangat tajam dalam menyumbang idea yang penuh bernas. Wajah mereka yang redup penuh ketenangan. Tutur kata yang indah tersusun menyusup ke jiwa menyegar seluruh rongga. Peribadi yang cantik lagi indah. Akhlak yang tinggi lagi disegani. Aku juga cemburu melihat mereka yang berpeluang menadah ilmu daripada ilmuan yang disegani. Berpeluang mendampingi cendekiawan yang tinggi pekerti. Mengutip mutiara hikmah daripada guru yang berilmu tinggi. Berpeluang menjalin ukhwah dengan mereka yang hebat jati diri. Sentiasa mengingati antara sesama sendiri. Al

Nak buat, buat. Tak nak buat, sudah!

Assalamualaikum.. Alhamdulillah, hari ini bermula genjatan senjata di GAZA, selepas 8 hari diserang bertubi-tubi menyebabkan jumlah yang syahid mencecah angka ratusan dan tidak terkecuali yang cedera. Janji Allah itu pasti dan tidak ada yang dapat melawan kehendak-NYA. Biarpun genjatan senjata telah bermula, tapi tidak bermakna usaha kita berhenti setakat ini sahaja. Teruskan menghantar lontaran doa buat mereka di sana. Jika berkemampuan, hulurkan sedikit bantuan buat mereka yang sangat memerlukan. Jika mampu, boikot juga barang-barang keluaran mereka. Kalau kita rasa hidup kita di sini susah, cuba fikir bagaimana pula saudara kita di Palestine sana? Kalau kita rasa ujian yang menimpa kita sangat-sangatlah berat, mereka pula bagaimana? Isu boikot memboikot. Datang bermusim. Tapi Cik Cahaya rasa yang datang bermusim itu lebih baik daripada yang tak sedar-sedar langsung. Kan? Dan hal inilah yang Cik Cahaya nak panjangkan dalam entry ni. Tak dapat buat semua

Jodoh??

Sejak usia menjejak angka 2 di hadapan, banyak sungguh pertanyaan mengenai jodoh yang dilontarkan. Lebih-lebih lagi bila dah bergelar final year student.. Memang begitukah keadaannya?? Sejak dua menjak ini, banyak juga jemputan walimah sahabat-sahabat. Orang yang dulunya bukan main nakal dalam kelas dah jadi suami orang sekarang. Tak kurang pula si pemalu yang sudah bergelar ibu muda. Alhamdulillah. Tahniah kawan-kawan!! Moga bahagia ini kekal menjadi milik kalian Dunia dan akhirat ^^ "Kau bila lagi?" Nak tercabut jantung dengar soalan tu.  "Dah tak lama kan?" Satu lagi soalan yang boleh membuatkan jantung terkeluar. Terus geleng-geleng dan senyum. "Lambat lagi. Aku nak belajar dulu.."  :) Sudah-sudahlah tanya soalan tu ya. Kalau nak tanya juga, tunggu dua tiga tahun lagi. ~Malas nak bincang soal ni (konon-kononnya)~ p/s : Solehahkan diri terlebih dahulu. Bukan kerana ingin suami yang soleh semata, tapi

Tugas Kita

Nyawa Salah satu amanah ALLAH kepada kita. Untuk dijaga dan dipelihara dengan sebaiknya. Justeru, hargailah kesempatan yang masih ALLAH berikan. Gunakan dengan sebaiknya. Penuhi dengan selayaknya. Kita dihidupkan di dunia ini bukan untuk saja-saja..bukan untuk sia-sia..bukan untuk suka-suka. Tapi ada misi dan tanggungjawab yang perlu dilaksana. "AKU tidak menciptakan jin dan manusia melainkan agar mereka beribadah kepada-KU." (Az-Zariyat, ayat 56) "Dan DIA lah yang menjadikan kamu sebagai khalifah-khalifah di bumi dan DIA mengangkat (darjat) sebahagian kamu di atas yang lain......" (Al-An'am ayat 165) Nah! ALLAH telah nyatakan dua peranan kita di dunia secara terang dan jelas dalam Kalam suci-NYA. Sebagai hamba (beribadah kepada-NYA) dan sebagai khalifah untuk menyebarkan syiar agama tauhid ini. Adakah kita masih ragu-ragu? Atau masih mahu buat tidak tahu? Ibadah..bukan dalam masjid sahaja. Bukan di atas sejadah semata. Jangan disempitka

