Skip to main content

Tugas Kita

Nyawa

Salah satu amanah ALLAH kepada kita. Untuk dijaga dan dipelihara dengan sebaiknya.
Justeru, hargailah kesempatan yang masih ALLAH berikan. Gunakan dengan sebaiknya. Penuhi dengan selayaknya.
Kita dihidupkan di dunia ini bukan untuk saja-saja..bukan untuk sia-sia..bukan untuk suka-suka. Tapi ada misi dan tanggungjawab yang perlu dilaksana.

"AKU tidak menciptakan jin dan manusia melainkan agar mereka beribadah kepada-KU." (Az-Zariyat, ayat 56)

"Dan DIA lah yang menjadikan kamu sebagai khalifah-khalifah di bumi dan DIA mengangkat (darjat) sebahagian kamu di atas yang lain......" (Al-An'am ayat 165)

Nah! ALLAH telah nyatakan dua peranan kita di dunia secara terang dan jelas dalam Kalam suci-NYA. Sebagai hamba (beribadah kepada-NYA) dan sebagai khalifah untuk menyebarkan syiar agama tauhid ini. Adakah kita masih ragu-ragu? Atau masih mahu buat tidak tahu?

Ibadah..bukan dalam masjid sahaja. Bukan di atas sejadah semata. Jangan disempitkan sesuatu yang luas. Jangan disusahkan sesuatu yang mudah.

IBADAH itu luas dan mudah definisinya.

Makan itu ibadah.
Mandi itu ibadah
Belajar itu ibadah
Malah, tidur juga boleh menjadi ibadah.

Yang penting, tunjangkan semuanya kepada ALLAH.
Niat seikhlasnya kerana DIA.

Makan = Tenaga = Ibadah
Mandi = Kebersihan = Ibadah
Belajar = Ilmu =Ibadah
Tidur = Kesihatan =Ibadah

Jadi, mulai sekarang, niatkan semua aktiviti yang kita lakukan ikhlas kerana ALLAH. Tapi, yang baik-baik saja ya. (Maknanya, jgn sesekali buat perkara yang ALLAH larang) ^^

Ini sekadar contoh. Untuk melengkapkan apa yang kurang. Cubalah sedaya kita untuk melakukan ibadah khusus dengan sebaiknya. Mantapkan yang WAJIB, dan tingkatkan yang SUNAT. 

Sama-sama kita berusaha!

Awak dan saya :)

Kerana kita sama-sama mahu ke syurga, kan?

Yang kedua..tentang tugas sebagai khalifah..ingat ya, kita semua adalah khalifah. 

Ya..kita semua memegang TITLE itu!

Maksudnya di sini, tugas berdakwah dan menyampaikan kebaikan itu bukan hanya khusus untuk alim ulama, ustaz ustazah, hafiz hafizah, budak agama atau yang seangkatan dengannya sahaja.

Ia tugas kita semua

Tak kira la awak doktor perubatan ke, cikgu sejarah ke, pensyarah kimia ke, petani ke, jurutera ke, pakar IT ke, pelajar teknologi makanan ke (ehh?) hatta suri rumah tangga sepenuh masa pun, tetap ada title khalifah itu.

Kalau kita memang belajar ilmu agama, dan berpeluang mendalaminya, Alhamdulillah, itu satu kelebihan.

Tapi, kalau kita memang kurang ilmu agama, dan tak berpeluang mempelajarinya secara formal, jangan pula tinggalkan langsung tugas berdakwah tu.

Buatlah semampu kita.
Dengan ilmu yang kita ada.
Yang penting kita cuba.
Menjalankan tanggungjawab kita dengan sebaiknya.

Dalam masa yang sama, cubalah perbaiki diri.
Menjadi insan yang lebih baik dari sehari ke sehari.
Kerna kita ini milik Ya Rabbul Izzati.
Tidakkah berasa malu bertemu dengannya tanpa bekal yang mengiringi?

Sama-sama kita cuba!

^_^



....Story Time....
Kisah benar..Yang baik jadikan tauladan..Yang buruk  jadikan sempadan..

Cik Cahaya ada satu teka-teki

Pada suatu hari, si N sedang memandu kereta di lebuhraya. Tiba-tiba sebuah bas express berdesuuuppp memotong kereta si N. N dengan muka tak percayanya terus melihat meter kereta, 115km/j. Dahinya berkerut-kerut kerana bas tersebut turut memotong beberapa kenderaan lain di hadapan. Agak-agak, berapa kelajuan bas tersebut???

