Skip to main content

Posts

Showing posts from February, 2011

PENDAKWAHKAH AKU??

Seorang Da’ie … bersegera menunaikan Solat berjamaah apabila azan telah dikumandangkan Kita – selalu melewatkan solat dan hanya sempat dengan saf beberapa detik sebelum Imam member salam. Seorang Da’ie …. mewajibkan dirinya agar tetap membaca Al-Quran setiap hari walau sedikit Kita – sering terlupa membaca Al-Qur’an dengan beralasan sibuk dan membacanya sesekali setelah berlalu berhari-hari Seorang Da’ie… amat memerhati dan menjaga masanya, tidak diisi secara sia-sia melainkan dengan sesuatu yang terancang dan bermanfaat Kita – kurang member perhatian kepada masa, sering membuangnya dengan sia-sia dan melakukan banyak perkara secara kebetulan Seorang Da’ie.. selalu terasa dirinya diawasi oleh Allah, mengingati akhirat dan mempersiapkan diri untuk menghadapinya Kita – sering tidak terasa kebersamaan Allah, melupai akhirat dan kematian serta kerap menangguh-nangguh amal dan taubat Seorang Da’ie  suka menghadiri halaqah ilmu, sangat mencint

DESTINASI HATI (part 2)

Tetapi, aku tahu aku tidak mampu menjadi seperti mereka kerna aku hanya insan biasa yang penuh dosa dan  aku juga tahu aku tidak setabah mereka kerna hatiku sendiri sering goyah dengan nafsu dunia. Ya, Allah..bantulah aku.. Aisyah menutup diari yang sudah menjadi teman hidupnya sekian lama. Setiap apa yang berlaku, setiap detik yang berlalu dan setiap peristiwa yang terjadi dalam hidupnya diabadikan sepenuhnya dalam diari kecil berwarna biru itu. Suatu masa dahulu, Aisyah memang tidak suka menulis diari, apatah lagi membawanya ke sana-sini. Tetapi, segalanya telah berubah kini. Setelah kehilangan kakak tercinta beberapa tahun yang lalu, buku kecil itulah menjadi tempatnya bercerita. Buku kecil itu juga tempat dia meluahkan kegembiraan malah buku itu juga tempatnya menghamburkan kesedihan. ‘Sekarang baru Aisyah tahu mengapa kak Fatin suka menulis diari dulu. Perasaan menjadi sedikit tenteram apabila semuanya sudah diluahkan. Syukur, Alhamdulillah.’ *  

Pengalaman Itu Indah..

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.. Jauh perjalanan luas pemandangan.. Pengalaman itu mendewasakan.. Itulah antara peribahasa dan kata2  yang saya suka sangat guna masa tulis karangan zaman sekolah dulu. Memang betul, perjalanan yang jauh dapat meluaskan pemandangan, pandangan, pengalaman dan kenangan kita ye tak?? Pengalaman melakukan sesuatu pula sudah pasti dapat mendewasakan, menambah ilmu dan memahirkan kita tentang perkara tersebut. Tidak kisahlah dari sudut apapun, pengalaman itu tetap penting. Pengalaman jatuh dan kecundang dapat menguatkan kita supaya tetap gigih berusaha supaya tidak jatuh dan kecundang buat kali ke-2..Pengalaman menikmati kejayaan memotivasikan diri kita supaya sentiasa berusaha mengekalkan kejayaan yang ada..Begitulah sifir kehidupan... Di sebalik nikmat akan ada bala, Di sebalik bala terselitnya nikmat.. Begitulah lumrahnya kehidupan kita sebagai manusia. Hidup umpama roda.. Hari ini kita berada di atas, mungkin esok lusa k

S.A.H.A.B.A.T

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang. Selawat dan salam ke atas junjungan mulia nabi Muhammad s.a.w.. Alhamdulillah, segala pujian bagi Allah kerana masih membenarkan diri ini bernafas, masih mengizinkan nadi ini berdenyut dan masih memberi kesempatan untuk jari-jemari ini menari-nari di atas keyboard untuk berkongsi cerita, kisah dan pengalaman diri yang serba kekurangan. Setelah sekian lama menyepi (*ayt mcm org glamer je) kerana terlalu sibuk dengan test 1, akhirnya hari ni dapat juga kesempatan nak menulis entry baru. Alhamdulillah. Hari ni tiba2 rasa nak bercakap tentang sahabat..eh, bukan cakap tapi tulis lah..( adoii, mana leh cakap kat sini)..ok kembali kepada topik, sahabat dan persahabatan.. Kenapa nak cakap tentang sahabat?? Sebab sahabat adalah org yang penting dalam hidup kita selepas keluarga, lebih-lebih lagi student macam kita ni. Dahlah jauh daripada family, kalau kita tak ada sahabat ke, kawan ke, jiran ke

MIMPI RASULULLAH..

Daripada Abdul Rahman Bin Samurah ra berkata, Nabi Muhammad saw bersabda:   "Sesungguhnya aku telah mengalami mimpi-mimpi yang menakjubkan pada malam aku sebelum di Israqkan... 1. Aku telah melihat seorang dari umatku telah didatangi oleh malaikatul maut dengan keadaan yang amat menggerunkan untuk mengambil nyawanya, maka malaikat itu terhalang perbuatannya itu disebabkan oleh KETAATAN DAN KEPATUHANNYA KEPADA KEDUA IBUBAPANYA. 2. Aku melihat seorang dari umatku telah disediakan azab kubur yang amat menyiksakan, maka ia telah diselamatkan oleh berkat WUDUKNYA YANG SEMPURNA. 3. Aku melihat seorang dari umatku sedang dikerumuni oleh syaitan- syaitan dan iblis-iblis lakhnatullah, maka ia diselamatkan dengan berkat ZIKIRNYA YANG TULUS IKHLAS kepada Allah. 4. Aku melihat bagaimana umatku diseret dengan rantai yang diperbuat daripada api neraka jahanam yang dimasukkan dari mulut dan dikeluarkan rantai tersebut ke duburnya oleh m