With Love :)

After 3 years.. We're here.. Knowing each other.. Become more closer.. Laugh together.. Day by day.. Time by time.. The love inside..become bigger..bigger..and bigger.. Only 1 year left.. For us.. To create more and more beautiful moments.. Together.. Hopefully.. In future.. We'll never forget.. About anyone among us.. Remember this sentences.. From deep of my heart.. Sincerely.. LOVE all of you.. Lillahi taa'la.. May Allah bless us.. Here.. and Hereafter.. :)

[Lirik] Bukan Niatku-Devotees

Berjanji ku Disuatu ketika Bahwa aku takkan menduakanMu Dan aku takkan biar sesiapa   Cuba memalingku dari jalan bahgia Ooo... Ternyatalah perjalanan ini   Tidak semudah yang ku tafsirkan   Jalannya berliku Turunnya berliku Jika tersilap langkah Menyesal sesal selamanya Kasih andai cinta yg kusemai Rapuh menanti ditewas dugaan Maafkan aku Kiranya tak tertanggung Segala harapan yang diberikan Maafkan aku Yang tiada berdaya Kerna bukan niatku untuk melakukannya Kasih andai cinta yg kusemai Rapuh menanti ditewas dugaan Maafkan aku Kiranya tak tertanggung Segala harapan yang diberikan Mungkinkan ada pengampunan dariMu Kembalikan fitrah kehambaanku Hinanya aku Merayu kepadaMu Setelah kering dosa yang kulakukan Maafkan aku Yang tiada berdaya Kerna bukan niatku untuk melakukannya

PD

Jika memang aku pilihanmu, maka tunggulah aku hingga Allah takdirkan kita untuk bertemu. Bertemu dalam redha-NYA, itu yang aku mahu. Jika kamu mahu yang cantik dan hebat, itu bukanlah aku. Tapi, jika mahu yang BIASA dan ingin DIBIMBING, ternyatalah diri ini. Ok, stop!  Ternyata tekanan subject product development hari ni (selasa 2/10) sangat mempengaruhi emosi Cik Cahaya. Bertapa dalam lab dari pukul 9 pagi sampai 6.30 petang..bukanlah hal yang ringan ok! Kalau duduk goyang kaki memang tak ada masalah kot, tapi, kalau dah kena bergerak ke hulu ke hilir, memerah otak dan keringat, dalam lab yang memang tak disediakan kerusi tu, aisehh, memang boleh patah kaki.. #pengsan seketika# Ditambah pula dengan kondisi kesihatan yang tak berapa stabil, memang mencabar..But, Alhamdulillah, everything dah lepas pun kan. Hari ini Cik Cahaya tak ada suara, disebabkan batuk yg agak teruk gituu, so ada juga la perkara kelakar yang berlaku terutamanya dalam group sendiri. Saya dibuli.

UJIAN

Ujian Menguatkan, Bukan Melemahkan Allah pasti mengujimu dengan beberapa ujian. Ujian yang menimpa umat ISLAM adalah untuk membentuk kematangan. Jika bersabar dengannya, maka akan berguguranlah dosa-dosa. Oleh sebab itu, lebih baik kita diberi ujian supaya kita dapat membetulkan diri kita. Dan yang lebih penting dapat mendekatkan kita dengan Allah. Orang yang beriman, hatta sebesar zarah sekalipim, pasti akan terbit rasa insaf di hati mereka apabila ditimpa ujian. Akan sentiasa mengingati Allah. Akan sentiasa menyebut nama-NYA. Ujian berkala  itu kadang-kadang penting untuk kita supaya kita akan sentiasa kembali kepada DIA. Ujian yang menginsafkan Itu yang kita harapkan. Tak perlu meminta diringankan ujian. Tetapi mohonlah diberi kekuatan. Subhanallah Alhamdulillah Allahu akbar. Moga Allah Redha. Wallahua'lam
“Penatnya..aku ingat lab sikit je..” “Sem ni kira ok, senior kata sem depan lagi banyak lab.” “Yeke? Nak tukar minor la!” Gulp! Tersalah cakap ke? Memang penat..Lumrah.. ‘Aku pun rasa nak menangis tau!’ –monolog dalaman. Seriously! Memang rasa nak menangis.. Baru dua minggu semester baru bermula, tapi kepala dah rasa berat. Sangat! Allahu Robbi T_T Be positive. DIA uji kita sepaya kita semakin kuat, semakin tabah, semakin mengenal erti hidup. Yang paling penting, DIA uji kita supaya kita lebih DEKAT dengan dia. Kan? Tapi..kata-kata tu tersekat di kerongkong. Tak mampu diluahkan. Perlu kuatkan hati sendiri dulu supaya dapat menguatkan insan lain juga. Hanya mampu senyum. “Fikirlah apa yang terbaik.” Itu je yang mampu lidah tuturkan. Suasana suram dalam surau fakulti menambah hiba. “YA ALLAH, KUATKAN HATI KAMI.” hati kadang-kadang tidak mampu menipu "ok" di bibir belum tentu "ok" juga di hati senyum

