Skip to main content

Semua Sudah Diatur

Selalu kita mendengar kata-kata 
"hargailah insan di sisi anda selagi mana dia masih di situ"
"sayangilah orang yang menyayangi kamu"
atau
kata-kata yang lain tapi tetap mempunyai makna yang sama.
~HARGAI ORANG YANG MASIH ADA DI SISI KITA~

Kadang-kadang kita suka melihat gunung tinggi yang gah berdiri jauh dari kita
Kerana kita rasa ada sesuatu di sana yang sangat bermanfaat untuk kita
Kerana kita rasa kita akan punya segala-galanya jika gunung itu menjadi milik kita
Kerana kita rasa kita akan bahagia selamanya jika dapat menaklukinya
Lalu, dengan semangat yang marak membakar
Kita terus mengatur langkah ke arah gunung itu
Tanpa persediaan yang lengkap
Tanpa pengalaman yang mantap
Dan
Tanpa jiwa yang siap
Kita terus mengatur langkah
Melangkah dan terus melangkah.
Tetapi setelah tiba di sana
Jiwa dan hati bagai di sentap
Kerana indahnya khabar tidak seperti yang diharap
Lalu kita jatuh hingga tertiarap.

Inikah jalan hidup yang kita harap?

Tanpa kita sedar,
Ada kuntum bunga yang sedang mekar di sisi kita
Sentiasa menyebar harum wanginya memenuhi jiwa
Walau hadirnya tidak pernah di sedari sesiapa
Namun dia tetap di situ menabur jasa
Cekal hatinya meneguk rasa
Biar pahit mencengkam ditelan juga
Kerana kasih dan cinta sesama saudara
Dia kekal di situ hingga hujung nyawa.




"Kadang-kadang manusia ini bersusah payah mencari cinta, hingga terlupa Cinta Yang Esa."
"Kadang-kadang manusia ini berpenat lelah menagih kasih, hingga lupa kasih Rasul yang mulia."
"Kadang-kadang manusia ini sedih memikirkan jodoh yang entah di mana, hingga lupa semuanya sudah kering ditulis di atas sana."
"Kadang-kadang manusia ini sanggup mencari jodoh yang jauh, hingga terkabur yang ada di depan mata."

Moga Allah Redha. Wallahua'lam

Comments

Popular posts from this blog

~Kerana Kita SAHABAT~

Assalamualaikum dan salam sayang buat semua student 3 rd year foodtech, dan juga buat mereka yang bergelar sahabat.. Sahabat kepada insan bernama Nurul Farhana. Hari ini, Selasa, tanggal 27/12/11, jam 6.51pm, cebisan ini dinukilkan khas buat kamu, sahabat saya. Nukilan ini bukannya apa-apa..sekadar suka-suka. Yelah, tadi masa tengah study (konon2nya rajin study), tiba-tiba teringat pada korang semua. Mesti tengah study juga kan? Bagus2..teruskan kerajinan nak study tu ^_^ Emm..pejam celik pejam celik, dah dekat dua tahun setengah kita bersama-sama kan? Susah senang, suka duka, pahit manis, tawa mahupun tangis, telah berjaya kita redahi. Alhamdulillah.. sekarang, tinggal final exam untuk sem ni yang bakal menjelma kurang seminggu dari sekarang. Semoga Allah memberi kemudahan dan ketenangan kepada kita semua untuk menghadapi imtihan dunia ni. Dan, semoga Allah mengurniakan kejayaan yang cemerlang kepada kita semua..Amiinn.. Sedar tak sedar juga, banyak pengalaman yang cik cahaya (g...
Assalamualaikum :-) Fuhh~~ Dah bersawang blog ni. Pejam celik pejam celik dah dekat 9 bulan tak update any enty. Kalau preggy ni, mesti tengah tunggu due nak bersalin je..Ahakz..Gurau sikit. Alhamdulillah, ALLAH masih panjangkan usia kita hingga ke hari ini. Untuk apa? Mesti ada sebab kan? Umur ni diberi bukan untuk sia-sia. Bukan juga untuk terus bersuka-suka. DIA beri kita lebih masa untuk terus perbaiki diri, menambah amalan, memperteguhkan iman dan memantapkan taqwa sebelum kita kembali ke pangkuan-NYA. Ingin "pergi" dalam keadaan indah dan diredhai? Maka hidup juga perlulah dalam keadaan indah dan diredhai. Bagaimana? Kerjakan suruhan-NYA dan jauhi larangan-NYA. Inshaa Allah :-) Ok, selama 9 bulan ni bermacam-macam kejadian berlaku. Ada yang baik, ada yang kurang baik. Begitulah perjalanan hidup kita sebagai hamba, ye dak? Terimalah takdir hidup kita dengan hati yang terbuka dan penuh positif. Amboih..dah macam pakar motivasi pulak..kikikiki. Alhamduli...

::Persiapkan Diri::

“Dan antara tanda-tanda kekuasaan-NYA adalah DIA menciptakan isteri-isteri daripada kalangan kamu sendiri supaya kamu dapat hidup tenang bersama mereka dan diadakan-NYA cinta kasih sayang antara kamu. Sungguh, dalam yang demikian ada tanda-tanda bagi orang yang menggunakan fikiran.” (Surah Ar-Rum, ayat 21) Assalamualaikum.. Alhamdulillah, cuti semester sudah pun bermula. Tapi sayang, Cik Cahaya dan sahabat-sahabat yang tengah berLatihan Industri sekarang ini tidak berpeluang bercuti seperti teman-teman yang lain. Selepas tamatnya semester 2011/2012 ni,  ramai jugalah sahabat Cik Cahaya yang memulakan fasa baru dalam kehidupan mereka.. Ada yang sudah mula melangkah ke alam pekerjaan yang sebenar, ada yang sedang berkira-kira menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi, dan tak kurang, ada juga yang dalam perancangan untuk bertunang dan mendirikan rumah tangga. Alhamdulillah, semoga Allah permudahkan urusan kita semua..Amiinn. Apabila sebut tentang baitul muslim ni, Cik C...