Skip to main content

Konvensyen Fiqh Wanita & Islam


Alhamdulillah, Allah izinkan diri ini untuk turut serta dalam Konvensyen Fiqh Wanita & Islam yang diadakan di MAEPS Serdang pada 19/1/13-20/1/13 yang lepas. Sungguh, program seperti ini sangat, sangat dan sangatlah baik dan bagus. Semoga K-FIQH dapat melaksanakan lebih banyak program seumpama ini kelak, Inshaa Allah. Semasa program ini berlangsung, Cik Cahaya berkesempatan menadah ilmu daripada mereka yang sangat-sangat Cik Cahaya hormati dan kagumi. Sekali lagi, semoga Allah merahmati mereka semua dan umat ISLAM keseluruhannya, Amiinnn.

HARI PERTAMA

Program dua hari ini mempunyai banyak slot dan dikendalikan oleh mereka yang arif tentangnya. Disebabkan itu, Cik Cahaya ada juga rasa kecewa, bukan sebab panelnya mahupun tajuk yang disampaikan, tetapi lebih kepada masa yang tidak mencukupi. Tengah-tengah seronok mendengar penerangan daripada para ustaz dan ustazah, tiba-tiba masa dah habis. Memang frust juga..tapi nak buat macam mana, masa mesti ditepati. Apapun, syabas kepada K-Fiqh yang berjaya mengendalikan program dengan baik dan bijak ^^

Dr. Zaharuddin Abd Rahman yang merupakan pengerusi MURSHID memulakan program ini dengan pembentangan yang bertajuk Fiqh Wanita : Wanita Solehah Pendamai Dunia. Terdapat banyak perkara yang diterangkan oleh Dr. Zaharuddin termasuklah tentang keadaan wanita sebelum ISLAM, wanita di zaman jahiliyyah serta peranan wanita solehah. Subhanallah, Cik Cahaya bersyukur sangat dilahirkan sebagai wanita ISLAM, kerana ternyata ALLAH sangat menyayangi kita wahai muslimah dan mukminah sekalian. Kedatangan ISLAM yang benar membawa bersama syariat yang indah, sangat memuliakan wanita. Justeru, lahirkan rasa kesyukuran kita dengan ketaatan yang padu dan jitu kepada DIA yang Maha Berkuasa.

Kemudian, Dr. Zahazan Mohamed dan Dr. Mohd Sukki Othman pula mengambil giliran dengan tajuknya Kedudukan Wanita Dalam Islam : Antara Liberal dan Ekstrim. Sekali lagi, diterangkan tentang kedudukan wanita sebelum kedatangan ISLAM dan kedudukan wanita dalam ISLAM. Subhanallah, betapa cantiknya ISLAM. Lelaki dan wanita itu sama sahaja kedudukannya di sisi Allah, hanya TAQWA yang membezakan, bukannya gender.

Kemudian, ada slot istimewa iaitu Perkongsian Hijrah bersama heroin Ketika Cinta Bertasbih ; Ukhti Oki Setiana Dewi dari Indonesia. Banyak cerita dan pengalaman yang beliau kongsikan sepanjang penghijrahan beliau sehinggalah apa yang selalu beliau lakukan dalam usaha menyebarkan dakwah di negaranya. Antara kata-kata beliau yang sempat dicatit;

"Orang yang baik-baik bukan mereka yang berada di masjid-masjid atau surau-surau, tetapi orang baik itu berada di mana-mana."

"Berkawanlah dengan sesiapa pun tetapi bersahabatlah dengan orang yang soleh kerana kita memerlukan mereka untuk mendekatkan diri kita dengan Allah."

Next, slot bersama dengan Prof. Dr. Muhaya, Rumah Tangga dan Kerjaya : Celik Mata dan Hati. Seronok rasanya dapat berjumpa dengan Prof. Dr. Muhaya, iyalah, sebelum ini asyik dengar di radio je, so bila dapat tengok depan mata rasa seronoknya jadi double la kan.. :) 




Seperti biasa, Prof. dengan nasihatnya supaya kita selalu menjadi positif dan jangan jadi manusia keladak. Antara kata-kata yang dipetik daripada slot ini ;

"Orang yang sibuk menolong orang lain tak akan ada masa untuk diri sendiri."

