Skip to main content

Tahu tapi belum kenal!

Just because you know my name, it does not mean you know who I am!



Assalamualaikum..

Jom senyum


Alhamdulillah..hanya dengan sebuah senyuman, kita sudah pun melaksanakan satu kebaikan. Nampak kecil, tapi impaknya besar. Ya tidak?

Cuba bayangkan kalau kita tengok seseorang yang mukanya masam mencuka. Agak-agaknya, kita berani tak nak tegur dia? Bukan setakat nak tegur, nak pandang pun takut, kan? kan? So, marilah kita sama-sama bersedekah di bulan Ramdhan yang penuh kemuliaan ini. Walau tidak dengan wang ringgit, cukuplah dengan sebuah senyuman. :) 

Senyum itu bisa menyembuhkan hati yang luka, serta menghiburkan jiwa yang duka.

Ok, kembali semula kepada first sentence di atas.."Just because you know my name, it does not mean you know who I am!"

Betul kan? Mengetahui nama seseorang tidak bermakna kita mengenali dia. Tapi, kenapa ramai antara kita yang suka cakap "aku kenal dia ni sangat".."ala..dia ni macam ni orangnya".."kalau nak tahu, dia tu bla..bla..bla.."

Kalau kita tahu latar belakang dia sekalipun, ia masih tidak bermakna kita kenal orang itu. Melainkanlah kalau kita memang rapat bebenor dengan dia. Sudah kenal lama. Kamceng sejak kecil. Pernah bermusafir sekali. Selalu bersama ke mana-mana. Tapi, itu pun belum tentu kita kenal dia 100%, tak gitu?

Kalau yang macam itu pun tak kenal 100%, inikan pula yang baru kenal. Yang jarang berjumpa. Yang tak pernah bermusafir bersama. Yang kadang-kadang susah nak bertegur-sapa.

Itu maknanya kita baru TAHU bukan lagi KENAL.

Jadi, jangan suka-suka nak describe kan orang itu macam mana, orang ini macam mana. Kalau dalam hal yang baik-baik, ok la juga, tapi kalau sebaliknya? Hal yang buruk itupun, kalau yang betul, emm, dapatlah terima juga, tapi kalau salah? Tak ke dah memfitnah pula? Nau'zubillah..

Baik ke, buruk ke, kalau kita TAK TAHU, jangan memandai-mandai nak cakap. Kalau nak cakap juga, hah, kaji dulu betul-betul. Boleh kan? :)

And for the last, jom sama-sama kita cermin diri. Sama-sama muhasabah.

Diri kita ini, bagaimana sebenarnya.

Once again,

Let's SMILE




Moga Allah Redha. 

 Wallahua'lam

Comments

Popular posts from this blog

~Kerana Kita SAHABAT~

Assalamualaikum dan salam sayang buat semua student 3 rd year foodtech, dan juga buat mereka yang bergelar sahabat.. Sahabat kepada insan bernama Nurul Farhana. Hari ini, Selasa, tanggal 27/12/11, jam 6.51pm, cebisan ini dinukilkan khas buat kamu, sahabat saya. Nukilan ini bukannya apa-apa..sekadar suka-suka. Yelah, tadi masa tengah study (konon2nya rajin study), tiba-tiba teringat pada korang semua. Mesti tengah study juga kan? Bagus2..teruskan kerajinan nak study tu ^_^ Emm..pejam celik pejam celik, dah dekat dua tahun setengah kita bersama-sama kan? Susah senang, suka duka, pahit manis, tawa mahupun tangis, telah berjaya kita redahi. Alhamdulillah.. sekarang, tinggal final exam untuk sem ni yang bakal menjelma kurang seminggu dari sekarang. Semoga Allah memberi kemudahan dan ketenangan kepada kita semua untuk menghadapi imtihan dunia ni. Dan, semoga Allah mengurniakan kejayaan yang cemerlang kepada kita semua..Amiinn.. Sedar tak sedar juga, banyak pengalaman yang cik cahaya (g...
Assalamualaikum :-) Fuhh~~ Dah bersawang blog ni. Pejam celik pejam celik dah dekat 9 bulan tak update any enty. Kalau preggy ni, mesti tengah tunggu due nak bersalin je..Ahakz..Gurau sikit. Alhamdulillah, ALLAH masih panjangkan usia kita hingga ke hari ini. Untuk apa? Mesti ada sebab kan? Umur ni diberi bukan untuk sia-sia. Bukan juga untuk terus bersuka-suka. DIA beri kita lebih masa untuk terus perbaiki diri, menambah amalan, memperteguhkan iman dan memantapkan taqwa sebelum kita kembali ke pangkuan-NYA. Ingin "pergi" dalam keadaan indah dan diredhai? Maka hidup juga perlulah dalam keadaan indah dan diredhai. Bagaimana? Kerjakan suruhan-NYA dan jauhi larangan-NYA. Inshaa Allah :-) Ok, selama 9 bulan ni bermacam-macam kejadian berlaku. Ada yang baik, ada yang kurang baik. Begitulah perjalanan hidup kita sebagai hamba, ye dak? Terimalah takdir hidup kita dengan hati yang terbuka dan penuh positif. Amboih..dah macam pakar motivasi pulak..kikikiki. Alhamduli...

::Persiapkan Diri::

“Dan antara tanda-tanda kekuasaan-NYA adalah DIA menciptakan isteri-isteri daripada kalangan kamu sendiri supaya kamu dapat hidup tenang bersama mereka dan diadakan-NYA cinta kasih sayang antara kamu. Sungguh, dalam yang demikian ada tanda-tanda bagi orang yang menggunakan fikiran.” (Surah Ar-Rum, ayat 21) Assalamualaikum.. Alhamdulillah, cuti semester sudah pun bermula. Tapi sayang, Cik Cahaya dan sahabat-sahabat yang tengah berLatihan Industri sekarang ini tidak berpeluang bercuti seperti teman-teman yang lain. Selepas tamatnya semester 2011/2012 ni,  ramai jugalah sahabat Cik Cahaya yang memulakan fasa baru dalam kehidupan mereka.. Ada yang sudah mula melangkah ke alam pekerjaan yang sebenar, ada yang sedang berkira-kira menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi, dan tak kurang, ada juga yang dalam perancangan untuk bertunang dan mendirikan rumah tangga. Alhamdulillah, semoga Allah permudahkan urusan kita semua..Amiinn. Apabila sebut tentang baitul muslim ni, Cik C...