Skip to main content

............



Saya pakai tudung

Saya pakai jubah

Saya pakai stokin

Tapi bukan bermakna saya baik

Saya suka tulis entry-entry  yang baik (insyaAllah)

Saya selalu post status kata-kata hikmah

Saya gemar share hadis dan maksud ayat AL-QURAN

Tapi bukan bermakna saya hebat dalam agama

Saya suka baca buku-buku islamik

Saya minat novel-novel tarbiyah

Tapi bukan bermakna saya tinggi ilmunya

Mungkin awak tahu dulu saya macam mana

Mungkin awak tahu sejarah silam saya

Mungkin awak tahu di mana kekurangan dan kelemahan saya

Sebab itu agaknya awak pandang saya sebelah mata

Saya anggap awak kawan baik saya

Sebab itu saya suka kongsi semua benda dengan awak

Dari perkara yang paling menggembirakan hingga perkara yang paling menyedihkan

Tapi..saya rasa awak tak pernah anggap saya kawan baik awak

Saya bukan mahu berburuk sangka

Tapi itulah yang saya rasa

Maaf kalau saya tersalah bicara

Buat awak..tak kisahlah apa yang berlaku

Saya ada misi saya mahu tuju

Saya mahu awak dan dan saya bersatu

Berganding tangan menggalas beban yang berat membatu

Tapi saya kaku

Akhirnya saya ambil keputusan untuk bergerak dulu

Bukan bermakna meninggalkan awak di situ

Sebaliknya berjuang meminta hati yang baru

Supaya kelak saya tidak lagi berasa malu

Berjalan beriringan dengan awak yang hebat ilmu.


Saya tahu saya bukan orang yang baik

Jauh sekali untuk memegang gelaran solehah

Tapi saya tahu ALLAH Maha Tahu

Betapa saya sedang berusaha ke arah itu!



Moga Allah Redha.  

Wallahua'lam

Comments

Popular posts from this blog

~Kerana Kita SAHABAT~

Assalamualaikum dan salam sayang buat semua student 3 rd year foodtech, dan juga buat mereka yang bergelar sahabat.. Sahabat kepada insan bernama Nurul Farhana. Hari ini, Selasa, tanggal 27/12/11, jam 6.51pm, cebisan ini dinukilkan khas buat kamu, sahabat saya. Nukilan ini bukannya apa-apa..sekadar suka-suka. Yelah, tadi masa tengah study (konon2nya rajin study), tiba-tiba teringat pada korang semua. Mesti tengah study juga kan? Bagus2..teruskan kerajinan nak study tu ^_^ Emm..pejam celik pejam celik, dah dekat dua tahun setengah kita bersama-sama kan? Susah senang, suka duka, pahit manis, tawa mahupun tangis, telah berjaya kita redahi. Alhamdulillah.. sekarang, tinggal final exam untuk sem ni yang bakal menjelma kurang seminggu dari sekarang. Semoga Allah memberi kemudahan dan ketenangan kepada kita semua untuk menghadapi imtihan dunia ni. Dan, semoga Allah mengurniakan kejayaan yang cemerlang kepada kita semua..Amiinn.. Sedar tak sedar juga, banyak pengalaman yang cik cahaya (g...
Assalamualaikum :-) Fuhh~~ Dah bersawang blog ni. Pejam celik pejam celik dah dekat 9 bulan tak update any enty. Kalau preggy ni, mesti tengah tunggu due nak bersalin je..Ahakz..Gurau sikit. Alhamdulillah, ALLAH masih panjangkan usia kita hingga ke hari ini. Untuk apa? Mesti ada sebab kan? Umur ni diberi bukan untuk sia-sia. Bukan juga untuk terus bersuka-suka. DIA beri kita lebih masa untuk terus perbaiki diri, menambah amalan, memperteguhkan iman dan memantapkan taqwa sebelum kita kembali ke pangkuan-NYA. Ingin "pergi" dalam keadaan indah dan diredhai? Maka hidup juga perlulah dalam keadaan indah dan diredhai. Bagaimana? Kerjakan suruhan-NYA dan jauhi larangan-NYA. Inshaa Allah :-) Ok, selama 9 bulan ni bermacam-macam kejadian berlaku. Ada yang baik, ada yang kurang baik. Begitulah perjalanan hidup kita sebagai hamba, ye dak? Terimalah takdir hidup kita dengan hati yang terbuka dan penuh positif. Amboih..dah macam pakar motivasi pulak..kikikiki. Alhamduli...

::Persiapkan Diri::

“Dan antara tanda-tanda kekuasaan-NYA adalah DIA menciptakan isteri-isteri daripada kalangan kamu sendiri supaya kamu dapat hidup tenang bersama mereka dan diadakan-NYA cinta kasih sayang antara kamu. Sungguh, dalam yang demikian ada tanda-tanda bagi orang yang menggunakan fikiran.” (Surah Ar-Rum, ayat 21) Assalamualaikum.. Alhamdulillah, cuti semester sudah pun bermula. Tapi sayang, Cik Cahaya dan sahabat-sahabat yang tengah berLatihan Industri sekarang ini tidak berpeluang bercuti seperti teman-teman yang lain. Selepas tamatnya semester 2011/2012 ni,  ramai jugalah sahabat Cik Cahaya yang memulakan fasa baru dalam kehidupan mereka.. Ada yang sudah mula melangkah ke alam pekerjaan yang sebenar, ada yang sedang berkira-kira menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi, dan tak kurang, ada juga yang dalam perancangan untuk bertunang dan mendirikan rumah tangga. Alhamdulillah, semoga Allah permudahkan urusan kita semua..Amiinn. Apabila sebut tentang baitul muslim ni, Cik C...