"Sesiapa yang tidak bahagia hari ini, maknanya dia tidak bersyukur semalam. Jadi, nak bahagia hari esok, kita kena bersyukur hari ini."

"Kita ini magnet, dan akan menarik orang yang sama level dengan kita."

Slot seterusnya bersama dengan seorang hakim mahkamah syariah. Bila dah hakim, mestilah slotnya berkaitan dengan undang-undang, ya tidak? So, Dr. Haji Mohd Naim Mokhtar dengan tenangnya berjaya membuka mata para wanita dengan tajuk pembentangannya iaitu Wanita Jangan Teraniaya : Celik Undang-undang keluarga. Nah, wanita-wanita sekalian, tidak kiralah kita ini belajar bidang apa, bekerja dalam industri apa, yang penting kita mesti ambil tahu tentang undang-undang juga. Bukanlah tujuannya nak besar kepala, tetapi sebagai persediaan supaya kita tidak teraniaya..Nauzubillah, minta dijauhkan.

Slot terakhir untuk hari pertama diakhiri dengan Pengamatan Prinsip dan Diiplin Kewanitaan dalam Surah An-Nur yang disampaikan oleh Dr. Sofiah Samsudin (pensyarah UIAM)..

HARI KEDUA

Hari kedua dimulai dengan sesi khas bersama isteri para Asatizah MURSHID di mana sesi ini hanya khusus untuk kaum wanita sahaja. Sepanjang sesi ini, para isteri kepada para Asatizah berkongsi pengalaman mereka dalam menjadi tulang belakang perjungan si suami dalam medan dakwah. Subhanallah, sebagaimana suami yang hebat, isteri mereka juga tidak kurang hebatnya. #Kagum seketika#

Kemudian, Ustazah Norhafizah Musa mengambil alih dengan pembentangannya yang bertajuk Menjawab Salah Faham Kesaksamaan Gender. Melalui pembentangan ini, Ustazah menerangkan tentang banyak perkara yang merangkumi isu hak dan tuntutan kesaksamaan gender, masalah wanita yang perlu ditangani, kefahaman tentang gender dalam penggunaan semasa oleh PBB, beberapa golongan yang membuat tuntutan kesaksamaan gender, kefahaman tentang gender dari pendekatan berasaskan ISLAM dan banyak lagi. Sungguh, ia adalah ilmu baru yang sangat tinggi nilainya.

Pembentangan keseterusnya, Serikandi Sahabat di Hati Gadis Semasa berjaya disampaikan dengan penuh harmoni oleh Ustaz Hasrizal Abdul Jamil. Menyoroti sejarah perjuangan serikandi ISLAM terdahulu sememangnya dapat menyuntik semangat kepada para remaja kini untuk turut turun ke medan dakwah, bergerak seiringan dengan pemuda memperjuangkan agama. Wanita, peranannya bukan sekadar di rumah, tidak juga sekadar di dapur, tetapi turut perlu berperanan di luar, dengan ilmu dan kemahiran yang dimiliki tentunya. 

Wahai wanita, keluarlah ke medan tempur dengan ilmu dan kemahiran, bukan dengan tangan dan jiwa yang kosong!!

Slot yang dinantikan tiba, iaitu Perkahwinan : Bukan Sekadar Aku Terima Nikahnya yang disampaikan oleh Ustaz Pahrol Mohd Juoi dan Wanita Semasa : Sihat Diri Sihat Keluarga oleh Prof. Madya Dr. Harlina Haliza Siraj. Walaupun slotnya hanya satu setengah jam, namun sangat banyak ilmu yang dapat dikaut, inshaa Allah.








