Skip to main content

Secebis Kata


"Aku mengamati semua sahabat dan tidak menemukan sahabat yang lebih baik daripada menjaga lidah. Aku memikirkan tentang semua pakaian, tetapi tidak menemukan pakaian yang lebih baik daripada taqwa. Aku merenungkan tentang segala jenis amal baik, namun tidak mendapatkan yang lebih baik daripada memberi nasihat baik. Aku mencari segala bentuk rezeki, tapi tidak menemukan rezeki yang lebih baik daripada sabar"
(Khalifah Umar Al-Khattab)


Manusia ini sifatnya pelupa. Oleh sebab itu perlu sentiasa dinasihatkan, diingatkan, ditegur dan diperbetulkan. Tidak kisahlah kita ini siapa, kita tetap insan biasa yang tidak dapat lari daripada melakukan kesalahan dan kesilapan.

"Tidak ada insan suci yang tidak mempunyai masa lampau, dan tidak ada insan berdosa yang tidak mempunyai masa depan"

Sahabat..masa lampau itu biarkan terus berlalu. Pandanglah ke depan. Mulakan langkah yang baru. Jangan persiakan usia mudamu dengan sesuatu yang tidak bermanfaat. Usia muda tidak boleh dipersia. Sebaliknya, mesti digunakan dengan sebaiknya. Kita tidak perlu menunggu sampai ke usia tua untuk menjadi insan yang berguna bukan?

Sampaikanlah walau hanya sedikit kebaikan, mungkin ia mampu mengubah hati yang masih punya iman.

Kita hanya mampu berusaha, DIA yang berhak menentukan segalanya.

Berbahagialah, kerana kita masih diberikan hayat untuk berbuat baik.

Moga Allah Redha. Wallahua'lam

Comments

Popular posts from this blog

Assalamualaikum :-) Fuhh~~ Dah bersawang blog ni. Pejam celik pejam celik dah dekat 9 bulan tak update any enty. Kalau preggy ni, mesti tengah tunggu due nak bersalin je..Ahakz..Gurau sikit. Alhamdulillah, ALLAH masih panjangkan usia kita hingga ke hari ini. Untuk apa? Mesti ada sebab kan? Umur ni diberi bukan untuk sia-sia. Bukan juga untuk terus bersuka-suka. DIA beri kita lebih masa untuk terus perbaiki diri, menambah amalan, memperteguhkan iman dan memantapkan taqwa sebelum kita kembali ke pangkuan-NYA. Ingin "pergi" dalam keadaan indah dan diredhai? Maka hidup juga perlulah dalam keadaan indah dan diredhai. Bagaimana? Kerjakan suruhan-NYA dan jauhi larangan-NYA. Inshaa Allah :-) Ok, selama 9 bulan ni bermacam-macam kejadian berlaku. Ada yang baik, ada yang kurang baik. Begitulah perjalanan hidup kita sebagai hamba, ye dak? Terimalah takdir hidup kita dengan hati yang terbuka dan penuh positif. Amboih..dah macam pakar motivasi pulak..kikikiki. Alhamduli...

Bahagiakan Diri Dengan Kebahagiaan Orang Lain

Pernah terjadi tak, Ada satu masa, kita nak ceritakan masalah kita pada seseorang. Nak luahkan perasaan sedih kita. Nak menangis dan meminta nasihat dia. Tapi, belum sempat kita buka mulut, orang tersebut terlebih dahulu menceritakan masalah dia. Terlebih dahulu meluahkan perasaan sedih dan meminta kita menasihati dia. Pernah terjadi tak? Apa tindakan kita ketika itu? Terus meminjamkan telinga untuk mendengar masalah dia,walaupun ketika itu hati kita sendiri sedang terluka,  atau terus berkata "aku pun ada masalah!" dan membiarkan orang itu terus bersendirian menanggung kesedihan? #MUHASABAH# Ketika kita rasa kita lah yang paling sedih, paling terluka, paling lemah, paling sakit..saat itu ALLAH hadirkan orang lain kepada kita, agar kita sedar bahawa ada orang lain yang lebih sakit, lebih terluka, lebih lemah dan lebih sakit daripada kita. Ketika kita rasa kita lah yang paling susah, ALLAH temukan kita dengan orang lain yang lebih susah daripada kita. Mengapa? Kera...

UJIAN YANG BERBEZA

Tidak percaya dengan kewujudan Tuhan. Tidak percaya dengan takdir. Hanya percaya kepada kemampuan sendiri. Persekitarannya yang dulu menjadikannya begitu. Dia tidak beragama. Dia free thinker. Dia hanya yakin dengan sains. Dia sering mengaju soalan yang menghimpit. Yang sering buat aku tersepit. Dia mengaju soalan logik akal. Tapi aku belum bijaksana menjawab dengan logik akal. Ahh, itu silap sendiri tidak mahu menuntut ilmu. Terkadang aku terfikir, mengapa aku yang diletak di situ. Mengapa aku yang didesak begini. Mengapa aku? Lalu hati berbisik..Tidakkah engkau yakin dengan takdir Tuhanmu? Adakah kau mahu mempersoalkan ketentuan-NYA? Adakah engkau lebih tahu lebih daripada apa yang DIA tahu? Apa hakmu terhadap dirimu? JAWAB! Kolam mata pecah. Aku tidak mempu menahannya lagi. Aku lemah. Aku tidak sekuat yang mereka nampak. Aku tidak sehebat yang mereka lihat. Aku adalah aku. Aku yang penuh kelemahan. Aku yang penuh kekurangan. Aku yang masih bertatih mengejar hi...