Skip to main content

Posts

Showing posts from January, 2011

DESTINASI HATI (part 1)

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.. Ana dah nak bertunang. Itu mesej yang aku terima daripadamu tanpa diduga. Mungkin kau berharap aku tidak lagi mengganggu kehidupanmu selepas ini. Al-maklumlah kau bakal menjadi milik orang lain. Aku faham dan amat-amat mengerti keadaanmu. Kau tidak perlu bimbang, mana mungkin aku mengganggu kehidupan bakal suami temanku sendiri. Hanya ucapan tahniah dan selamat yang mampu aku balas walaupun hatiku remuk seremuk-remuknya. Aku tidak menyalahkan dirimu apatah lagi menunding jari ke arah bakal isterimu (Zara, bukan nama sebenar), kerna aku sendiri yang tersilap. Tersilap kerana membenarkan hati aku ini dikotori dengan cinta yang tidak halal bagiku. Walaupun aku mengenali dirimu lebih awal berbanding Zara dan Zara mengetahui aku menyukai dirimu sebelum kamu berdua saling mengenali, tapi itu tidak bermakna kau akan menjadi milikku. Perkenalan secara tidak sengaja di matrikulasi telah menyebabkan ha

Menangis yang dibenar oleh syariat

Kata ahli Hikmah, Dunia ini dimulai dengan tangis, dicelahi oleh tangis dan diakhiri dengan tangis . Menangis adakalanya dituntut oleh syariat. Abid yang menyintai Tuhan akan selalu menangis mengenangkan dosanya.Mereka memaksa diri menangis apabila mengenang nasib diri di hari akhirat dan membayangkan huru-hara pabila menjelang kiamat.Dalam hal ini menangis adalah dituntut. Setitis airmata yang jatuh kerana takutkan Allah akan dapat memadamkan api neraka di hari akhirat kelak. Dalam sebuah hadis Rasulullah s.a.w bersabda bahawa air mata dari tangisan pembuat dosa yang bertaubat adalah lebih disukai Allah dari tasbih para wali. Rasulullah s.a.w juga ada bersabda: "Kejahatan yang dibuat lalu menimbulkan rasa sedih adalah lebih baik dari kebaikan yang menimbulkan rasa takbur."Anas r.a berkata: Pada suatu hari Rasulullah s.a.w berkhutbah, lalu baginda bersabda dalam khutbahnya itu: " Andaikan kamu mengetahui sebagaimana yang aku ketahui, ne

:;Blogku yang sunyi sepi::

..Jam dah menunjukkan pukul 2.47 pagi..tapi mata masih belum boleh tidur..kenapa?? sebab banyak sangat kerja yang masih belum dibereskan..semoga Allah permudahkan..Aminn... Dah lama tak update blog ni..kalau update sekalipun, tak ada sesiapa yang singgah sebab tak pernah bagitau sahabat2 lain yang diri ini juga ada blog..malu la..tak pandai nak berblog2 nih..buat ni pun hanya sebagai tempat mpublishkan hasil tulisan yang tak seberapa...lalalala~~ stop dulu lah..nak sambung buat kerja..
“Jika mahu mendapatkan yang soleh, kurangkan agenda menCARI si Soleh, tetapi berusahalah menJADI yang solehah. Jika inginkan yang solehah, janganlah cerewet menCARI yang solehah, tetapi berusahalah menJADI yang soleh. Bertemu yang solehah, solehahnya dia belum tentu kekal. Bertemu yang soleh, solehnya boleh berubah..kerana si soleh dan si solehah adalah insan biasa. Perkahwinan adalah sebahagian daripada proses untuk MENJADI, bukan MENCARI”

Deru Angin Kota Beijing

Pemandangan dari bawah..sebelum memulakan perjalanan menaiki tangga Greatwall.. Jam baru menunjukkan pukul 6.00 pagi, namun, rata-rata penduduk sekitar telah mula keluar untuk memulakan kehidupan harian mereka. Jika di Malaysia, 6.00 pagi adalah waktu untuk menunaikan solat subuh, namun berbeza sekali dengan keadaan di Kota Beijing di mana waktu subuhnya masuk pada pukul 3.06 pagi lagi. Pada mulanya memang agak sukar untuk menyesuaikan diri dalam keadaan begini, namun lama-kelamaan Muiz sudah terbiasa. Muiz mengerling ke arah sahabatnya, Aizat, yang masih nyenyak tidur. Keletihan barangkali, mana tidaknya, seharian mereka berjalan semalam menjelajah Summer Palace atau dalam Bahasa Melayunya lebih dikenali dengan nama Istana Musim Panas. Hari ini, Muiz dan Aizat bercadang untuk ke destinasi lain pula. Destinasi yang amat dinanti-nantikan oleh mereka berdua, tidak lain dan tidak bukan adalah Tembok Besar China yang turut disenaraikan antara tujuh ke

MASIH ADA KASIH…

Sofea sedang bersiap-siap untuk keluar. Baju t-shirt lengan panjang berwarna biru muda disarungkan ke tubuhnya. Rambutnya dikeringkan menggunakan pengering rambut. Kalau diikutkan hati, Sofea memang tidak suka menggunakan pengering rambut kerana akan merosakkan rambutnya yang ikal mayang itu. Namun, disebabakan dia sudah kesuntukkan masa, terpaksa juga dia menggunakan haba yang panas itu untuk mengeringkan rambut. Ini semua gara-gara dia terbasahkan rambutnya ketika mandi sebentar tadi. Rambutnya yang berwarna hitam pekat itu disanggul ringkas. Dia lantas mengambil sehelai pashmina berwarna hitam untuk dililit di kepalanya bagi menutupi mahkota dirinya itu daripada dilihat lelaki yang bukan muhrimnya. Sedikit pelembab bibir dicalitkan dengan kemas di atas bibirnya yang comel itu. Setelah puas hati dengan penampilannya pada pagi itu, Sofea lantas mengambil barang-barangnya di atas katil. Kakinya dihayun menuruni tangga sambil senyuman yang tidak lekan