Skip to main content

Kagum Dengan Dia

Assalamualaikum.

Alhamdulillah, hari ini sudah masuk hari ke-14 umat Islam berpuasa.
Sudah berada di pertengahan fasa kedua Ramadhan.
Dan, hanya tinggal beberapa belas hari sahaja untuk melabuhkan tirainya.
Sungguh cepat masa berlalu, kan?
So, mari sama-sama koreksi diri.
Selama 14 hari ini, adakah sudah kita lalui dengan penuh kualiti?
Atau sekadar berlapar perut tanpa momentum memacu peningkatan darjat di sisi Illahi?

Bagaimana dengan kualiti solat fardhu?
Bagaimana dengan ketekunan amalan sunat?
Bagaimana pula dengan tadarus dan tilawah kita?
Sudah diperbaiki? Sedang diperbaiki? Atau masih di takuk lama?

Bila saya soal begitu, tidaklah bermakna apa yang saya lakukan sudah sempurna.
Bukan juga bermakna saya mahu mendabik dada.
Jauh sekali ingin mengajar anda semua.
Tapi, lebih kepada ingin MENGAJAK sesama saudara.
Jom! Awak dan saya.
Kita sama-sama koreksi diri. Sama-sama perbaiki peribadi. Kerna kita sama-sama mahu menuju firdausi ^_^

Hari ini sudah hari ke 135 saya dan kawan-kawan ber'kampung' di Deligateaux. Dan..jeng..jeng..jeng..hanya tinggal 7 hari sahaja lagi kami di sini untuk habiskan latihan industri. Yahuuu!!! Tak sabar nak habis :)
So, sisa-sisa hari yang tinggal ni, kami manfaatkan sepenuhnya untuk siapkan report. And the best part is, I've DONE!! Alhamdulillah.. (Terima kasih juga kepada SV dan kawan-kawan yang banyak membantu)

Hari ini, Allah izinkan saya melihat satu pemandangan yang cukup indah. Subhanallah. Alhamdulillah. Allahu akbar. Hanya kepada DIA puji-pujian dikembalikan. Walaupun pada sesetengah orang, apa yang saya lihat ini adalah perkara biasa, tapi, pada saya, ia tetap indah. 

"Saya nampak bos saya baca al-Quran dalam bilik dia"

Perkara biasa sahaja kan? Tetapi, kadang-kadang ia menjadi sangat indah dan..sangat indah ^^
Salah satu contoh yang sangat baik buat pekerja-pekerja, tidak terkecuali kami yang berpraktikal ni.
Syabas Datin, kami kagum dengan Datin..

Izzati kata "Sayang bos saya sangat2!!"
Umi pula kata "I'm so proud to be one of deligateauxian!! Sayang gile dengan datin nih..rasa macam nak nangis"
&
Farhana kata "Love you Datin, lillahi taala..Moga dilimpahi rahmat-NYA"

Kesimpulannya,

Biar sesiapa pun kita.
Biar setinggi mana pun kejayaan kita.
Kita tetap manusia biasa
Tanpa DIA, kita tidak akan punya apa-apa.

Moga Ramadhan kali ini tidak akan kita sia-siakan

Moga Allah Redha. 

Wallahua'lam

Comments

Popular posts from this blog

~Kerana Kita SAHABAT~

Assalamualaikum dan salam sayang buat semua student 3 rd year foodtech, dan juga buat mereka yang bergelar sahabat.. Sahabat kepada insan bernama Nurul Farhana. Hari ini, Selasa, tanggal 27/12/11, jam 6.51pm, cebisan ini dinukilkan khas buat kamu, sahabat saya. Nukilan ini bukannya apa-apa..sekadar suka-suka. Yelah, tadi masa tengah study (konon2nya rajin study), tiba-tiba teringat pada korang semua. Mesti tengah study juga kan? Bagus2..teruskan kerajinan nak study tu ^_^ Emm..pejam celik pejam celik, dah dekat dua tahun setengah kita bersama-sama kan? Susah senang, suka duka, pahit manis, tawa mahupun tangis, telah berjaya kita redahi. Alhamdulillah.. sekarang, tinggal final exam untuk sem ni yang bakal menjelma kurang seminggu dari sekarang. Semoga Allah memberi kemudahan dan ketenangan kepada kita semua untuk menghadapi imtihan dunia ni. Dan, semoga Allah mengurniakan kejayaan yang cemerlang kepada kita semua..Amiinn.. Sedar tak sedar juga, banyak pengalaman yang cik cahaya (g...
Assalamualaikum :-) Fuhh~~ Dah bersawang blog ni. Pejam celik pejam celik dah dekat 9 bulan tak update any enty. Kalau preggy ni, mesti tengah tunggu due nak bersalin je..Ahakz..Gurau sikit. Alhamdulillah, ALLAH masih panjangkan usia kita hingga ke hari ini. Untuk apa? Mesti ada sebab kan? Umur ni diberi bukan untuk sia-sia. Bukan juga untuk terus bersuka-suka. DIA beri kita lebih masa untuk terus perbaiki diri, menambah amalan, memperteguhkan iman dan memantapkan taqwa sebelum kita kembali ke pangkuan-NYA. Ingin "pergi" dalam keadaan indah dan diredhai? Maka hidup juga perlulah dalam keadaan indah dan diredhai. Bagaimana? Kerjakan suruhan-NYA dan jauhi larangan-NYA. Inshaa Allah :-) Ok, selama 9 bulan ni bermacam-macam kejadian berlaku. Ada yang baik, ada yang kurang baik. Begitulah perjalanan hidup kita sebagai hamba, ye dak? Terimalah takdir hidup kita dengan hati yang terbuka dan penuh positif. Amboih..dah macam pakar motivasi pulak..kikikiki. Alhamduli...

::Persiapkan Diri::

“Dan antara tanda-tanda kekuasaan-NYA adalah DIA menciptakan isteri-isteri daripada kalangan kamu sendiri supaya kamu dapat hidup tenang bersama mereka dan diadakan-NYA cinta kasih sayang antara kamu. Sungguh, dalam yang demikian ada tanda-tanda bagi orang yang menggunakan fikiran.” (Surah Ar-Rum, ayat 21) Assalamualaikum.. Alhamdulillah, cuti semester sudah pun bermula. Tapi sayang, Cik Cahaya dan sahabat-sahabat yang tengah berLatihan Industri sekarang ini tidak berpeluang bercuti seperti teman-teman yang lain. Selepas tamatnya semester 2011/2012 ni,  ramai jugalah sahabat Cik Cahaya yang memulakan fasa baru dalam kehidupan mereka.. Ada yang sudah mula melangkah ke alam pekerjaan yang sebenar, ada yang sedang berkira-kira menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi, dan tak kurang, ada juga yang dalam perancangan untuk bertunang dan mendirikan rumah tangga. Alhamdulillah, semoga Allah permudahkan urusan kita semua..Amiinn. Apabila sebut tentang baitul muslim ni, Cik C...