Skip to main content

Posts

Showing posts from 2010

DIA JODOHKU..

Nurul memandang tepat wajah insan di hadapannya itu. Dia cuba mencari sebuah jawapan. Debaran di hati tidak hilang sedikitpun walaupun telah hampir semua pertanyaan dan persoalan telah dilontarkan. Ahh, mengapa mesti mengunci bibirmu. Keluarkan suaramu. Jawab pertanyaanku. Nurul memprotes di dalam hati. Insan di hadapannya itu hanya tersenyum. Dia mengangkat wajahnya. Nurul cepat-cepat berpaling ke arah lain. Bimbang matanya bertaut dengan mata si jejaka. “Mungkin Nurul jodoh saya,” jawabnya ringkas. “Itu sahaja jawapan saudara?” soal Nurul kerana tidak berpuas hati dengan jawapan seringkas itu. “Ya” Nurul memandang temannya Aina yang sejak tadi membatukan diri. Lagaknya seperti ingin meminta pertolongan. Manalah tahu Aina ada apa-apa soalan yang boleh membuka mulut jejaka ini. Namun, Aina hanya tersenyum. Dia juga kaku berhadapan dengan keadaan ini. Nurul yang dikenalinya seperti berubah serta-merta dalam pertemuan ini. Tiada lagi senyuman manis, tia

25 pesanan luqmanul hakim kepad anak2nya

01 - Hai anakku: ketahuilah, sesungguhnya dunia ini bagaikan lautan yg dalam, banyak manusia yg karam ke dalamnya. Bila engkau ingin selamat, agar jangan karam, layarilah lautan itu dengan SAMPAN yg bernama TAKWA, ISInya ialah IMAN dan LAYARnya adalah TAWAKKAL kepada ALLAH. 02 - orang - orang yg sentiasa menyediakan dirinya utk menerima nasihat, maka dirinya akan mendapat penjagaan dari ALLAH. Orang yg insaf dan sedar setalah menerima nasihat orang lain, dia akan sentiasa menerima kemulian dari ALLAH juga. 03 - Hai anakku; orang yg merasa dirinya hina dan rendah diri dalam beribadat dan taat kpd ALLAH, maka dia tawadduk kepada ALLAH, dia akan lebih dekat kepada ALLAH dan selalu berusaha menghindarkan maksiat kepada ALLAH. 04 - Hai anakku; seandainya ibubapamu marah kepadamu kerana kesilapan yang dilakukanmu, maka marahnya ibubapamu adalah bagaikan baja bagi tanam tanaman. 05 - Jauhkan dirimu dari berh

KISAH SITI FATIMAH PUTERI RASULULLAH

Gembira hatinya, gembiralah Rasulullah s. a. w. Tertitis air matanya, berdukalah baginda. Dialah satu-satunya puteri yang paling dikasihi oleh junjungan Rasul selepas kewafatan isterinya yang paling dicintai, Siti Khadijah. Itulah Siti Fatimah r. a., wanita terkemuka di dunia dan penghuni syurga di akhirat. Bersuamikan Sayyidina Ali bukanlah satu kebanggaan yang menjanjikan kekayaan harta. Ini adalah kerana Sayyidina Ali yang merupakan salah seorang daripada empat sahabat yang sangat rapat dengan Rasulullah s. a. w., merupakan kalangan sahabat yang sangat miskin berbanding dengan yang lain. Namun jauh di sanubari Rasulullah s. a. w. tersimpan perasaan kasih dan sayang yang sangat mendalam terhadapnya. Rasulullah s. a. w. pernah bersabda kepada Sayyidina Ali,"Fatimah lebih kucintai daripada engkau, namun dalam pandanganku engkau lebih mulia daripada dia."(Riwayat Abu Hurairah) Wanita pilihan untuk lelaki pilihan. Fatimah mewarisi akhlak ib

BILA RASULULLAH MENJENGUK KITA

Bayangkan apabila Rasulullah s.a.w dengan izin Allah swt tiba-tiba muncul mengetuk pintu rumah kita. Baginda datang dengan tersenyum dan wajah bersih di depan pintu rumah kita. Apa yang akan kita lakukan?? Pastinya kita sangat berbahagia, memeluk baginda erat-erat dan terus mempersilakan baginda masuk ke ruang tamu kita. Kemudian kita tentunya akan meminta agar Rasulullah sudi menginap beberapa hari di rumah kita. Baginda tentu tersenyum..! Tapi, barangkali kita meminta pula Rasulullah saw menunggu sebentar di depan pintu rumah kita kerana kita teringat video CD bollywood dan Hollywood yang ada di ruang tengah dan kita tergesa-gesa memindahkan dahulu video CD tersebut ke dalam ruang dapur. Baginda tentu tetap tersenyum..! Atau, barangkali kita akan teringat akan lukisan wanita separuh bogel yang kira letakkan di ruang tamu kita, sehingga kita terpaksa jua memindahkannya ke belakang secara tergesa-gesa. Lalu kita menggantungkan di ruang tamu kita k

Kelebihanmu wahai Muslimah...

1. Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayangnya yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah s.a.w. akan hal tersebut, jawab Baginda s.a.w., "Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia". 2. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah s.w.t. mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan 3. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah s.w.t. mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah s.w.t. 4. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya. 5. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan. 6. Apabila semalaman ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Alla

KASIH HAMBA

Di tengah malam yang gelap-gelita, Sunyi sepi keadaan dunia, Bangkit seorang insan daripada lena, Sedang ramai yang masih enak dibuai mimpi dunia.. Malam yang gelita, Menambah ketakutan insan mulia, Bukan takut kepada kegelapan sementara, Tetapi gerun kegelapan kuburnya, Lalu bangkitlah dia untuk menyembah Yang Esa, Tanpa memperdulikan insan lain di sekelilingnya... Tatkala dahi mencecah sejadah, Dada menjadi sebak mengenang segala dosa, Bagaimanakah nasib diri nanti di sana, Syurga atau neraka destinasi terakhirnya?? Tangan diangkat,jari disusun, Penuh ikhlas doa dipohon, Serak suara memohon ampun, Daripada yang Rahman Pencipta Agong.. Ya Allah, Ampunkanlah dosa hambaMu ini, Yang sering leka dengan keseronokkan dunia. Hingga melalaikan aku dari mengingatiMu, Kurniakanlah kasihMu,cintaMu dan rahmatMu kepadaku, Agar aku bisa melawan segala permainan dunia, Dan meningkatkan kecintaanku hanya padaMu, Janganlah Kau biarkan aku menggunakan kelembutan y