Skip to main content

PD

Jika memang aku pilihanmu, maka tunggulah aku hingga Allah takdirkan kita untuk bertemu.
Bertemu dalam redha-NYA, itu yang aku mahu.
Jika kamu mahu yang cantik dan hebat, itu bukanlah aku.
Tapi, jika mahu yang BIASA dan ingin DIBIMBING, ternyatalah diri ini.

Ok, stop! 

Ternyata tekanan subject product development hari ni (selasa 2/10) sangat mempengaruhi emosi Cik Cahaya. Bertapa dalam lab dari pukul 9 pagi sampai 6.30 petang..bukanlah hal yang ringan ok! Kalau duduk goyang kaki memang tak ada masalah kot, tapi, kalau dah kena bergerak ke hulu ke hilir, memerah otak dan keringat, dalam lab yang memang tak disediakan kerusi tu, aisehh, memang boleh patah kaki.. #pengsan seketika#
Ditambah pula dengan kondisi kesihatan yang tak berapa stabil, memang mencabar..But, Alhamdulillah, everything dah lepas pun kan. Hari ini Cik Cahaya tak ada suara, disebabkan batuk yg agak teruk gituu, so ada juga la perkara kelakar yang berlaku terutamanya dalam group sendiri. Saya dibuli. #Oh tidak# Berani sungguh mereka membuli saya! 

"Na, apa pandangan na..?"
"Bla..bla..bla.." (memberi pandangan la kononnya)
"Hah? tak dengar..cakap kuat sikit." (sambil gelak-gelak)

Sampai hati korang.. sob..sob..sob..

"Nak buat product apa pula ni?"
"Nak try yang ni..tapi entahla apa yang specialnya.."
"Cara ko cakap dah special dah.." (Senyum-senyum)
Cik Cahaya kerutkan dahi.. "Apa yang special?"
"Cara ko cakap tu dah cukup special.." (tahan gelak)
"Ceh..! Cakap pasal suara aku la tu" -monolog dalaman-

Dialog di atas ni berulang-ulang sampai Cik Cahaya rasa nak ambil M.C.. haha.. tapi nasib baik ada yang kata "Ko rilek je, tak payah buat kerja sangat. Bertahan ye sampai petang, tak lama dah ni.." Tapi..kalau dah lab product development, mana boleh duduk rilek kan..So, teruskan saja buat kerja yang ringan-ringan..

Btw, thanks girls n guys.. Walaupun korang semua gelak-gelak je bila dengar aku bercakap, tapi, still ada yang kesian dan bagi nasihat panjang lebar dekat aku ni..Kalah Encik Doktor kat PKU.. Really appreciate it ^^

PRODUCT DEVELOPMENT..dah masuk minggu yang keempat..bermakna kita semua "FINAL YEAR STUDENT FOODTECH UPM" hanya ada masa lebih kurang 9 minggu sahaja lagi untuk hasilkan produk makanan baru. Rasa tercabar kan bila tengok senior-senior kita dulu siap menang peringkat antarabangsa lagi. Hopefully, dapat jadi macam mereka or better than them..insyaAllah..

And lastly..SELAMAT MENEMPUH MINGGU TEST 1>> next week..Do your best, and let's ALLAH do the rest ^^




Comments

Popular posts from this blog

~Kerana Kita SAHABAT~

Assalamualaikum dan salam sayang buat semua student 3 rd year foodtech, dan juga buat mereka yang bergelar sahabat.. Sahabat kepada insan bernama Nurul Farhana. Hari ini, Selasa, tanggal 27/12/11, jam 6.51pm, cebisan ini dinukilkan khas buat kamu, sahabat saya. Nukilan ini bukannya apa-apa..sekadar suka-suka. Yelah, tadi masa tengah study (konon2nya rajin study), tiba-tiba teringat pada korang semua. Mesti tengah study juga kan? Bagus2..teruskan kerajinan nak study tu ^_^ Emm..pejam celik pejam celik, dah dekat dua tahun setengah kita bersama-sama kan? Susah senang, suka duka, pahit manis, tawa mahupun tangis, telah berjaya kita redahi. Alhamdulillah.. sekarang, tinggal final exam untuk sem ni yang bakal menjelma kurang seminggu dari sekarang. Semoga Allah memberi kemudahan dan ketenangan kepada kita semua untuk menghadapi imtihan dunia ni. Dan, semoga Allah mengurniakan kejayaan yang cemerlang kepada kita semua..Amiinn.. Sedar tak sedar juga, banyak pengalaman yang cik cahaya (g...
Assalamualaikum :-) Fuhh~~ Dah bersawang blog ni. Pejam celik pejam celik dah dekat 9 bulan tak update any enty. Kalau preggy ni, mesti tengah tunggu due nak bersalin je..Ahakz..Gurau sikit. Alhamdulillah, ALLAH masih panjangkan usia kita hingga ke hari ini. Untuk apa? Mesti ada sebab kan? Umur ni diberi bukan untuk sia-sia. Bukan juga untuk terus bersuka-suka. DIA beri kita lebih masa untuk terus perbaiki diri, menambah amalan, memperteguhkan iman dan memantapkan taqwa sebelum kita kembali ke pangkuan-NYA. Ingin "pergi" dalam keadaan indah dan diredhai? Maka hidup juga perlulah dalam keadaan indah dan diredhai. Bagaimana? Kerjakan suruhan-NYA dan jauhi larangan-NYA. Inshaa Allah :-) Ok, selama 9 bulan ni bermacam-macam kejadian berlaku. Ada yang baik, ada yang kurang baik. Begitulah perjalanan hidup kita sebagai hamba, ye dak? Terimalah takdir hidup kita dengan hati yang terbuka dan penuh positif. Amboih..dah macam pakar motivasi pulak..kikikiki. Alhamduli...

::Persiapkan Diri::

“Dan antara tanda-tanda kekuasaan-NYA adalah DIA menciptakan isteri-isteri daripada kalangan kamu sendiri supaya kamu dapat hidup tenang bersama mereka dan diadakan-NYA cinta kasih sayang antara kamu. Sungguh, dalam yang demikian ada tanda-tanda bagi orang yang menggunakan fikiran.” (Surah Ar-Rum, ayat 21) Assalamualaikum.. Alhamdulillah, cuti semester sudah pun bermula. Tapi sayang, Cik Cahaya dan sahabat-sahabat yang tengah berLatihan Industri sekarang ini tidak berpeluang bercuti seperti teman-teman yang lain. Selepas tamatnya semester 2011/2012 ni,  ramai jugalah sahabat Cik Cahaya yang memulakan fasa baru dalam kehidupan mereka.. Ada yang sudah mula melangkah ke alam pekerjaan yang sebenar, ada yang sedang berkira-kira menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi, dan tak kurang, ada juga yang dalam perancangan untuk bertunang dan mendirikan rumah tangga. Alhamdulillah, semoga Allah permudahkan urusan kita semua..Amiinn. Apabila sebut tentang baitul muslim ni, Cik C...