Skip to main content

Ulangtahun Diriku Yang Baru

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih dan Penyayang.

Segala puji dan puja hanya layak dipanjatkan kepada DIA satu-satunya. Dia yang memegang langit dan bumi. Dia yang mengatur siang dan malam. Dia yang mencipta manusia, sebagai sebaik-baik kejadian. Dia yang memiliki Arasy yang tinggi. Dia yang menyusun segala pergerakan bulan dan bintang. Dia yang mentadbir alam semesta tanpa sebarang kecuaian. Tiada Tuhan yang berhak disembah, selain Dia, ALLAH. Tuhan Yang memiliki nama-nama yang indah dan sempurna.

Subhanallah. Alhamdulillah. Allahu Akbar.

Ramadhan ke-5, sebagai seorang insan yang baru. Syukur kepadamu Ya Rahman, kerana memberi cebisan hidayah-Mu buat hamba yang hina ini.

Selamat Ulangtahun yang ke-5 wahai diriku yang baru!!!

Pelbagai halangan sudah dilalui. Pelbagai liku sudah diredahi. Pelbagai perli maki telah menerobos hati. Pelbagai kejadian menyedarkan diri. Pelbagai ujian menambah kekuatan diri.

Wahai ALLAH.. Sungguh insan yang amat lemah. Tiada daya dan upayaku untuk melaui semua itu tanpa meminjam kekuatan-MU. Aku menjadi  kuat untuk melalui semua itu kerana aku yakin KAU sentiasa bersamaku.

Wahai ALLAH..Sungguh ENGKAU lebih tahu apa yang terbuku di hati ini. Peganglah hati ini Ya Allah. Jangan biarkan ia sekali-kali alpa dan leka dengan dunia. Jangan biarkan ia menjadi hatiku yang lama.

Wahai Allah..Sungguh aku selalu jatuh tersungkur. Terkadang seakan aku ingin berpatah balik, kerana diriku tidak mampu menanggung hentaman kuat ke atasku. Langkah kakiku longlai. Tubuhku lesu. Hatiku pilu. Jiwaku ngilu.

Wahai ALLAH..Namun, disebalik semua itu, KAU hadiahi aku dengan pelbagai nikmat – keluarga yang menyokong dan teman yang menguatkan. Lalu aku terus bangkit kerana-MU. Aku semakin nampak sinar di situ. Biar mendung sesekali menjengah, namun sinar mentari tidak akan mengalah. Titis hujan yang melemahkan dulu, aku biaskan dengan prima cahaya, agar hadirnya sang pelangi yang bisa mewarnai dan menceriakan hati.

Wahai ALLAH..Niatku untuk menjadi seorang Srikandi, yang dapat menyumbang sesuatu buat agama yang suci. Agar aku punya sesuatu untuk dibanggakan ketika bertemu dengan-MU nanti. Tapi, adakah peluang buat diriku ini, untuk bergelar Srikandi Syurgawi, sedang diriku penuh dosa kepadamu Ya Robbi.

Wahai ALLAH..Anugerahkan aku seorang suami, yang dapat mendidik diri ini. Menerima segala kekurangan dan kelemahan diri, dan menukarkannya kepada sesuatu yang dapat menaikkan darjatku di sisi-MU Ya Ilahi.

Kerana aku takut Ya Allah..
Aku amat takut kehilangan HIDAYAH ini.
Matikanlah aku dalam IMAN.



Moga Allah Redha. Wallahua'lam

Comments

Popular posts from this blog

~Kerana Kita SAHABAT~

Assalamualaikum dan salam sayang buat semua student 3 rd year foodtech, dan juga buat mereka yang bergelar sahabat.. Sahabat kepada insan bernama Nurul Farhana. Hari ini, Selasa, tanggal 27/12/11, jam 6.51pm, cebisan ini dinukilkan khas buat kamu, sahabat saya. Nukilan ini bukannya apa-apa..sekadar suka-suka. Yelah, tadi masa tengah study (konon2nya rajin study), tiba-tiba teringat pada korang semua. Mesti tengah study juga kan? Bagus2..teruskan kerajinan nak study tu ^_^ Emm..pejam celik pejam celik, dah dekat dua tahun setengah kita bersama-sama kan? Susah senang, suka duka, pahit manis, tawa mahupun tangis, telah berjaya kita redahi. Alhamdulillah.. sekarang, tinggal final exam untuk sem ni yang bakal menjelma kurang seminggu dari sekarang. Semoga Allah memberi kemudahan dan ketenangan kepada kita semua untuk menghadapi imtihan dunia ni. Dan, semoga Allah mengurniakan kejayaan yang cemerlang kepada kita semua..Amiinn.. Sedar tak sedar juga, banyak pengalaman yang cik cahaya (g...

::Persiapkan Diri::

“Dan antara tanda-tanda kekuasaan-NYA adalah DIA menciptakan isteri-isteri daripada kalangan kamu sendiri supaya kamu dapat hidup tenang bersama mereka dan diadakan-NYA cinta kasih sayang antara kamu. Sungguh, dalam yang demikian ada tanda-tanda bagi orang yang menggunakan fikiran.” (Surah Ar-Rum, ayat 21) Assalamualaikum.. Alhamdulillah, cuti semester sudah pun bermula. Tapi sayang, Cik Cahaya dan sahabat-sahabat yang tengah berLatihan Industri sekarang ini tidak berpeluang bercuti seperti teman-teman yang lain. Selepas tamatnya semester 2011/2012 ni,  ramai jugalah sahabat Cik Cahaya yang memulakan fasa baru dalam kehidupan mereka.. Ada yang sudah mula melangkah ke alam pekerjaan yang sebenar, ada yang sedang berkira-kira menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi, dan tak kurang, ada juga yang dalam perancangan untuk bertunang dan mendirikan rumah tangga. Alhamdulillah, semoga Allah permudahkan urusan kita semua..Amiinn. Apabila sebut tentang baitul muslim ni, Cik C...
Assalamualaikum :-) Fuhh~~ Dah bersawang blog ni. Pejam celik pejam celik dah dekat 9 bulan tak update any enty. Kalau preggy ni, mesti tengah tunggu due nak bersalin je..Ahakz..Gurau sikit. Alhamdulillah, ALLAH masih panjangkan usia kita hingga ke hari ini. Untuk apa? Mesti ada sebab kan? Umur ni diberi bukan untuk sia-sia. Bukan juga untuk terus bersuka-suka. DIA beri kita lebih masa untuk terus perbaiki diri, menambah amalan, memperteguhkan iman dan memantapkan taqwa sebelum kita kembali ke pangkuan-NYA. Ingin "pergi" dalam keadaan indah dan diredhai? Maka hidup juga perlulah dalam keadaan indah dan diredhai. Bagaimana? Kerjakan suruhan-NYA dan jauhi larangan-NYA. Inshaa Allah :-) Ok, selama 9 bulan ni bermacam-macam kejadian berlaku. Ada yang baik, ada yang kurang baik. Begitulah perjalanan hidup kita sebagai hamba, ye dak? Terimalah takdir hidup kita dengan hati yang terbuka dan penuh positif. Amboih..dah macam pakar motivasi pulak..kikikiki. Alhamduli...