Skip to main content

Lumrah Alam

Assalamualaikum..

Alhamdulillah sudah masuk hari ke-21 Ramadhan. Bersyukur sangat-sangat kerana Allah masih panjangkan usia hingga ke saat ini. Moga-moga baki umur yang masih bersisa entah berapa lama ini dapat dimanfaatkan dengan sebaiknya bagi mengumpul bekalan sebelum kembali menemui-NYA nanti. Amiinn.

Perasan atau tidak, boleh dikatakan semua perkara dalam dunia ini ada yang berpasangan dan ada pula yang berlawanan. Sebagaimana lelaki pasangannya perempuan, malam pasangannya siang, begitu juga baik lawannya buruk, hidup lawannya mati.

Hidup lawannya mati.

Perkara itu yang ingin diperkatakan kali ini.

Manusia ini, ramainya yang gemar benar berbicara tentang hidup semata-mata, tanpa berfikir langsung soal mati. Bila sebut sahaja perkara yang berkaitan hidup, atau dunia dalam kata lainnya, kebanyakkan kita ini akan semangat bukan main. “Aku dah plan itu dan itu untuk masa depan aku” “Aku nak kumpul duit banyak-banyak, dah tua nanti senang” “Aku nak beli rumah besar, kereta mewah..” dan tidak kurang pula ada yang tidak segan melaungkan ‘Hidup cuma sekali, jadi kita enjoy!”

See? Tahu pula hidup cuma sekali, tapi kenapa mahu isinya dengan sesuatu yang sia-sia semata? 

Berbaloikah? Berbaloikah enjoy di dunia tetapi sengsara di sana? Berbaloikah bahagia di dunia tetapi meratap tangis di sana? Sekali lagi, berbaloikah kita kaya di sini tapi papa di sana?

Yang kita mahukan adalah GEMBIRA DI SINI dan BAHAGIA DI SANA. Dua-dua kita mahu. Dua-dua kita kena dapat. Enjoy di dunia, enjoy juga di akhirat! Tapi, bukan senang bukan? So, pay now and play later, okey? ^_^

Bercakap perihal mati, ramai juga antara kita yang akan berkerut-kerut. Tak kurang yang kurang selesa. Mengapa? Adakah kerana sayang untuk meninggalkan segala harta dan kesenangan dunia? “Rileks la bro, apahal nak cakap soal mati-mati ni?” “Mati? Stop it!” “Kau ni tak ada perkara lain ke nak cakap selain mati?”

Pernahkah terdengar ayat seperti itu?

Nau’zubillah. Moga Allah memberikan hidayah kepada kita semua.

Lumrah alam, semua yang hidup pasti akan mati. Tak kira kita ni lari sejauh mana sekalipun, malaikat maut pasti akan datang menemui kita. Tanpa ada penangguhan walau sesaat. Nyawa kita akan diambil semula oleh PEMILIKNYA. Jadi, sudahkah kita bersedia?

“Dan (tiap-tiap) makhluk yang bernyawa tidak akan mati melainkan dengan izin Allah, iaitu ketetapan (ajal) yang tertentu masanya (yang telah ditetapkan oleh Allah). Dan (dengan yang demikian) sesiapa yang menghendaki balasan dunia, Kami berikan bahagiannya dari balasan dunia itu, dan sesiapa yang menghendaki balasan akhirat, Kami berikan bahagiannya dari balasan akhirat itu ; dan Kami pula akan beri balasan pahala kepada orang-orang yang bersyukur.” (Al-Imran, ayat 145)

“Allah memegang nyawa (seseorang) pada saat kematiannya dan nyawa (seseorang) yang belum mati ketika dia tidur, maka DIA tahan nyawa (orang) yang telah DIA tetapkan kematiannya dan DIA lepaskan nyawa yang lain sampai waktu yang ditentukan” (Az-Zumar , ayat 42)

Bila kita kata ingat mati, bukanlah bermakna lupakan dunia terus. Jangan terlalu obses ya..Jangan sempitkan fikiran dan akal tu. Sebaliknya, kita perlulah bijak mempergunakan dunia ini untuk mendapatkan akhirat. Bukannya dipergunakan oleh dunia. Ada beza tu, ya tidak?

Pada saya, tak salah nak cari kekayaan, tak salah nak kumpul harta bertimbun, tak salah nak jadi orang hebat, tak salah nak pakai kereta mewah, dan tak salah nak beli rumah besar.  As long as awak tak buat perkara yang menyalahi hukum Allah, mahupun yang bertentangan dengan suruhan DIA. Harta yang bertimbun tu, kan boleh didermakan. Duit berkepuk-kepuk dalam bank tu, boleh digunakan untuk membantu orang yang memerlukan. Kereta mewah dan rumah besar tu,boleh membuktikan orang Islam yang mengamalkan syariat Allah dengan sepenuhnya juga mampu menjadi hebat, bukan? Tak perlu rasuah, tak perlu riba.

Apa yang penting, kita tahu kedudukan kita.

Kita ini HAMBA DIA.

Dan selamanya memegang title itu.

Biarpun dalam kalangan manusia kita ini hebat, tapi kita perlu sentiasa sedar yang kita ini sungguh hina bila berhadapan dengan DIA.

