Skip to main content

Posts

Showing posts from January, 2015

Kita Tidak Pernah Sendirian

Pernahkah anda rasa hidup bersendirian? Tinggal di rumah seorang diri, makan seorang diri, masak seorang diri, beriadah seorang diri, hatta membeli belah juga seorang diri. Anda bersendirian kerana hidup di perantauan atas tuntutan belajar atau pekerjaan. Anda bersendirian bukan kerana tiada kawan atau teman, apatah lagi saudara mara, tetapi anda tetap tinggal sendirian kerana mereka juga punya keluarga sendiri yang menjadi tuntutan utama dalam hidup mereka. Hidup sendirian ini bosan. Tiada warna-warni. Tiada tempat untuk berbual dan bersenda. Tiada tempat untuk meluah masalah dan meminta nasihat. Kita hanya dapat berbual dengan rakan-rakan ketika berjumpa di kelas. Kita dapat bergurau sedikit dengan rakan sekerja ketika waktu rehat di pejabat. Apabila pulang ke rumah, hidup kita kembali sepi. Rumah juga kelihatan suram kerana hanya kita yang mengisi ruang itu. Setiap hari, begitulah rutin kita. Segalanya dilakukan sendirian. Sama ada ketika suka atau duka, ketika senang atau