Skip to main content

~Kerana Kita SAHABAT~

Assalamualaikum dan salam sayang buat semua student 3rd year foodtech, dan juga buat mereka yang bergelar sahabat..

Sahabat kepada insan bernama Nurul Farhana.

Hari ini, Selasa, tanggal 27/12/11, jam 6.51pm, cebisan ini dinukilkan khas buat kamu, sahabat saya.

Nukilan ini bukannya apa-apa..sekadar suka-suka. Yelah, tadi masa tengah study (konon2nya rajin study), tiba-tiba teringat pada korang semua. Mesti tengah study juga kan? Bagus2..teruskan kerajinan nak study tu ^_^

Emm..pejam celik pejam celik, dah dekat dua tahun setengah kita bersama-sama kan? Susah senang, suka duka, pahit manis, tawa mahupun tangis, telah berjaya kita redahi. Alhamdulillah.. sekarang, tinggal final exam untuk sem ni yang bakal menjelma kurang seminggu dari sekarang. Semoga Allah memberi kemudahan dan ketenangan kepada kita semua untuk menghadapi imtihan dunia ni. Dan, semoga Allah mengurniakan kejayaan yang cemerlang kepada kita semua..Amiinn..

Sedar tak sedar juga, banyak pengalaman yang cik cahaya (guna nama fb) dapat ketika bersama dengan anda-anda semua. Hah, cakap fasal nama fb, cik cahaya tau ramai yang asyik keliru kan, asyik bertukar2, yang pelik-pelik pula tu, termasuklah nama ni >>CIK CAHAYA<< Maaf..memang sengaja pun..Rasa seronok guna nama ni..sebab rasa macam diri bercahaya-cahaya gituu..hihi.. (Well done to kak Kristina Migawati yg sentiasa dapat cam sy w/p guna nama yang pelik2). Tak apa, lepas ni nama di fb akan terus dikekalkan dengan nama sebenar bagi memudahkan korang semua mencari saya (perasan glamer di situ). ^_^

Okey, back to our story, sem 5 ni rasa macam terlalu singkat sebenarnya, kan? Ke saya je yang rasa macam tu? Apa-apa pun, semuanya dah selamat dihadapi..macam yang tertulis di atas, tinggal final exam je lagi. Tapi..sebelum menempuh final exam, macam biasa, kita perlu terlebih dahulu menempuh satu minggu yang sangat mencabar, STUDY WEEK…Mencabar tu bukan fasal kena study sangat..Tapi lebih kepada berperang dengan mata..Antara tidur dan membaca. Antara korea dan nota. Antara malas dan rajin..Ya tidak?  (Hah..tu mesti ada yang tengah senyum-senyum kan, lebih2 lagi bila sebut fasal korea. Internet yang dulu macam siput pun dan bergerak laju macam keretapi. So, download la byk2 ^_^ )

So, nak bagi PESANAN!!

ANDA-ANDA SEMUA, SILALAH STUDY..DAN JANGAN LUPA AJAK SAYA SEKALI. Sebab yang menulis ni pun ‘teramat rajin’ nak study hari-hari..

Kenapa pesanan khas ini ditujukan kepada kamu2 semua?

Kerana kita sahabat

Kita kena saling menasihati,

Kita kena saling mengingatkan,

Kita kena saling bantu membantu,

Untuk perkara kebaikan tentunya,

Dan untuk perkara yang membawa kepada kecemerlangan semestinya.

Kerana kita sahabat..

Ada pesanan dari hati ingin saya titipkan.

~Jika lihat saya jatuh, tariklah saya kembali. Agar kita dapat sama-sama mengejar syurga Firdausi~
Ingat ya pesanan tu..Mulai sekarang, hingga ke denyutan nadi terakhir. Jangan biar saya jauh dari PENCIPTA. Kerana saya mahu bersama kalian di sana. Bersama bergandingan di taman syurga. Berdampingan dengan Rasulullah tercinta. Dan para syuhada kebanggaan agama.

Bunga mawar harum baunya,
Mekar indah menghias laman,
Bersamalah kita mengapai redhaNYA,
Semoga mendapat syurga idaman.

Okeylah, sebelum berhenti menaip, saya dengan penuh rasa rendah hati ingin memohon maaf kepada sahabat2 semua. Mungkin tanpa sedar saya ada mengecilkan hati, mengguris hati, melonjongkan hati, mahupun melukakan hati sahabat2 semua. Minta maaf ya!

Akhir kata,

All the best untuk final exam..