Lebih daripada 115km/j.. Mungkin 120? 130?

Kelajuan macam tu mungkin biasa bagi kereta..tapi, kalau melibatkan BAS, memang LAJU kottt!!!!

Belum lagi habis memikirkan berapa kelajuan bas tersebut, si N ni dikejutkan pula dengan kehadiran dua SUPERMAN di kiri dan kanan keretanya.

Agak-agaklah bro, nak jadi SUPERMAN pun bukan kat sini ok! Encik SUPERMAN, kalau tak sayang nyawa sendiri, tolonglah fikirkan nyawa dan keselamatan orang lain.. Boleh??? (Monolog dalaman si N)

Macam-macam ragam manusia.

Kita sendiri, bagaimana pula orangnya ya?

Kalau tidak mahu memberi manfaat, jangan pula memberi kecelakaan kepada orang lain.

Pesanan Ikhlas dari hati.. moga sampai juga ke hati awak, awak, dan awak :)

"Setiap bencana yang menimpa di bumi dan menimpa dirimu sendiri, semuanya telah tertulis di dalam kitab (Luh Mahfuz) sebelum Kami mewujudkannya. Sungguh, yang demikian itu mudah bagi Allah." (Al-Hadid ayat 22)

Moga Allah Redha. Wallahua'lam

p/s : Disebabkan selalu bermusafir sendiri, dan memandu berjam-jam seorang diri, membuatkan Cik Cahaya terasa nak sangat cari "driver".. Kalau lah boleh..... ahakz ^^



Comments

Popular posts from this blog

[Lirik : Warkah Cinta Berbau Syurga]

Sebuah jiwa terbentang seluas Sahara Tersimpan sejuta rasa cinta dan kecewa Setiap untai kata yang termaktub Sudah menjadi warkah cinta berbau syurga Simpanan batinku hampir terbelah Tidak berhimpun dua cinta dalam satu jiwa Antara iman dan nafsu aku berjuang Meraih mahkota cinta dari syurga Chorus: Biar beribu parut luka menghiris kalbu Hanya keikhlasan cinta menjadi penawar Sekalipun diriku terbuang di mata insan Engkau Maha mengerti kekalnya cinta ku ini Izinkan aku meniti diatas hamparan syurgamu Bila saat ku pergi biarlah cintaku tetap di situ [Selama-lamanya kelembutan   takkan pernah tewas dengan kekerasan] [Ulang Chorus] Cintaku ini... Lagu: Bazli Unic Lirik: Ustaz A.Ubaidillah Alias Studio Rakaman : Unic Terbitan: Al-Kahfi Pictures Sdn.Bhd. Entah kenapa Cik Cahaya suka sangat dengan lirik lagu ini..First time dengar terus jatuh cinta gituu..Lagu ni, pada Cik Cahaya mempunyai makna yang sanga

Bahagiakan Diri Dengan Kebahagiaan Orang Lain

Pernah terjadi tak, Ada satu masa, kita nak ceritakan masalah kita pada seseorang. Nak luahkan perasaan sedih kita. Nak menangis dan meminta nasihat dia. Tapi, belum sempat kita buka mulut, orang tersebut terlebih dahulu menceritakan masalah dia. Terlebih dahulu meluahkan perasaan sedih dan meminta kita menasihati dia. Pernah terjadi tak? Apa tindakan kita ketika itu? Terus meminjamkan telinga untuk mendengar masalah dia,walaupun ketika itu hati kita sendiri sedang terluka,  atau terus berkata "aku pun ada masalah!" dan membiarkan orang itu terus bersendirian menanggung kesedihan? #MUHASABAH# Ketika kita rasa kita lah yang paling sedih, paling terluka, paling lemah, paling sakit..saat itu ALLAH hadirkan orang lain kepada kita, agar kita sedar bahawa ada orang lain yang lebih sakit, lebih terluka, lebih lemah dan lebih sakit daripada kita. Ketika kita rasa kita lah yang paling susah, ALLAH temukan kita dengan orang lain yang lebih susah daripada kita. Mengapa? Kera

Duhai diri..

Bila engkau letih dan hilang semangat, ALLAH tahu engkau telah mencuba sedaya upaya. Bila tangismu berpanjangan dan hatimu duka,ALLAH telah mengira titis air matamu. Bila engkaurasa ketinggalan dan masa meninggalkanmu,ALLAH tetap bersamamu. Bila engkau kebuntuan akal,maka ALLAH adalah penunjuk jalan… Apabila engkau telah berazam, maka  bertawakallah kepada ALLAH…..