Skip to main content

Antara Impian dan Cita-cita


Psst: Kisah ini adalah dongeng rakyat semata2. Hampir 55% adalah rekaan, 30% impian dan cita-cita, 10% harapan, dan hanya 5% realiti. Jika ada persamaan nama, watak dan perwatakan, itu memang diSENGAJAkan. Harap  maklum..(jgn marah ya)

~Kisah Dulu-Dulu~

Al-Mukadimah

“Woi diam! Diam! Cikgu datang!” jerit Lina atau nama sebenarnya Azlina Husin yang duduk di tepi tingkap.
Suasana dalam kelas 4 Ibnu Sina yang tadinya gamat dengan suara ‘rakyatnya’ yang sangat ramai, adalah dalam 18 orang tu mula reda. Masing-masing mula kembali ke tempat duduk sendiri biarpun masih ada yang buat-buat tak tahu.

“Bangun, Assalamualaikum cikgu!” suara nyaring si ketua kelas bernama Arep berkumandang di ruang udara bilik sempit itu dan diikuti gemaan suara 17 pelajar yang lain.

“Waalaikumusalam. Duduk.”

Suasana menjadi sunyi sepi.

Cikgu Fadhil mula membelek-belek modul sejarah berkulit merah jambu di tangannya. “Hari ini kita sambung mukasurat seterusnya. Tentang Tamadun Mesir Purba.”

Nana yang duduk di bahagian tengah kelas menggeleng kepala melihat Ppek mula menguap. Tak kurang teman sebelahnya, Rehan, yang sudah mula melakar ‘komik’ di ruang-ruang sempit dalam modul di tangannya.

“Weh an, cikgu suruh tengok modul lah, bukan lukis gambor,” tegur Nana. Bajet skema la tu.

Rehan hanya tersengih. “Hilangkan ngantuk, na.”

“Iyela tu.” Nana kembali menumpukan perhatian (konon-konon) kepada modul sejarah. Tamadun Mesir Purba..sumbangannya..

“Raihanah, sila baca soalan nombor 4,” arah Cikgu Fadhil sambil matanya melihat reaksi Rehan yang terkejut beruk (kesian beruk, tak pasal-pasal dikaitkan sekali) apabila namanya disebut.

“Nombor berapa, na?” Hah ko, kan dah menggelabah.

“4 lah..”

“Oh..sumbangan Tamadun Mesir Purba..Senibina, piramid..pengawetan mayat..bla bla bla..”

Kelas menjadi senyi sepi, hanya suara Rehan yang beralun memenuhi ruang udara di situ sambil ditemani deru kipas angin yang ligat berputar.

Sejarah..oh..ZZzzz

Born To Success

“Next year dah SPM, kamu dah ready?” soal kaunselor.

“Entahlah cikgu, saya study macam biasa je,”jawab Nana spontan. Pandangan mata dialihkan kepada Eja dan Hanis, teman seperjuangannya yang memang suka benor melepak di bilik kaunseling.

Hanis yang tengah sibuk menggunting kertas berwarna merah hanya menjungkit bahu.

“Kamu Aznieza?”

Eja sengih. “Macam tu je lah cikgu, biasa-biasa je.”

Kaunselor geleng kepala. Mereka bertiga pula hanya tersengih. Apa lagi yang boleh mereka jawab selain jawapan itu? Nak kata study hard? Macam tak.. Nak kata pulun habis? Pun bukan jugak..emm, orang lain tak tahulah, tapi kalau Nana, memang jawapannya biasa-biasa aje..Cuma, apabila dia teringatkan sesuatu, semangatnya nak study tu jadi berkobar-kobar.

“Kita fight result, nak? Tengok siapa dapat lagi bagus SPM nanti.”

Cabaran seorang teman yang belajar kat asrama penuh menyebabkan dia tak boleh duduk diam. Cabaran itu disahut dengan beraninya biarpun dia tak tahu akan berjaya mengatasi lawannya itu atau tak. Kalau result UPSR dan PMR mereka boleh dapat sama, mengapa tidak SPM? Hah, nanti ko. Kita lawan ye!!

“Weh, yang ko mengelamun ni kenapa?” tegur Eja sambil menepuk bahu Nana.