Yang membezakan kita hanya nilai TAQWA.

Justeru, nasihat saya kepada diri sendiri terutama sekali,

Sentiasalah ingat tentang kematian. Berusahalah membuat persiapan yang lengkap. Kerna pastinya kita ingin bangun bertemu dengan dia dalam keadaan yang baik dan indah bukan?

 “Tiap-tiap yang bernyawa pasti merasai mati, dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan sempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke syurga maka sesungguhnya ia telah berjaya. Dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi segala kemewahan dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya.” (Al-Imran, ayat 185)

Ingat mati bukan takut mati. Ingat mati, akan berusaha mengumpul bekalan. Takut mati, duk menggigil sorang-sorang tanpa buat apa-apa. Tak nak macam tu!

Ya Allah, tunjukilah kami jalan yang lurus. Hidup dan matikan kami dalam keadaan beriman kepada-MU.

Ya Rahman, jangan Kau hinakan kami di dunia mahupun di akhirat. Tutupkanlah keaiban kami di dunia dan akhirat.

Ya Robbi..ampuni kami.ampuni kami..ampuni kami..

p/s :  Catatan di atas hanyalah teguran dan peringatan kepada diri sendiri yang seringkali terleka dengan dunia.  Jika ada yang baik, manfaatkanlah..Yang buruk, harap dimaafkan..

Wallahua’lam

Moga Allah redha

Comments

Popular posts from this blog

~Kerana Kita SAHABAT~

Assalamualaikum dan salam sayang buat semua student 3 rd year foodtech, dan juga buat mereka yang bergelar sahabat.. Sahabat kepada insan bernama Nurul Farhana. Hari ini, Selasa, tanggal 27/12/11, jam 6.51pm, cebisan ini dinukilkan khas buat kamu, sahabat saya. Nukilan ini bukannya apa-apa..sekadar suka-suka. Yelah, tadi masa tengah study (konon2nya rajin study), tiba-tiba teringat pada korang semua. Mesti tengah study juga kan? Bagus2..teruskan kerajinan nak study tu ^_^ Emm..pejam celik pejam celik, dah dekat dua tahun setengah kita bersama-sama kan? Susah senang, suka duka, pahit manis, tawa mahupun tangis, telah berjaya kita redahi. Alhamdulillah.. sekarang, tinggal final exam untuk sem ni yang bakal menjelma kurang seminggu dari sekarang. Semoga Allah memberi kemudahan dan ketenangan kepada kita semua untuk menghadapi imtihan dunia ni. Dan, semoga Allah mengurniakan kejayaan yang cemerlang kepada kita semua..Amiinn.. Sedar tak sedar juga, banyak pengalaman yang cik cahaya (g...

[Lirik : Warkah Cinta Berbau Syurga]

Sebuah jiwa terbentang seluas Sahara Tersimpan sejuta rasa cinta dan kecewa Setiap untai kata yang termaktub Sudah menjadi warkah cinta berbau syurga Simpanan batinku hampir terbelah Tidak berhimpun dua cinta dalam satu jiwa Antara iman dan nafsu aku berjuang Meraih mahkota cinta dari syurga Chorus: Biar beribu parut luka menghiris kalbu Hanya keikhlasan cinta menjadi penawar Sekalipun diriku terbuang di mata insan Engkau Maha mengerti kekalnya cinta ku ini Izinkan aku meniti diatas hamparan syurgamu Bila saat ku pergi biarlah cintaku tetap di situ [Selama-lamanya kelembutan   takkan pernah tewas dengan kekerasan] [Ulang Chorus] Cintaku ini... Lagu: Bazli Unic Lirik: Ustaz A.Ubaidillah Alias Studio Rakaman : Unic Terbitan: Al-Kahfi Pictures Sdn.Bhd. Entah kenapa Cik Cahaya suka sangat dengan lirik lagu ini..First time dengar terus jatuh cinta gituu..Lagu ni, pada Cik Cahaya mempunyai makna yang s...

Bahagiakan Diri Dengan Kebahagiaan Orang Lain

Pernah terjadi tak, Ada satu masa, kita nak ceritakan masalah kita pada seseorang. Nak luahkan perasaan sedih kita. Nak menangis dan meminta nasihat dia. Tapi, belum sempat kita buka mulut, orang tersebut terlebih dahulu menceritakan masalah dia. Terlebih dahulu meluahkan perasaan sedih dan meminta kita menasihati dia. Pernah terjadi tak? Apa tindakan kita ketika itu? Terus meminjamkan telinga untuk mendengar masalah dia,walaupun ketika itu hati kita sendiri sedang terluka,  atau terus berkata "aku pun ada masalah!" dan membiarkan orang itu terus bersendirian menanggung kesedihan? #MUHASABAH# Ketika kita rasa kita lah yang paling sedih, paling terluka, paling lemah, paling sakit..saat itu ALLAH hadirkan orang lain kepada kita, agar kita sedar bahawa ada orang lain yang lebih sakit, lebih terluka, lebih lemah dan lebih sakit daripada kita. Ketika kita rasa kita lah yang paling susah, ALLAH temukan kita dengan orang lain yang lebih susah daripada kita. Mengapa? Kera...