Skip to main content

Mood Cuti Tak Cuti~

ALHAMDULILLAH..
7 Semester sudah berlalu..tinggal 1 sem saje lagi..1 je lagi..1 je lagi.. Inshaa Allah..
Semoga Allah permudahkan segala urusan.
Tahun terakhir, tahun menguji kesabaran.
Semester terakhir, semester menguji ketabahan..
Cewahh.. (macam la orang lain tak rasa jadi final year student kan)

Tak kisahlah awak tahun berapa, semester berapa, yang penting awak kena tahu tak ada istilah CUTI bagi mereka yang bergelar pelajar, apatah lagi MUSLIM PELAJAR macam kita-kita ni..Ilmu itu sentiasa perlu dicari, digali, ditadah, dikejar..dan macam-macam di lagi.. 
Bukan sahaja untuk mereka yang bergelar pelajar, tapi sesiapa pun awak, tak kiralah awak tu suri rumah ke, petani ke, pekerja kilang ke, supervisor ke, tauke kedai ke, hatta doktor or pendidik sekalipun, tetap tak ada istilah CUTI untuk terus belajar. Tak gitu?

Ilmu itu takkan pernah cukup, semakin kita dalami, semakin banyak yang kita tidak tahu sebenarnya. 
Belajar itu pun, tak semestinya dalam kelas atau kuliah semata, kadang-kadang hanya melihat ikan berenang di dalam air, atau melihat si rajin semut pun kita dapat belajar, kan? Bergantung kepada hati dan fikiran kita, bagaimana kita melihat sesuatu, mentafsirkan ia dan menterjemahkannya dalam bentuk ilmu yang dapat dimanfaatkan bukan sahaja untuk diri sendiri, bahkan kepada orang lain juga.

Gunakan kedua-dua mata untuk menilai sesuatu
MATA FIZIKAL MATA HATI ^_^

Dan sekarang, kita-kita yang Final Year ni masing-masing tengah sibuk dengan projek sendiri kan? Tak terkecuali kami Final Year Foodtech UPM ni :-) 

Sebenarnya, kami hanya ada 1 semester nak siapkan FYP + thesis. Memandangkan masa yang diberi agak suntuk, dan tak mahu berkejar-kejar sangat dengan kelas dan test semester 8 nanti, so, kami pun gantikan cuti mid-sem kami dengan melakukan kerja-kerja berfaedah dalam makmal. Ada yang sibuk extract minyak daripada kelapa sawit, ada yang sibuk ber'kawan' dengan buah-buahan seperti kurma, tembikai, tembikai susu, buah naga, durian, ada yang berhempas pulas menelaah tentang bijirin, ada yang kena kejar ayam, dan bermacam-macam lagi lah gelagatnya. Eh sekejap, yang kejar ayam tu bukan dalam lab ok, mestilah dekat rebannya kan.. 

Nak dijadikan cerita, lepas hampir dua minggu menelaah tentang topik yang diberi, dan selepas seminggu berpenat nak siapkan sampel untuk analysis, tiba-tiba Topik FYP Cik Cahaya dan 2 orang kawan berubah lagi. Allahu Akbar. Ini benar-benar cobaan ni. Ini kira topik ketiga yang Cik Cahaya terima. Masa mula-mula dengar memang ada rasa kecewa sikit sebab Cik Cahaya sudah hampir menyiapkan proposal tentang topik sebelumnya, tapi nak buat macam mana, takdir...tapi bila difikir-fikir semula, ok juga, dapat belajar banyak perkara. Chill ^^

So, selepas ini, harap-harap tak berubah lagi. Dan semoga ALLAH mempermudahkan segala urusan kita semua..Amiinnn..

Selepas ni, Cik Cahaya akan menjadi pengunjung setia tempat ni untuk buat FYP :)



Tempat 'berkurung' 

Semoga semester depan bertambah baik dan teratur hendaknya. Satu sem lagi, kena belajar betul-betul, tak boleh main-main dah ye. Impian nak dapat ni........................

Bestnya kalau dapat...

Atau "surat cinta" ni,


Tapi, hasrat tu macam tinggi menggunung sangat..

Kalau ALLAH izin dapat yang ni pun dah bersyukur,



Kena ingat, tak ada yang mustahil bagi ALLAH. Mana tahu ada rezeki, ya tidak? 
Tak salah nak berangan, tapi jangan larut berpanjangan.
Tak salah mengimpikan yang tinggi, tapi jangan duduk goyang kaki.

