Skip to main content

Si Bongsu Menjadi Sulung


Baru sahaja rasanya melangkah masuk ke hamparan hijau bumi UPM. Teringat deruman enjin kenderaan 
yang bersimpang-siur mencari tempat yang sesuai untuk berhenti. Terimbau pandangan pertama ke arah 
motto “Berilmu Berbakti” yang gah tulisannya di samping logo UPM berwarna merah.

“Pergi hantar report kesihatan di dewan besar dulu, kemudian baru pergi daftar di kolej,” beritahu seorang petugas.

Aku angguk. Kepala menoleh ke kiri dan kanan. Mencari kelibat si dewan besar. Aku pandang Abang Chik yang daripada tadi setia menjadi pengawal peribadi aku, “Dewan dekat mana?” soalku.

“La.. mana Chik tahu, awak ni.”

Aku sengih. Ya juga, abang aku tu mana lah pernah datang sini sebelum ni. Alahai..

“Dewan besar dekat sana,” beritahu petugas seakan memahami.

Aku senyum. “Terima kasih.”

KOLEJ KEENAM

Dari jauh sudah terpampang papan tanda kolej keenam, bakal rumah kedua.

“Adik ambil course apa?” tanya salah seorang fasilitator.

“Sains dan Teknologi Makanan,” hah..skema jawapan tu.

“Oo..foodtech.”

Dahi berkerut. Nampak sangat aku tak faham masa tu yang Foodtech tu adalah nama lain bagi course aku sendiri. Lurusiah binti Bendul.

Tak kisahlah Sains dan Teknologi Makanan ke, Foodtech ke, yang penting sudah sampai TAHUN AKHIR sekarang!!!

Masa bagai sedang galak berlari

Waktu seakan begitu girang berdetik

Sehingga tidak terasa dek indera

Tak tersentuh dek rasa

Sudah 3 tahun rupanya berlalu

Hampir sampai ke penghujungnya waktu

Untuk buktikan kepada umum

Tidak sia-sia berjuang di medan ILMU!

“Ilmu itu adalah nur, semakin dipelajari semakin bercahaya”

Memanggil Memori, Mengejar Realiti






Nota Cik Cahaya : Dear my course mate, all the best for your PD & FYP. Moga Allah permudahkan.





Moga Allah Redha. Wallahua'lam

Comments

Popular posts from this blog

~Kerana Kita SAHABAT~

Assalamualaikum dan salam sayang buat semua student 3 rd year foodtech, dan juga buat mereka yang bergelar sahabat.. Sahabat kepada insan bernama Nurul Farhana. Hari ini, Selasa, tanggal 27/12/11, jam 6.51pm, cebisan ini dinukilkan khas buat kamu, sahabat saya. Nukilan ini bukannya apa-apa..sekadar suka-suka. Yelah, tadi masa tengah study (konon2nya rajin study), tiba-tiba teringat pada korang semua. Mesti tengah study juga kan? Bagus2..teruskan kerajinan nak study tu ^_^ Emm..pejam celik pejam celik, dah dekat dua tahun setengah kita bersama-sama kan? Susah senang, suka duka, pahit manis, tawa mahupun tangis, telah berjaya kita redahi. Alhamdulillah.. sekarang, tinggal final exam untuk sem ni yang bakal menjelma kurang seminggu dari sekarang. Semoga Allah memberi kemudahan dan ketenangan kepada kita semua untuk menghadapi imtihan dunia ni. Dan, semoga Allah mengurniakan kejayaan yang cemerlang kepada kita semua..Amiinn.. Sedar tak sedar juga, banyak pengalaman yang cik cahaya (g...
Assalamualaikum :-) Fuhh~~ Dah bersawang blog ni. Pejam celik pejam celik dah dekat 9 bulan tak update any enty. Kalau preggy ni, mesti tengah tunggu due nak bersalin je..Ahakz..Gurau sikit. Alhamdulillah, ALLAH masih panjangkan usia kita hingga ke hari ini. Untuk apa? Mesti ada sebab kan? Umur ni diberi bukan untuk sia-sia. Bukan juga untuk terus bersuka-suka. DIA beri kita lebih masa untuk terus perbaiki diri, menambah amalan, memperteguhkan iman dan memantapkan taqwa sebelum kita kembali ke pangkuan-NYA. Ingin "pergi" dalam keadaan indah dan diredhai? Maka hidup juga perlulah dalam keadaan indah dan diredhai. Bagaimana? Kerjakan suruhan-NYA dan jauhi larangan-NYA. Inshaa Allah :-) Ok, selama 9 bulan ni bermacam-macam kejadian berlaku. Ada yang baik, ada yang kurang baik. Begitulah perjalanan hidup kita sebagai hamba, ye dak? Terimalah takdir hidup kita dengan hati yang terbuka dan penuh positif. Amboih..dah macam pakar motivasi pulak..kikikiki. Alhamduli...

::Persiapkan Diri::

“Dan antara tanda-tanda kekuasaan-NYA adalah DIA menciptakan isteri-isteri daripada kalangan kamu sendiri supaya kamu dapat hidup tenang bersama mereka dan diadakan-NYA cinta kasih sayang antara kamu. Sungguh, dalam yang demikian ada tanda-tanda bagi orang yang menggunakan fikiran.” (Surah Ar-Rum, ayat 21) Assalamualaikum.. Alhamdulillah, cuti semester sudah pun bermula. Tapi sayang, Cik Cahaya dan sahabat-sahabat yang tengah berLatihan Industri sekarang ini tidak berpeluang bercuti seperti teman-teman yang lain. Selepas tamatnya semester 2011/2012 ni,  ramai jugalah sahabat Cik Cahaya yang memulakan fasa baru dalam kehidupan mereka.. Ada yang sudah mula melangkah ke alam pekerjaan yang sebenar, ada yang sedang berkira-kira menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi, dan tak kurang, ada juga yang dalam perancangan untuk bertunang dan mendirikan rumah tangga. Alhamdulillah, semoga Allah permudahkan urusan kita semua..Amiinn. Apabila sebut tentang baitul muslim ni, Cik C...