Skip to main content

Saya Sudah Tua (2)


Salam Ukhwah, Salam Kasih, Salam Mesra buat semua..^_^

Apa khabar iman dan hati hari ini?

Semoga semuanya sentiasa sihat dan segar dalam ingatan kepada Allah..InsyaAllah.

Bagaimana pula dengan amal dan ibadah kita? Masih istiqamah? Alhamdulillah..

Hari ini teringin rasanya untuk menyambung tulisan yang lepas-Saya Sudah Tua!!

Sekadar renungan buat diri sendiri agar terus berusaha untuk mempersiapkan diri untuk bertemu denganNYA..dan, harap2 dapat dimanfaatkan oleh sesiapa yang sudi membaca tulisan ini..

Beberapa tahun yang lepas, seorang senior saya telah dipanggil menghadap Ilahi, tahun lepas pula seorang rakan sebaya saya telah sama meninggalkan dunia ini, dan yang terbaru, beberapa bulan lepas, seorang lagi senior saya telah menghembuskan nafas yang terakhir. (Al-fatihah)

Berapa umur mereka saat dipanggil menghadap Tuhan? Masih di belasan tahun dan di awal 20-an. Saya seringkali tersentak apabila menerima berita kematian orang yang saya kenali. Bukan kerana tidak yakin dengan takdir, tetapi saya seakan dibangunkan dari lena. Masih muda, tidak bermakna akan hidup lama. Masih muda, tidak bermakna kematian itu masih jauh. Masih muda, bukan alasan untuk terus berfoya-foya.

Sebaliknya, masa mudalah yang harus dimanfaatkan untuk mengumpul sebanyak2 bekal dah saham. Apa gunanya mewah di dunia tapi papa di akhirat? Apa gunanya bahagia di sini tapi sengsara di sana?

Yang kita mahukan adalah, kesenangan di dunia dan kebahagiaan di akhirat. Dua-dua mesti dapat. Dua-dua mesti diperoleh!

Saya selalu bertanya pada diri sendiri.. Selama Allah meminjamkan nyawa ini kepada saya, apa yang saya sudah lakukan untuk agamaNya? Selama Allah meminjamkan segala nikmatNya kepada saya, adakah saya memanfaatkannya ke jalan yang DIA redhai?

Kadang-kadang, saya juga terfikir, selama saya hidup, pernahkah saya berjuang dan berkorban untuk mempertahankan syariatNya? Dan..di saat Allah masih izinkan jantung dan nadi untuk bergerak, adakah saya berusaha untuk menyumbangkan sesuatu yang bermanfaat untuk agamaNya? Untuk keluarga saya?  Untuk saudara2 seagama saya? Untuk sahabat2 semua?

Ada..atau tidak?

Saya masih memikirkan jawapannya.

Sahabat2 pula bagaimana?

Sama2lah kita renungkan dan bermuhasabah diri.

Comments

Popular posts from this blog

~Kerana Kita SAHABAT~

Assalamualaikum dan salam sayang buat semua student 3 rd year foodtech, dan juga buat mereka yang bergelar sahabat.. Sahabat kepada insan bernama Nurul Farhana. Hari ini, Selasa, tanggal 27/12/11, jam 6.51pm, cebisan ini dinukilkan khas buat kamu, sahabat saya. Nukilan ini bukannya apa-apa..sekadar suka-suka. Yelah, tadi masa tengah study (konon2nya rajin study), tiba-tiba teringat pada korang semua. Mesti tengah study juga kan? Bagus2..teruskan kerajinan nak study tu ^_^ Emm..pejam celik pejam celik, dah dekat dua tahun setengah kita bersama-sama kan? Susah senang, suka duka, pahit manis, tawa mahupun tangis, telah berjaya kita redahi. Alhamdulillah.. sekarang, tinggal final exam untuk sem ni yang bakal menjelma kurang seminggu dari sekarang. Semoga Allah memberi kemudahan dan ketenangan kepada kita semua untuk menghadapi imtihan dunia ni. Dan, semoga Allah mengurniakan kejayaan yang cemerlang kepada kita semua..Amiinn.. Sedar tak sedar juga, banyak pengalaman yang cik cahaya (g...
Assalamualaikum :-) Fuhh~~ Dah bersawang blog ni. Pejam celik pejam celik dah dekat 9 bulan tak update any enty. Kalau preggy ni, mesti tengah tunggu due nak bersalin je..Ahakz..Gurau sikit. Alhamdulillah, ALLAH masih panjangkan usia kita hingga ke hari ini. Untuk apa? Mesti ada sebab kan? Umur ni diberi bukan untuk sia-sia. Bukan juga untuk terus bersuka-suka. DIA beri kita lebih masa untuk terus perbaiki diri, menambah amalan, memperteguhkan iman dan memantapkan taqwa sebelum kita kembali ke pangkuan-NYA. Ingin "pergi" dalam keadaan indah dan diredhai? Maka hidup juga perlulah dalam keadaan indah dan diredhai. Bagaimana? Kerjakan suruhan-NYA dan jauhi larangan-NYA. Inshaa Allah :-) Ok, selama 9 bulan ni bermacam-macam kejadian berlaku. Ada yang baik, ada yang kurang baik. Begitulah perjalanan hidup kita sebagai hamba, ye dak? Terimalah takdir hidup kita dengan hati yang terbuka dan penuh positif. Amboih..dah macam pakar motivasi pulak..kikikiki. Alhamduli...

::Persiapkan Diri::

“Dan antara tanda-tanda kekuasaan-NYA adalah DIA menciptakan isteri-isteri daripada kalangan kamu sendiri supaya kamu dapat hidup tenang bersama mereka dan diadakan-NYA cinta kasih sayang antara kamu. Sungguh, dalam yang demikian ada tanda-tanda bagi orang yang menggunakan fikiran.” (Surah Ar-Rum, ayat 21) Assalamualaikum.. Alhamdulillah, cuti semester sudah pun bermula. Tapi sayang, Cik Cahaya dan sahabat-sahabat yang tengah berLatihan Industri sekarang ini tidak berpeluang bercuti seperti teman-teman yang lain. Selepas tamatnya semester 2011/2012 ni,  ramai jugalah sahabat Cik Cahaya yang memulakan fasa baru dalam kehidupan mereka.. Ada yang sudah mula melangkah ke alam pekerjaan yang sebenar, ada yang sedang berkira-kira menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi, dan tak kurang, ada juga yang dalam perancangan untuk bertunang dan mendirikan rumah tangga. Alhamdulillah, semoga Allah permudahkan urusan kita semua..Amiinn. Apabila sebut tentang baitul muslim ni, Cik C...