Setkan impian dan cita-cita, pacu hati dan jiwa bergerak ke arahnya. USAHA!
Bukan sekadar berlagu di bibir semata.
HASILnya? Serahkan kepada DIA, kerana DIA lebih tahu apa yang baik untuk kita.

Kita umat ISLAM, mesti sentiasa hebat dan berada di depan!



Moga Allah Redha. Wallahua'lam

Comments

  1. Assalamualaikum ukhti yg dikasihi Allah,
    moga dirimu sentiasa istiqamah dan moga Allah redha dgnmu..^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumusalam,
      jazakillahu khairan kathira ukhti
      semoga dirimu juga sentiasa di bawah lembayung rahmat ALLAH :)

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Assalamualaikum :-) Fuhh~~ Dah bersawang blog ni. Pejam celik pejam celik dah dekat 9 bulan tak update any enty. Kalau preggy ni, mesti tengah tunggu due nak bersalin je..Ahakz..Gurau sikit. Alhamdulillah, ALLAH masih panjangkan usia kita hingga ke hari ini. Untuk apa? Mesti ada sebab kan? Umur ni diberi bukan untuk sia-sia. Bukan juga untuk terus bersuka-suka. DIA beri kita lebih masa untuk terus perbaiki diri, menambah amalan, memperteguhkan iman dan memantapkan taqwa sebelum kita kembali ke pangkuan-NYA. Ingin "pergi" dalam keadaan indah dan diredhai? Maka hidup juga perlulah dalam keadaan indah dan diredhai. Bagaimana? Kerjakan suruhan-NYA dan jauhi larangan-NYA. Inshaa Allah :-) Ok, selama 9 bulan ni bermacam-macam kejadian berlaku. Ada yang baik, ada yang kurang baik. Begitulah perjalanan hidup kita sebagai hamba, ye dak? Terimalah takdir hidup kita dengan hati yang terbuka dan penuh positif. Amboih..dah macam pakar motivasi pulak..kikikiki. Alhamduli...

Bahagiakan Diri Dengan Kebahagiaan Orang Lain

Pernah terjadi tak, Ada satu masa, kita nak ceritakan masalah kita pada seseorang. Nak luahkan perasaan sedih kita. Nak menangis dan meminta nasihat dia. Tapi, belum sempat kita buka mulut, orang tersebut terlebih dahulu menceritakan masalah dia. Terlebih dahulu meluahkan perasaan sedih dan meminta kita menasihati dia. Pernah terjadi tak? Apa tindakan kita ketika itu? Terus meminjamkan telinga untuk mendengar masalah dia,walaupun ketika itu hati kita sendiri sedang terluka,  atau terus berkata "aku pun ada masalah!" dan membiarkan orang itu terus bersendirian menanggung kesedihan? #MUHASABAH# Ketika kita rasa kita lah yang paling sedih, paling terluka, paling lemah, paling sakit..saat itu ALLAH hadirkan orang lain kepada kita, agar kita sedar bahawa ada orang lain yang lebih sakit, lebih terluka, lebih lemah dan lebih sakit daripada kita. Ketika kita rasa kita lah yang paling susah, ALLAH temukan kita dengan orang lain yang lebih susah daripada kita. Mengapa? Kera...

UJIAN YANG BERBEZA

Tidak percaya dengan kewujudan Tuhan. Tidak percaya dengan takdir. Hanya percaya kepada kemampuan sendiri. Persekitarannya yang dulu menjadikannya begitu. Dia tidak beragama. Dia free thinker. Dia hanya yakin dengan sains. Dia sering mengaju soalan yang menghimpit. Yang sering buat aku tersepit. Dia mengaju soalan logik akal. Tapi aku belum bijaksana menjawab dengan logik akal. Ahh, itu silap sendiri tidak mahu menuntut ilmu. Terkadang aku terfikir, mengapa aku yang diletak di situ. Mengapa aku yang didesak begini. Mengapa aku? Lalu hati berbisik..Tidakkah engkau yakin dengan takdir Tuhanmu? Adakah kau mahu mempersoalkan ketentuan-NYA? Adakah engkau lebih tahu lebih daripada apa yang DIA tahu? Apa hakmu terhadap dirimu? JAWAB! Kolam mata pecah. Aku tidak mempu menahannya lagi. Aku lemah. Aku tidak sekuat yang mereka nampak. Aku tidak sehebat yang mereka lihat. Aku adalah aku. Aku yang penuh kelemahan. Aku yang penuh kekurangan. Aku yang masih bertatih mengejar hi...