Nana yang baru kembali ke dunia nyata hanya tersengih. “Dah siap ke? Hah Eja, tugas ko tulis bende2 ni,” kata Nana sambil menghulurkan marker pen kepada Eja. Mereka bertiga ni sebenarnya tengah sibuk buat carta organisasi bilik kaunseling. Itulah, suka sangat melepak kat sana, kan dah kena buat kerja.
“Yelah..” jawab Eja malas.

*****

“Nak ke mana ramai-ramai ni?” tegur cikgu Naziha. Pelik pula beliau melihat semua pelajar 4IS merayau-rayau keliling sekolah. Kalau setakat keliling sekolah orait lah jugak, ini sampai ke quarters guru. Mahu tak pelik.

“Cari katak lah cikgu,” jawab Pais sambil tersengih-sengih.

“Katak? Nak buat apa?” tanya cikgu Naziha lagi, siap dengan gaya geli-geleman. Ada pula pagi-pagi hari ni duk mencari katak? Ish, budak-budak ni.

“Ada eksperimen bio hari ni, nak bedah katak,” potong Nani penuh bersemangat. Eja yang berjalan sebelah Nani dah mula buat gaya loya. Hanis, Ayu,Rehan dan Nana dah berjalan entah ke mana. Punyelah semangat. Pkah, Teha dan Lina pulak, lagilah tak nampak batang hidung.

“Oh..pergilah cari cepat. Nanti cikgu Shahrin tu cari kamu pula.”

“Hai hai cip!”balas mereka serentak.

Satu jam kemudian..
Lokasi : Makmal biologi

“Ok, kamu semua dah jumpa katak masing-masing?” tanya cikgu Shahrin, tersenyum-senyum beliau J.

“Dah!”

“Bagus. Kalau macam tu, duduk dalam kumpulan masing-masing.”

Semua pelajar 4IS pun mula membentuk kumpulan. 3 kumpulan semuanya, maknanya, 3 ekor kataklah yang bakal menjadi mangsa tangan budak-budak yang masih tak bertauliah ni. Apa nak buat, dah suratan takdir, tak gitu?

“Ok, mula-mula sekali kamu kena pengsankan katak. Lepas tu kamu pakukan tangan dan kaki dia dekat papan…..” cikgu Shahrin  memberikan penerangan yang terperinci kepada anak-anak murid di hadapannya ini. “Faham?”

“Faham, cikgu!”

“Ok, boleh mula!”

Maka, makmal biologi itu pun berubahlah sekejap menjadi dewan bedah. Masing-masing mula menunjukkan skill dan kehebatan sendiri. Mana tahu, ada di antara mereka yang bakal menjadi doktor bedah suatu hari nanti. Tak pun jadi doktor haiwan, kan?

Cikgu Shahrin dah tak duduk diam. Sekejap dia ke meja depan. Sekejap meja belakang. Kejap lagi datang depan balik. Yelah, dia hanya mahu memastikan semuanya berjalan dengan lancar.

Dalam keriuhan, kegelisahan dan kedebaran dalam ‘dewan bedah’ tu, macam-macam aksi dan gelagat dapat dilihat. Ada yang tak sabor nak buat. Ada yang nak buat sorang-sorang. Ada yang langsung tak nak buat (kihkihkih).

“Kenapa duduk belakang ni?” soal cikgu Shahrin.

“Saya tak bolehlah cikgu.”

“Pulak..” Cikgu Shahrin berlalu dari situ. Tangannya ligat mengcandid gambar ‘doktor-doktor’ yang tekun mengeluarkan satu-persatu organ dalaman si katak. Maka, ‘dewan bedah’ itu sekali lagi berubah menjadi 
‘dewan kuliah’ apabila mereka diperkenalkan dengan lebih dekat dengan semua organ dalaman yang telah berjaya dikeluarkan.

“Semua sudah siap? Kalau sudah, meh saya tangkap gambar kamu semua dengan ‘hasil’ eksperimen kamu hari ini. Boleh dijadikan kenangan.”

“Ok!”