~Berusahalah kerana usaha itu yang akan dinilai Allah~

~Tawakal yang sebenar adalah dimulakan dengan usaha, disulami dengan doa, dan dikuatkan dengan keyakinan kepada pertolongan Allah~

~Orang yang hanya mengharapkan takdir semata-mata, tanpa usaha, bukanlah orang yang pasrah sebenarnya..tetapi orang yang malas~

Sayang kamu semua kerana Allah ^_^

Wallahua'lam 







Comments

  1. ok pic ak 2 je =='

    btw, gudluck jugak nana.
    insyaALLAH mendapat keberkatan.

    janeeeeee~

    ReplyDelete
  2. thanks dear..*im touch;(*
    minta maaf jg ats sgala ksilapan & kelemahan diri..moga sama2 kita dpt mdpt kejayaan dunia & akhirat serta mngejar cinta hakiki & syurgaNya..insyaAllah..

    ReplyDelete
  3. indah santun gadis jelita
    menimbul gundah aduka dermawan
    jari disusun maaf dipinta
    moga ukhwah kekal berzaman

    mohon ampun n maaf gak nana...
    thanks 4 everything... doakan kejayaan kita bersama ye^^
    insyaAllah...

    ReplyDelete
  4. INSYAALLAH SEMOGA BERJAYA DLM APA JUA YG KITA HAJATKAN...INGAT UMAT ISLAM SENTIASA BOLEH!KITA ADA TUHAN MAHA KUASA DAN DOA SEBAGAI SENJATA...DOAKAN SEMUA BERJAYA DGN CEMERLANG DAN GEMILANG INSYAALLAH...AMIN AMIN YA ROBBAL AL AMIN (sambil menadahkan tangan ke langit luas terbentang dan menghadap alam ciptaan Ilahi):)

    ReplyDelete
  5. comment ak x msk ea???/.....aiekkk..pelik...huhu

    ReplyDelete
  6. xpe laa...ak comment blk,hehe....tp x ingt doh menda ak tls td,huhu...

    INSYAALLAH DOAKAN SEMUA BERJAYA DGN CEMERLANG DAN GEMILANG AMIN AMIN YA ROBBAL AL AMIN.INGAT SELALU YG UMAT ISLAM SENTIASA BOLEH!!!KITA ADA TUHAN MAHA KUASA DAN DOA SEBAGAI SENJATA!!!(sambil menadah tangan ke langit sambil memuji keindahan alam ciptaan ILLAHI)...:)

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Assalamualaikum :-) Fuhh~~ Dah bersawang blog ni. Pejam celik pejam celik dah dekat 9 bulan tak update any enty. Kalau preggy ni, mesti tengah tunggu due nak bersalin je..Ahakz..Gurau sikit. Alhamdulillah, ALLAH masih panjangkan usia kita hingga ke hari ini. Untuk apa? Mesti ada sebab kan? Umur ni diberi bukan untuk sia-sia. Bukan juga untuk terus bersuka-suka. DIA beri kita lebih masa untuk terus perbaiki diri, menambah amalan, memperteguhkan iman dan memantapkan taqwa sebelum kita kembali ke pangkuan-NYA. Ingin "pergi" dalam keadaan indah dan diredhai? Maka hidup juga perlulah dalam keadaan indah dan diredhai. Bagaimana? Kerjakan suruhan-NYA dan jauhi larangan-NYA. Inshaa Allah :-) Ok, selama 9 bulan ni bermacam-macam kejadian berlaku. Ada yang baik, ada yang kurang baik. Begitulah perjalanan hidup kita sebagai hamba, ye dak? Terimalah takdir hidup kita dengan hati yang terbuka dan penuh positif. Amboih..dah macam pakar motivasi pulak..kikikiki. Alhamduli...

::Persiapkan Diri::

“Dan antara tanda-tanda kekuasaan-NYA adalah DIA menciptakan isteri-isteri daripada kalangan kamu sendiri supaya kamu dapat hidup tenang bersama mereka dan diadakan-NYA cinta kasih sayang antara kamu. Sungguh, dalam yang demikian ada tanda-tanda bagi orang yang menggunakan fikiran.” (Surah Ar-Rum, ayat 21) Assalamualaikum.. Alhamdulillah, cuti semester sudah pun bermula. Tapi sayang, Cik Cahaya dan sahabat-sahabat yang tengah berLatihan Industri sekarang ini tidak berpeluang bercuti seperti teman-teman yang lain. Selepas tamatnya semester 2011/2012 ni,  ramai jugalah sahabat Cik Cahaya yang memulakan fasa baru dalam kehidupan mereka.. Ada yang sudah mula melangkah ke alam pekerjaan yang sebenar, ada yang sedang berkira-kira menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi, dan tak kurang, ada juga yang dalam perancangan untuk bertunang dan mendirikan rumah tangga. Alhamdulillah, semoga Allah permudahkan urusan kita semua..Amiinn. Apabila sebut tentang baitul muslim ni, Cik C...