Skip to main content

Posts

Showing posts from February, 2013

Salah Bahtera?

Penghijrahan memerlukan hati dan semangat yang kuat. Iman yang utuh, niat yang padu serta sokongan yang hebat, antara ramuan terpenting dalam penghasilan produk diri yang baharu. Bukanlah senang untuk menjadi manusia yang benar-benar baharu, yang lain daripada dulu, yang mahu membersihkan debu, yang duri menanti di segenap penjuru, yang...yang ternyata jauh dari dunia yang lalu. Baru sahaja mula melangkah, sudah ada cela menerpa. Baru sahaja langkah dibuka, perli herdik menerjah sukma.  Bila menutur kata yang baik, sudah dilabel "ustaz" "ustazah".. Bila berbicara pahala dan dosa, mula diungkit kisah hitamnya. Bagai pesalah di kandang mahkamah, tunduk dan diam membisu..lalu hati berbisik..."salahkah tindakan yang aku ambil?" Jika seseorang itu dalam penghijrahan menjadi lebih baik, usahlah diungkit kisah silamnya. Kerana kita tidak pernah tahu betapa pedih dan seksanya dia cuba melupakan kisah itu. Jika seseorang itu dalam usaha mengejar ge

Rindu Zaman Sekolah

[Copy Paste] Ingat x benda nie?? 1-Kat skola ade salesman jual buku cerita. Hari ni bg list, esok mintak duit kt parents nk beli walaupun cerita buku tu dah tau. 2- Salesman jual air vitagen/susu pon camtu gak.Mesti nak beli walaupun dah tahu mak ayah pun boleh beli jugak kat kedai... ... 3-Kat library, budak2 mmg baca buku tp just tengok gambar je. Tapi bile ade program Nilam, sibuk semua nak pinjam buku.Semata-mata nak penuhkan buku Nilam tu. 4- RMT kat skola mkn x best, tp yg berduit pon join RMT, x phm.... 5-Pakai pensel box yg boleh bukak dpn blkg, pastu ade sharpener kat tgh2.. 6-Main lwn pemadam, syg nak guna utk padam. Padahal itu fungsi sbnr, utk padam! 7- Pakai pembaris yg bergerigi,,yang kat dlm tu ade air.Pastu ade bende berkilat dlm air tu... 8- Cikgu pakai pembaris kuning panjang. Ade pemegang kat tgh2 tp x pernah nmpk cikgu pegang pn kat situ. 9-Bulu ayam jd ramping sebab sering dijadikan rotan. 10-Datang sekolah awal2 p

Mood Cuti Tak Cuti~

ALHAMDULILLAH.. 7 Semester sudah berlalu..tinggal 1 sem saje lagi..1 je lagi..1 je lagi.. Inshaa Allah.. Semoga Allah permudahkan segala urusan. Tahun terakhir, tahun menguji kesabaran. Semester terakhir, semester menguji ketabahan.. Cewahh.. (macam la orang lain tak rasa jadi final year student kan) Tak kisahlah awak tahun berapa, semester berapa, yang penting awak kena tahu tak ada istilah CUTI bagi mereka yang bergelar pelajar, apatah lagi MUSLIM PELAJAR macam kita-kita ni..Ilmu itu sentiasa perlu dicari, digali, ditadah, dikejar..dan macam-macam di lagi..  Bukan sahaja untuk mereka yang bergelar pelajar, tapi sesiapa pun awak, tak kiralah awak tu suri rumah ke, petani ke, pekerja kilang ke, supervisor ke, tauke kedai ke, hatta doktor or pendidik sekalipun, tetap tak ada istilah CUTI untuk terus belajar. Tak gitu? Ilmu itu takkan pernah cukup, semakin kita dalami, semakin banyak yang kita tidak tahu sebenarnya.  Belajar itu pun, tak semestinya dalam kelas atau