Aku hanya seorang pemerhati

Aku hanya memerhati dari jauh. Senyum bangga melihat kejayaan dan keyakinanmu. Biarpun aku seringkali membantah perbuatanmu, namun aku yakin kau tahu maksud sebenar tindakanku. Aku hanya memerhati dari jauh. Melihat langkahmu satu-persatu. Nun jauh dari pandanganku, aku lihat betapa kau sangat dihormati. Moga hormat itu akan tetap di situ. Aku hanya memerhati dari jauh. Menyokong segala usahamu dalam diam.  Aku hanya memerhati dari jauh. Hanya itu yang mampu aku lakukan. Kerna aku bukan sesiapa. Aku hanya seorang pemerhati. :)

Secebis Kata

"Aku mengamati semua sahabat dan tidak menemukan sahabat yang lebih baik daripada menjaga lidah. Aku memikirkan tentang semua pakaian, tetapi tidak menemukan pakaian yang lebih baik daripada taqwa. Aku merenungkan tentang segala jenis amal baik, namun tidak mendapatkan yang lebih baik daripada memberi nasihat baik. Aku mencari segala bentuk rezeki, tapi tidak menemukan rezeki yang lebih baik daripada sabar" (Khalifah Umar Al-Khattab) Manusia ini sifatnya pelupa. Oleh sebab itu perlu sentiasa dinasihatkan, diingatkan, ditegur dan diperbetulkan. Tidak kisahlah kita ini siapa, kita tetap insan biasa yang tidak dapat lari daripada melakukan kesalahan dan kesilapan. "Tidak ada insan suci yang tidak mempunyai masa lampau, dan tidak ada insan berdosa yang tidak mempunyai masa depan" Sahabat..masa lampau itu biarkan terus berlalu. Pandanglah ke depan. Mulakan langkah yang baru. Jangan persiakan usia mudamu dengan sesuatu yang tidak bermanfaat. Usia muda tidak boleh dip

Si Bongsu Menjadi Sulung

Baru sahaja rasanya melangkah masuk ke hamparan hijau bumi UPM. Teringat deruman enjin kenderaan  yang bersimpang-siur mencari tempat yang sesuai untuk berhenti. Terimbau pandangan pertama ke arah  motto “Berilmu Berbakti” yang gah tulisannya di samping logo UPM berwarna merah. “Pergi hantar report kesihatan di dewan besar dulu, kemudian baru pergi daftar di kolej,” beritahu seorang petugas. Aku angguk. Kepala menoleh ke kiri dan kanan. Mencari kelibat si dewan besar. Aku pandang Abang Chik yang daripada tadi setia menjadi pengawal peribadi aku, “Dewan dekat mana?” soalku. “La.. mana Chik tahu, awak ni.” Aku sengih. Ya juga, abang aku tu mana lah pernah datang sini sebelum ni. Alahai.. “Dewan besar dekat sana,” beritahu petugas seakan memahami. Aku senyum. “Terima kasih.” KOLEJ KEENAM Dari jauh sudah terpampang papan tanda kolej keenam, bakal rumah kedua. “Adik ambil course apa?” tanya salah seorang fasilitator. “Sains dan Teknologi Makanan,” hah..skema jawapan tu. “Oo..foo