Konvensyen Fiqh kali ini melabuhkan tirainya dengan slot terakhir, dan Cik Cahaya rasa ini slot yang paling panas dan sensitif. Forum Monogami & Poligami : Antara Kemahuan, Keperluan & Sunnah. Panelnya terdiri daripada Ustazah Fatimah Syarha, Kapten Hafiz Firdaus dan Dr. Khairuddin Aman Razali. Sememangnya, masa yang diperuntukkan tidak mencukupi untuk membincangkan isu ini sehingga ada yang meminta agar program khas yang berkaitan dengan tajuk hangat ini diadakan oleh pihak K-Fiqh. Dan, Cik Cahaya antara orang yang menyokong cadangan berkenaan. Isu poligami, isu yang amat sensitif terutama untuk kaum hawa. Justeru, perbincangan yang adil, harmoni dan berlapang dada amatlah penting supaya pendengar seperti kami dapat menyerap segala ilmu dengan lebih baik. *tak mahu ulas panjang-panjang tentang isu ini*

Jadi, berakhirlah program dua hari. Berbaloi-baloi orang kata. Puas hati. Alhamdulillah.

Sampai di sini sahaja perkongsian pengalaman. Dah rasa macam buat karangan laporan macam zaman sekolah dulu dah.. Biarlah kan, ayat skema sikit ^_^

Moga bermanfaat.


p/s : terserempak dengan Dr. Farhan Hadi dan Maria Elena ^_^



Moga Allah Redha. Wallahua'lam

Comments

Popular posts from this blog

Bahagiakan Diri Dengan Kebahagiaan Orang Lain

Pernah terjadi tak, Ada satu masa, kita nak ceritakan masalah kita pada seseorang. Nak luahkan perasaan sedih kita. Nak menangis dan meminta nasihat dia. Tapi, belum sempat kita buka mulut, orang tersebut terlebih dahulu menceritakan masalah dia. Terlebih dahulu meluahkan perasaan sedih dan meminta kita menasihati dia. Pernah terjadi tak? Apa tindakan kita ketika itu? Terus meminjamkan telinga untuk mendengar masalah dia,walaupun ketika itu hati kita sendiri sedang terluka,  atau terus berkata "aku pun ada masalah!" dan membiarkan orang itu terus bersendirian menanggung kesedihan? #MUHASABAH# Ketika kita rasa kita lah yang paling sedih, paling terluka, paling lemah, paling sakit..saat itu ALLAH hadirkan orang lain kepada kita, agar kita sedar bahawa ada orang lain yang lebih sakit, lebih terluka, lebih lemah dan lebih sakit daripada kita. Ketika kita rasa kita lah yang paling susah, ALLAH temukan kita dengan orang lain yang lebih susah daripada kita. Mengapa? Kera

[Lirik : Warkah Cinta Berbau Syurga]

Sebuah jiwa terbentang seluas Sahara Tersimpan sejuta rasa cinta dan kecewa Setiap untai kata yang termaktub Sudah menjadi warkah cinta berbau syurga Simpanan batinku hampir terbelah Tidak berhimpun dua cinta dalam satu jiwa Antara iman dan nafsu aku berjuang Meraih mahkota cinta dari syurga Chorus: Biar beribu parut luka menghiris kalbu Hanya keikhlasan cinta menjadi penawar Sekalipun diriku terbuang di mata insan Engkau Maha mengerti kekalnya cinta ku ini Izinkan aku meniti diatas hamparan syurgamu Bila saat ku pergi biarlah cintaku tetap di situ [Selama-lamanya kelembutan   takkan pernah tewas dengan kekerasan] [Ulang Chorus] Cintaku ini... Lagu: Bazli Unic Lirik: Ustaz A.Ubaidillah Alias Studio Rakaman : Unic Terbitan: Al-Kahfi Pictures Sdn.Bhd. Entah kenapa Cik Cahaya suka sangat dengan lirik lagu ini..First time dengar terus jatuh cinta gituu..Lagu ni, pada Cik Cahaya mempunyai makna yang sanga

Duhai diri..

Bila engkau letih dan hilang semangat, ALLAH tahu engkau telah mencuba sedaya upaya. Bila tangismu berpanjangan dan hatimu duka,ALLAH telah mengira titis air matamu. Bila engkaurasa ketinggalan dan masa meninggalkanmu,ALLAH tetap bersamamu. Bila engkau kebuntuan akal,maka ALLAH adalah penunjuk jalan… Apabila engkau telah berazam, maka  bertawakallah kepada ALLAH…..