~Bila Zaman Sekolah Berakhir~

Bila zaman sekolah berakhir, masing-masing membawa haluan sendiri. Masing-masing mengejar impian. 
Masing-masing memburu cita-cita. Masing-masing punya misi dan harapan. Ada yang masuk U, ada yang kat kolej, ada di Poli, dan ada juga yang sudah membina kerjaya. Kalau nak buat cerita ni, kang panjang sangat, so, dipendekkan cerita…

“Ko ambik course ape?”

“Elektronik industry, kat UniMAP. Ko?”

“Aku sempoi je, Foodtech dekat UPM.”

“Kawan-kawan yang lain macam mana?”soal Pkah lagi.

“Hmm..yang aku tahu, A’an ambil Entrepreneurship kat UUM, Nani ambil IT kat UTHM, Hanis electronic engineering kat Poli, Eja plak ambil Islamic Banking&Finance kat Melaka.” Hah, ambik ko, panjang pulak nama course budak-budak ni. Berbelit lidah aku nak menyebut.

“Ayu?Anim?”

“Ayu dah nak jadi nurse dah dia tu. Anim tu baru habis belajar, dia ambik ukur bahan kot dulu. Sekarang tengah tunggu nak masuk kerja lah.” Punyelah bagus, semua tahu.(kihkihkih).

“Yang lain-lain? Budak-budak laki?” Pkah mula tersengih.

Nana garu kepala. Aiseh..ni yang kurang tahu. “Ko tanyalah eja ke, a’an ke. Diorang tahu agaknya…”
Pkah tergelak kecil. “Bajet macam tahu semua je tadi.”

“Aku bukan tak tahu, cuma, terlupa je,”Nana membela diri.

“Iyelah tu.”

~Antara Impian & Cita-cita~
13 tahun kemudian

Alhamdulillah, semuanya dah selesai,” kata Nani. Dia meraupkan tangan ke muka. Wajahnya dipalingkan sekilas ke arah teman seperjuangannya yang sedang duduk. “Ko tak gembira?” soalnya sambil mengambil tempat di sebelah Pkah.

Pkah tersenyum manis. “Mestilah gembira, sangat-sangat gembira. Lagipun, bukan senang kita nak sampai ke tahap ini.”

“Betul tu. Hmm, mana yang lain ya?”

“Entah, kat belakang agaknya. Jom, kita ke sana!”

Mereka berdua bergerak masuk ke dalam bangunan dua tingkat yang baru dirasmikan pembukaannya sebentar tadi. Imtiyaz Restaurant, merupakan salah satu cabang perniagaan Imtiyaz Holding yang diasaskan oleh 7 sekawan sejak hampir 10 tahun lalu. Biarpun berlainan cita-cita dan kemahiran, berbeza pandangan dan kelulusan, namun, mereka tetap mempunyai satu impian.

“Eh, korang berdua ke mana tadi? Orang sibuk ambil gambar kat sini, dia boleh menghilang pula,” bebel Ayu.

“Saja ambil angin kat luar,” balas Nani.

“Hah, cepat-cepat. Aku nak sambung ambil gambar ni,” arah Ayu.

Eja,Hanis dan Rehan yang memang suka bergambar cepat-cepat mengambil tempat yang paling depan. Nani dan Pkah juga tak ketinggalan untuk mengambil gambar.

“Kiri sikit..ish, kanan sikit. Yang kat depan ni tunduk sikit.” Ayu memberi arahan. “Hah, ok, ok, dah cantik!..senyuumm. satu..dua..ti..”

“La..nape berhenti?”

“Nana mana?”

Mereka semua mula menyedari bahawa kawan mereka yang seorang lagi tak ada di situ. Aii, ke mana pula dia menghilang? Baru je sekejap tadi ada.

?????????

KonKlusi

=>Buat teman yang namanya ada dalam cerita ni, hope tak marah kaitkan korang sekali. Buat yang tak ada nama, sorry, bukan tak ingat kat korang. Ingat sangat..Aceceh..

=>Apepun, aku dah tak tahu nak mengarut ape. So, tutup cerita ni sampai sini. (Sebenornya memang xda idea langsung nak tulis, so, ini je yang sempat aku karutkan)

=> Nak tahu ke mana Nana dalam cerita ni menghilang? Jeng..jeng..jeng..nantikan kisah seterusnya (kalau aku rajin nak sambung)..

