“Dan antara tanda-tanda kekuasaan-NYA adalah DIA menciptakan isteri-isteri daripada kalangan kamu sendiri supaya kamu dapat hidup tenang bersama mereka dan diadakan-NYA cinta kasih sayang antara kamu. Sungguh, dalam yang demikian ada tanda-tanda bagi orang yang menggunakan fikiran.” (Surah Ar-Rum, ayat 21)
Assalamualaikum..
Alhamdulillah, cuti semester sudah pun bermula. Tapi sayang, Cik Cahaya dan sahabat-sahabat yang tengah berLatihan Industri sekarang ini tidak berpeluang bercuti seperti teman-teman yang lain.
Selepas tamatnya semester 2011/2012 ni, ramai jugalah sahabat Cik Cahaya yang memulakan fasa baru dalam kehidupan mereka.. Ada yang sudah mula melangkah ke alam pekerjaan yang sebenar, ada yang sedang berkira-kira menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi, dan tak kurang, ada juga yang dalam perancangan untuk bertunang dan mendirikan rumah tangga. Alhamdulillah, semoga Allah permudahkan urusan kita semua..Amiinn.
Apabila sebut tentang baitul muslim ni, Cik Cahaya teringat kepada salah seorang sahabat yang baru sahaja selamat diijabkabulkan dengan pasangannya pada 24 Jun yang lepas..Tahniah sahabatku, Noor Azizah Abu Samah dan saudara Hazim Mohd Noh. Moga mahligai yang baru dibina akan kekal hingga ke syurga.. ^_^
Baraka allahu lakuma Wa Baraka alaikuma Wa jama’a bainakuma fi khair
So, di sini, Cik Cahaya nak share sedikit tips dalam pemilihan calon suami dan isteri. Tips ni Cik Cahaya ambil daripada buku kat bawah ni…
Selamat membaca..
Pemilihan calon suami dan isteri
Ciri-ciri bakal suami
1. Orang yang beriman dan bertaqwa kepada Allah
2. Mempunyai rasa tanggungjawab yang tinggi kepada semua perkara.
3. Berakhlak terpuji.
4. Memiliki ilmu agama yang membimbing ke arah kebaikan.
5. Tidak mempunyai penyakit seperti gila dan sebagainya.
6. Orang yang rajin berusaha demi kebaikan rumah tangga.
Ciri-ciri bakal isteri
1. Orang yang beriman kepada Allah
2. Mengamalkan perwatakan wanita solehah.
3. Rupa paras yang bersih dan elok.
4. Berakhlak dengan akhlak-akhlak terpuji sebagai muslimah sejati
5. Tidak menetapkan mas kahwin yang tinggi.
6. Wanita yang boleh melahirkan zuriat iaitu tidak disahkan mandul.
7. Masih dara sekiranya belum pernah berkahwin.
8. Bukan kaum kerabat terdekat.
So, kepada sahabat-sahabat muslimat sekalian, jadikanlah diri kita sebagai calon isteri pilihan kepada lelaki yang beriman. Persiapkan diri ya!
Ciri-ciri wanita solehah.
1. Mencintai Allah dan Rasulullah melebihi segala-galanya.
2. Menutup aurat mengikut tuntutan syarak ketika bersama bukan mahramnya.
3. Menghiaskan diri hanya sekadar perlu ataupun untuk suami sahaja.
4. Berkelakuan dengan akhlak baik atau mulia.
5. Bermusafir hanya sesama wanita ataupun bersama lelaki dewasa lain yang ditemani oleh mahramnya.
6. Sering membantu suami dalam perkara kebenaran, kebajikan dan bertaqwa kepada Allah.
7. Berbuat baik kepada ibubapa.
8. Sentiasa bersedekah.
9. Tidak berkhalwat (berdua-duaan) dengan lelaki bukan mahram.
10. Berbuat baik kepada jiran tetangga.
11. Taat kepada suami.
Moga Allah bimbing hati kita untuk terus berusaha menjadi wanita solehah yang amat-amat DIA kasihi..
Wallahu’alam..
Aip...akak dah terbau nasi minyak lar...hehe..
ReplyDeletebau nasi minyak jijah tu kak..
Deletejap, kak aurora islam ni siapa ya..
maaf..jangan marah ^_^
always take a good care dear ukhti.. miss you because of Allah.. :-)
ReplyDeleteinsyaAllah :)
Deleteyou too my dear..
bila lagi giliran anda? hihi.
ReplyDeleteBila tiba masanya..insyaAllah :)
ReplyDelete