Skip to main content

Posts

Showing posts from December, 2013

Tempayan yang retak

Pada zaman dahulu, tinggal seorang lelaki yang menyara kehidupannya dengan berkhidmat dengan seorang keluarga bangsawan. Dia melakukan segala kerja di rumah itu daripada membersihkan halaman, memandu kereta kuda, menjaga keselamatan keluarga tersebut, termasuk juga mengangkut air daripada sungai berdekatan. Isterinya pula mengemas rumah dan melakukan kerja-kerja di dapur. Setiap hari, lelaki tersebut akan berulang-alik ke sungai, mengambil air bagi mengisi kolah di dalam rumah dengan mengandar dua tempayan. Malangnya, salah satu daripada tempayan itu sudah retak. Kesannya, air yang diangkut akan berkurang kepada hampir separuh tempayan. Oleh yang demikian, lelaki itu hanya mampu mengangkut air sebanyak satu setengah tempayan sahaja. Demikianlah berterusan selama setahun lebih. Suatu hari, tempayan yang retak itu berasa sangat sedih. Diadukan rasa hatinya kepada lelaki itu. “Maafkan saya kerana selama setahun lebih ini saya tidak mampu menjalankan peranan dengan baik. Saya