Comments

  1. ehem!~ macam kisah benar je ni. cuma 13tahun akan datang tu je rekaan. kihkih.. btw, cepat continue..i'm waiting!~ hehehe... [nani]

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

~Hanya Insan Biasa~

Manusia biasa..tidak pernah lari daripada membuat kesilapan. Takkan pernah lari daripada melakukan kesalahan. Dan, tidak terkecuali tergelincir ke lembah kegelapan. Namun, kesilapan, kesalahan, mahupun kegelapan itu berbeza mengikut individu itu sendiri. Bagaimana kesilapan, kesalahan dan kegelapan itu ditafsirkan. Dan bagaimana pula kesilapan, kesalahan dan kegelapan itu diatasi.
Biarpun lidah petah berbicara
Biarpun bibir indah menutur kata
Meskipun ayat sentiasa dihiasi kata pujangga
Namun disebaliknya bukan semua suka
Kadang kala terselit duka
Yang dikaburi senyuman sempurna
Sedang hati terhiris luka
Bukan tidak mahu meluah rasa
Namun mulut seakan dikunci masa
Sedar atau tidak, kita banyak melakukan kesalahan dalan kehidupan. Kesalahan kepada DIA Yang Maha Berkuasa, kesalahan kepada ibu bapa, kepada adik-beradik, sahabat, kawan, jiran..mahupun orang yang tidak pernah kita kenali. Adakah kita sedar? Kita tidak akan sedar jika tidak ada yang menegur bukan? Jadi, berusahalah menerima teguran …

[Lirik : Warkah Cinta Berbau Syurga]

Sebuah jiwa terbentang seluas Sahara Tersimpan sejuta rasa cinta dan kecewa Setiap untai kata yang termaktub Sudah menjadi warkah cinta berbau syurga
Simpanan batinku hampir terbelah Tidak berhimpun dua cinta dalam satu jiwa Antara iman dan nafsu aku berjuang Meraih mahkota cinta dari syurga
Chorus: Biar beribu parut luka menghiris kalbu Hanya keikhlasan cinta menjadi penawar Sekalipun diriku terbuang di mata insan Engkau Maha mengerti kekalnya cinta ku ini
Izinkan aku meniti diatas hamparan syurgamu Bila saat ku pergi biarlah cintaku tetap di situ
[Selama-lamanya kelembutan takkan pernah tewas dengan kekerasan]
[Ulang Chorus]
Cintaku ini...
Lagu: Bazli Unic Lirik: Ustaz A.Ubaidillah Alias Studio Rakaman : Unic Terbitan: Al-Kahfi Pictures Sdn.Bhd.

Entah kenapa Cik Cahaya suka sangat dengan lirik lagu ini..First time dengar terus jatuh cinta gituu..Lagu ni, pada Cik Cahaya mempunyai makna yang sangat mendalam..Setiap baik kata terselit nasihat dan hikmah. Kalau dengar lagu ni masa rasa down, boleh mengalir a…

Konvensyen Fiqh Wanita & Islam

Alhamdulillah, Allah izinkan diri ini untuk turut serta dalam Konvensyen Fiqh Wanita & Islam yang diadakan di MAEPS Serdang pada 19/1/13-20/1/13 yang lepas. Sungguh, program seperti ini sangat, sangat dan sangatlah baik dan bagus. Semoga K-FIQH dapat melaksanakan lebih banyak program seumpama ini kelak, Inshaa Allah. Semasa program ini berlangsung, Cik Cahaya berkesempatan menadah ilmu daripada mereka yang sangat-sangat Cik Cahaya hormati dan kagumi. Sekali lagi, semoga Allah merahmati mereka semua dan umat ISLAM keseluruhannya, Amiinnn.

HARI PERTAMA

Program dua hari ini mempunyai banyak slot dan dikendalikan oleh mereka yang arif tentangnya. Disebabkan itu, Cik Cahaya ada juga rasa kecewa, bukan sebab panelnya mahupun tajuk yang disampaikan, tetapi lebih kepada masa yang tidak mencukupi. Tengah-tengah seronok mendengar penerangan daripada para ustaz dan ustazah, tiba-tiba masa dah habis. Memang frust juga..tapi nak buat macam mana, masa mesti ditepati. Apapun, syabas kepada K-Fiqh …