Skip to main content

Salah Bahtera?



Penghijrahan memerlukan hati dan semangat yang kuat. Iman yang utuh, niat yang padu serta sokongan yang hebat, antara ramuan terpenting dalam penghasilan produk diri yang baharu. Bukanlah senang untuk menjadi manusia yang benar-benar baharu, yang lain daripada dulu, yang mahu membersihkan debu, yang duri menanti di segenap penjuru, yang...yang ternyata jauh dari dunia yang lalu. Baru sahaja mula melangkah, sudah ada cela menerpa. Baru sahaja langkah dibuka, perli herdik menerjah sukma. 

Bila menutur kata yang baik, sudah dilabel "ustaz" "ustazah".. Bila berbicara pahala dan dosa, mula diungkit kisah hitamnya. Bagai pesalah di kandang mahkamah, tunduk dan diam membisu..lalu hati berbisik..."salahkah tindakan yang aku ambil?"

Jika seseorang itu dalam penghijrahan menjadi lebih baik, usahlah diungkit kisah silamnya. Kerana kita tidak pernah tahu betapa pedih dan seksanya dia cuba melupakan kisah itu.
Jika seseorang itu dalam usaha mengejar gelaran soleh solehah, janganlah dibangkitkan peristiwa hitamnya. Kerana kita tidak akan pernah mengerti betapa susah dan deritanya dia mahu memadamkan sejarah itu.

Jika kita dilahirkan dan dibesarkan dalam suasana yang dipenuhi tarbiyah, bersyukurlah kerana tidak semua orang berpeluang seperti kita. Tidak semua orang diizinkan untuk menerima hadiah itu. Justeru, janganlah memandang rendah kepada orang yang dibesarkan dalam suasana yang "berbeza" daripada kita kerana kita tidak pernah tahu kisah hidupnya. Janganlah memaksa mereka berubah mengikut cara kita dalam sekelip mata, kerana kita tidak pernah rasa apa yang mereka rasa. 

Perit itu hanya dirasa oleh mereka yang benar-benar pernah melaluinya.
Kita, kamu, dan awak yang tak tahu, jangan suka-suka nak kata sesuatu yang kita, kamu dan awak tak tahu menahu pun!

Kadang-kadang orang yang kelihatan biasa-biasa itu lebih tinggi imannya.
Kadang-kadang orang yang kelihatan biasa-biasa itu lebih hebat taqwanya.
Kadang-kadang orang yang kelihatan biasa-biasa itu sangat superb ilmunya.

..............................................................................................................
..............................................................................................................
..............................................................................................................

Bahtera sudah dipilih. Tetapi di hati bagai ada yang tidak kena. Baru setahun jagung, kepercayaan sudah menggunung. Amanah diletakkan di bahu sedang hati sudah mula berbelah bahagi. Seakan tersalah memilih bahtera pelayaran. Sebelum terus berlayar dengan hati yang kosong, kaki diatur turun semula ke jeti. Satu-persatu wajah itu hadir..rasa bersalah mula berselar di hati. Maaf, amanah itu tidak mampu aku junjung. 

Aku..akan terus menanti di jeti..menanti bahtera yang baru, untuk membawa aku pergi belayar ke medan jihad. Walau dalam bahtera yang berbeza, namun kita tetap punya matlamat yang sama. Teruskan perjuangan kalian!

Moga Allah Redha. Wallahua'lam

Comments

Popular posts from this blog

[Lirik : Warkah Cinta Berbau Syurga]

Sebuah jiwa terbentang seluas Sahara Tersimpan sejuta rasa cinta dan kecewa Setiap untai kata yang termaktub Sudah menjadi warkah cinta berbau syurga Simpanan batinku hampir terbelah Tidak berhimpun dua cinta dalam satu jiwa Antara iman dan nafsu aku berjuang Meraih mahkota cinta dari syurga Chorus: Biar beribu parut luka menghiris kalbu Hanya keikhlasan cinta menjadi penawar Sekalipun diriku terbuang di mata insan Engkau Maha mengerti kekalnya cinta ku ini Izinkan aku meniti diatas hamparan syurgamu Bila saat ku pergi biarlah cintaku tetap di situ [Selama-lamanya kelembutan   takkan pernah tewas dengan kekerasan] [Ulang Chorus] Cintaku ini... Lagu: Bazli Unic Lirik: Ustaz A.Ubaidillah Alias Studio Rakaman : Unic Terbitan: Al-Kahfi Pictures Sdn.Bhd. Entah kenapa Cik Cahaya suka sangat dengan lirik lagu ini..First time dengar terus jatuh cinta gituu..Lagu ni, pada Cik Cahaya mempunyai makna yang sanga

Bahagiakan Diri Dengan Kebahagiaan Orang Lain

Pernah terjadi tak, Ada satu masa, kita nak ceritakan masalah kita pada seseorang. Nak luahkan perasaan sedih kita. Nak menangis dan meminta nasihat dia. Tapi, belum sempat kita buka mulut, orang tersebut terlebih dahulu menceritakan masalah dia. Terlebih dahulu meluahkan perasaan sedih dan meminta kita menasihati dia. Pernah terjadi tak? Apa tindakan kita ketika itu? Terus meminjamkan telinga untuk mendengar masalah dia,walaupun ketika itu hati kita sendiri sedang terluka,  atau terus berkata "aku pun ada masalah!" dan membiarkan orang itu terus bersendirian menanggung kesedihan? #MUHASABAH# Ketika kita rasa kita lah yang paling sedih, paling terluka, paling lemah, paling sakit..saat itu ALLAH hadirkan orang lain kepada kita, agar kita sedar bahawa ada orang lain yang lebih sakit, lebih terluka, lebih lemah dan lebih sakit daripada kita. Ketika kita rasa kita lah yang paling susah, ALLAH temukan kita dengan orang lain yang lebih susah daripada kita. Mengapa? Kera

~Berakhirnya Semester 5~

Assalamualaikum.. Alhamdulillah.. Final exam dah habis..yahuu!! Bila final exam dah habis, maka dengan ini dengan rasminya telah berakhirlah semester 5 saya.. suke2!!  Dan..semester akan datang, saya dan sahabat-sahabat seperjuangan akan mula melangkah ke alam pekerjaan..Cewahh..Bukan dah start kerja, tapi latihan industri je..Kira berkerja lah juga kan? kan? Disebabkan tempoh latihan industri kami ni terlampau lama, dalam 6 bulan gitu, jadi saya rasa...saya pasti akan merindui kalian-kalian semua..Terutamanya rumate saya yang comel, Cik Shafin, yang baru belajar berblog tuh.. ^_^... Cik Shafin @ Intan..Nana seronok dapat jadi rumate Intan.. and, next sem kita bakal jadi housemate pula..InsyaAllah..Maaf, kalau sepanjang kita duduk sebilik ni, Nana ada sakitkan hati Intan..Minta maaf "grandmother" (kihkihkih). Sepanjang sem 5 ni memang macam-macam kejadian yang berlaku..Daripada yang paling gembira sampailah yang paling menyedihkan..Daripada yang paling mudah