Skip to main content

Posts

Showing posts from 2015
Assalamualaikum :-) Fuhh~~ Dah bersawang blog ni. Pejam celik pejam celik dah dekat 9 bulan tak update any enty. Kalau preggy ni, mesti tengah tunggu due nak bersalin je..Ahakz..Gurau sikit. Alhamdulillah, ALLAH masih panjangkan usia kita hingga ke hari ini. Untuk apa? Mesti ada sebab kan? Umur ni diberi bukan untuk sia-sia. Bukan juga untuk terus bersuka-suka. DIA beri kita lebih masa untuk terus perbaiki diri, menambah amalan, memperteguhkan iman dan memantapkan taqwa sebelum kita kembali ke pangkuan-NYA. Ingin "pergi" dalam keadaan indah dan diredhai? Maka hidup juga perlulah dalam keadaan indah dan diredhai. Bagaimana? Kerjakan suruhan-NYA dan jauhi larangan-NYA. Inshaa Allah :-) Ok, selama 9 bulan ni bermacam-macam kejadian berlaku. Ada yang baik, ada yang kurang baik. Begitulah perjalanan hidup kita sebagai hamba, ye dak? Terimalah takdir hidup kita dengan hati yang terbuka dan penuh positif. Amboih..dah macam pakar motivasi pulak..kikikiki. Alhamduli

Kita Tidak Pernah Sendirian

Pernahkah anda rasa hidup bersendirian? Tinggal di rumah seorang diri, makan seorang diri, masak seorang diri, beriadah seorang diri, hatta membeli belah juga seorang diri. Anda bersendirian kerana hidup di perantauan atas tuntutan belajar atau pekerjaan. Anda bersendirian bukan kerana tiada kawan atau teman, apatah lagi saudara mara, tetapi anda tetap tinggal sendirian kerana mereka juga punya keluarga sendiri yang menjadi tuntutan utama dalam hidup mereka. Hidup sendirian ini bosan. Tiada warna-warni. Tiada tempat untuk berbual dan bersenda. Tiada tempat untuk meluah masalah dan meminta nasihat. Kita hanya dapat berbual dengan rakan-rakan ketika berjumpa di kelas. Kita dapat bergurau sedikit dengan rakan sekerja ketika waktu rehat di pejabat. Apabila pulang ke rumah, hidup kita kembali sepi. Rumah juga kelihatan suram kerana hanya kita yang mengisi ruang itu. Setiap hari, begitulah rutin kita. Segalanya dilakukan sendirian. Sama ada ketika suka atau duka, ketika senang atau